Pages

harianku untuk ISLAM!!!!

Wednesday, November 10, 2010




HARIANKU UNTUK ISLAM



BIL

PERKARA

Ahad

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Sabtu

1

Solat sunat Tahajjud








2

Solat subuh (B/S)








3

Al-Mathurat

(pagi+petang)








4

Zikir harian

( 100x)








5

Solat Zuhur

(B/S)








6

Solat Asar

(B/S)








7

Riadhah








8

Ziarah








9

Solat Maghrib

(B/S)








10

Solat hajat








11

Surah pilihan








12

Solat isya’

(B/S)








13

Sedekah








14

Buku ilmiah@akademik








15

Solat sunat dhuha








16

Majlis ilmu@tazkirah

@ceramah








Hebatnya solat di awal waktu....



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Alhamdulillah..dengan izinNya, dpt lagi kita bernafas pada pagi 3 Zulhijjah intii..pada kesempatan ini, suka sekali ana berkongsi dengan sahabat-sahabat satu artikel yang sangat menarik dan bermakna bagi ana...ia boleh menjadi satu catalyst@pemangkin @ motivasi buat kita untuk mencapai redha Allah..insyaAllah....

Apa Hebatnya Solat di Awal Waktu?


setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.

- Artikel iluvislam.com

untuk sahabat halaqah ana....

Tuesday, November 2, 2010



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


sayu hati mengenangkan semester pengajian ini hampir berakhir dan tamatlah jua halaqah @ usrah saya bersama-sama sahabat kumpulan saya pada sem ini...


pada 26/10 baru-baru ini saya telah mengadakan halaqah yang terakhir..dan pada pertemuan ini saya berasa sangat2 gembira bercampur sedih...saya gembira melihat ramai yang turun, jika sebelum ini hanya 4-5 orang tapi kali ini hampir semua turun, alhamdulillah..namun, saya tahu yang tidak dapat turun ada musyaqqah yang lebih aula' yakni ada kelas @ perbincangan...

saya tergerak hati untuk memberikan sesuatu kepada sahabat-sahabat saya...satu kad yang simple tapi ikhlas dari saya beserta al-mathurat sughra...moga2 menjadi amalan kita semua





SALAM UKHWAHFILLAH BUAT SAHABATKU...

sahabat-sahabatku,





beruasahalah kita mejadi wanita solehah yang dicintai Allah dan rasulNya...





jagalah pandangan mata kita dari memandang perkara maksiat, kemungkaran dan lelaki bukan muhrim..

jagalah solat kita, basahkan lidahmu dengan zikir-zikir, penuhi waktu lapangmu dengan membaca al-quran setiap masa, solat dhuha...nescaya pasti wajahmu akan menjadi berseri-seri dan mendapat ketenangan jiwa... serta dirimu dekat dengan Allah..

bangunlah solat malam, qiamullail...di situ ada pertolongan...

jagalah auratmu seperti mana diperintahkan Allah s.w.t...

JAGALAH ALLAH PASTI ALLAH MENJAGAMU..

sebaik-baik, seindah-indah pakaian bagimu ialah pakaian taqwa..

hidup di dunia ini hanyalah sementara wahai sahabat, akhirat lah negeri yang abadi...

sama-samalah kita membuat persiapan menuju hari akhirat nanti dengam memperbaiki dan memperbanyakkan amal ibadat kepada Allah..jauhi kemungkaran, tegakkan kemungkaran, tingkatkan ketaqwaan kita..

jauhilah cinta dunia yang sementara...

BERJUANG , BERAMAL, BELAJAR KERANA ALLAH!!!



tegakkan daulah islamiyah di bumi ini

insyaAllah
ana ingin memohon ampun dan maaf diatas kekurangan dan kelemahan sepanjang ukhuwah ini..semoga kita mendapat petunjuk dan rahmat Allah s.w.t..

TERUSKAN PERJUANGAN DEMI ISLAM!!! TAKBIR!!!





salam perjuangan daripada,






  • ukhti nita


  • Noor Hajah Sanita Bt Mohd Satar,


  • Ijazah Sarjana Muda Pndidikan Sains (AT16), Minor Biology, UPSI Tanjung Malim.


  • nit_machi90@yahoo.com


  • Pulai Chondong, Machang, Kelantan.