Pages

kIsaH dalam al-Quran..

Monday, May 31, 2010



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


Salam buat semua..
asif jiddan..sudah beberapa hari saya tak update blog saya kerana baru lepas menguruskan walimah ukhti saya..alhamdulillah dengan izinNya segalanya berjalan dengan baik... kini saya sudah mempunyai dua orang abang ipar ..semoga ikatan mereka diberkati Allah s.w.t..amin..

~okla sukalah saya untuk berkongsi suatu kisah..kisah ini bukan rekaan tetapi tercatat dalam kitab Al-Quran..dari surah Al-Baqarah ayat 259.
..beberapa hari yang lepas, saya telah mendengar pengajaran tafsir ayat ini daripada seorang ustaz di kampung saya selepas solat maghrib berjemaah..insyaAllah kita sama-sama berkongsi ilmu...

" atau seperti orang yang melewati sebuah negeri yang (bangunan) telah roboh sehimgga menutupi ( runtuhannya ) atap-atapnya, dia berkata " bagaimana Allah menghidupkan kembali ( negeri) ini setelah hancur?" lalu Allah mematikannya ( orang itu) selama seratus tahun kemudian membangkitkannya ( menghidupkan ) kembali.
dan ( Allah ) bertanya " berapa lama engkau tinggal di sini?" dia menjawab " aku tinggal ( di sini ) sehari atau setengah hari." Allah berfirman " Tidak ! engkau telah tinggal seratus tahun. lihatlah makanan dan minumanmu yang belum berubah, tetapi lihatlah keldaimu (yang telah menjadi tulang-belulang) dan agar Kami jadikan engkau tanda kekuasaan Kami bagi manusia. lihatlah tulang belulang keldai itu , bagaimana Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami membalutnya dengan daging." maka ketika telah nyata baginya. dia pun berkata " saya mengetahui bahawa Allah Maha Menguasai atas segala sesuatu "
Al-Baqarah : 259
kisah ini tentang seorang pemuda yang bernama Uzair yang pada suatu hari melalui sebuah tapak bangunan yang runtuh. terdapat mayat-mayat yang bergelimpangan serta hancur. kemudian dia duduk bersandar di sebatang pokok dan mula berfikir. dalam fikirannya dia bertanya " bagaimana orang-orang yang sudah mati dan hancur itu akan dihidupkan oleh Allah kembali ke negeri akhirat. "
maka dengan izin Allah dia telah tertidur di situ..selama seratus tahun...dalam masa itu, segala-galanya telah berubah, manakal Uzair masih tidur menjadi jasad yang tiada bernyawa lagi.
kemudian jasadnya yang hancur itu disusun kembali oleh Allah lalu ditiupkan semula rohnya. Uzair lalu tersedar dan bangun. lantas dia mencari keldai dan buah-buahannya. tidak berapa lama kemudian, turunlah beberapa malaikat seraya bertanya " tahukah engkau ya Uzair berapa lam aengkau tidur?" tanpa berfikir panjang Uzair menjawab " saya tertidu sehari dua atau setengah hari "
lalu malaikat berkata " bahawa engkau terdampar di sini selama seratus tahun lamanya. lihatlah keldaimu. ia sendiri telah hancur. demikianlah kekuasaan Allah. Allah s.w.t dapat menghidupkan kembali orang yang telah mati dan mengembalikan jasad yang sudah hancur dan dengan mudah pulalah Dia membangkitlan semua manusia pada hari akhirat nanti. Hal ini diperlihatkan kepada engkau oleh Allah agar iman engkau tetap teguh dan engkau sendiri menjadi bukti kepada manusia lain supaya engkau dan manusia lain tiada syak dan ragu tentang apa yang diterangkan Allah tentang hari akhirat itu"
maka Uzair berkata " sekarang tahulah saya bahawa Allah itu berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu"
tiba-tiba keldainya yang sudah hancur dilihatnay mulai dikumpulkan semula tulang dan dagingnya. dan ia kembali hidup. lalu Uzair bersama keldainya pulang ke rumahnya dengan melalui jalan yang sukar dikenalinya.
apabila sampai di kampungnya dia mencari rumahnya dahulu. seorang perempuan yang sangat tua di dalam rumah itu. dan ternyata itu ialah hamba Uzair. dia juga telah bertemu dengan anaknya yang sudah menjadi dewasa .orang ramai amat terkejut dengan kembalinya Uzair ke kampung mereka. mereka menyangka Uzair telah tiada.Uzair menceritakan segalanya dan orang ramai pun percaya bahwa Uzair telah mati dan dihidupkan semula oleh Allah s.w.t....
sekian..moga-moga kisah ini menjadi ibrah untuk kita dan meningkatkan lagi keimanan kita kepada Allah s.w.t...
mohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan dalam penulisan saya pada kali ini..
sekian, wassalam.

pAtiEncE vs sAbaR

Wednesday, May 26, 2010


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Yang Maha Melihat dan Mendengar setiap hambaNya...

sabar ialah salah satu tangga-tangga ibadah dan merpakan darjat serta tangga ibadah paling agung.

di dalam islam, sabar mempunyai tiga darjat :

~sabar terhadap ketaatan
~sabar terhadap kemaksiatan
~sabar terhadap ketentuan dan musibah

1. Sabar terhadap ketaatan
Ini merupakan darjat sabar yang paling agung. pada saat kita menjalankan ketaatan, lalu kamu bersabar terhadapnya dan dirimu, supaya kamu tetap melaksanakannya dalam bentuk yg paling sempurna, dengan penuh kekhusyukan.

2. sabar terhadap kemaksiatan
tatkala jiwamu sentiasa menyeru melakukan kejahatan dan mungkar, lalu kamu bersabar dan mengharapkan pahala hanya daripada Allah s.w.t. Kamu tetapkan pendirian dan peganganmu bertunjangkan aqidah yang teguh.

3. sabar terhadap taqdir Allah s.w.t
dilakukan ketika Allah menetapkan taqdirNya ke atasmu. untuk meringankan dosa-dosamu atau meninggikann darjatmu. maka kamu bersabar dan redha dengan semuanya dan meyakini Allah sepenuh hatimu.

" hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solatmu sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang yang sabar"
Al-Baqarah : 154

".....tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagimu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
Al-Baqarah : 216

"...sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas "
Az-Zumar : 10

cubaan dan ujian merupakan sunnatullah yang berlaku terhadap hambaNya.

Empat faktor Allah s.w.t menguji hambaNya:

~ ketinggian darjat di dunia dan akhirat
~ pembinaan dan pendidikan
~ pahala dan ganjaran di sisi Allah s.w.t
~ pernyataan penghambaan yang sebenarnya

sekian, penulisan ini sy ambil dr ' Jagalah Allah..Allah menjagamu' oleh Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni..
moga nukilan yg sedikit ini bermanfaat utk kite..insyaAllah.

dOa paRa Anbia' di daLAm al-QurAn...

Tuesday, May 25, 2010




DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. moga dengan ar-Rahman dan ar-RahimNya kita sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNya
selawat serta salam ke atas rasul utusan mulia, Rasulullah s.a.w, keluarga dan sahabat2 baginda.
berkat perjuangan baginda dapatlah kita mengecap nikmat islam dan insyaAllah nikmat iman...

alhamdulillah, pada pagi ini saya mempunyai kekuatan untuk menulis sedikit coretan hasil dari pembacaan saya..semoga kita dapat bersama-sama berkongsi ilmu.untuk manfaat bersama..InsyaAllah.

jika kita menghayati maksud daripada ayat-ayat suci Al-Quran, kita akan mendapati banyak doa para nabi yang terkandung di dalamnya terutama Nabi Ibrahim a.s yang selalu berdoa sehingga dia berdo'a memohon keampunan dari dosa dan kesalahan maka dia memgatakan;
" dan Yang amat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari qiamat " Asy-syua'ra' : 82

ini adlh penghormatan, rasa malu dan takutnya. padahal Allah s.w.t sudah mengampuninya dan baginda adalah seorang Nabi. kemudian baginda berdo'a lagi.
" ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh " Asy-syua'ra' : 83

" dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang( yang tiba) kemudian, dan jadikanlah aku termasuk dalam orang-orang yang mempusakai syurga yang penuh kenikmatan "

nabi Nuh a.s pula berdo'a dengan ayat yang ringkas tetapi do'a nya sangat menyentuh perasaan dan bermakna.
setelah nabi Nuh a.s menyeru umatnya beriman, namun semuanya tidak membuahkan hasil apapun. akhirnya baginda menghadap Allah s.w.t dan memohon pdNya;

" ...sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka tinggal, nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hambaMu, dan mereka tidak akan melahirkan selain anak yang berbuat maksiat lagi sangat kafir" Nuh : 26-27


kisah nabi Musa pula..ketika dia menggembala kambing dengan tongkatnya, tiba-tiba tatkala baginda masih di padang pasir, Allah menyerunya dan berfirman ,

" pergilah kepada Fira'un , sesungguhnya ia telah melampaui batas " Thaha : 24

Lalu dada nabi Musa sesak tatkala mendengar berita tentang fira'un, dan baginda pun pergi menghadap Fira'un.
baginda berdo'a;

" ...tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku " Thaha : 25

" Dia berkata : ya Tuhanku lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku dan lepaskanlah kekeluan pada lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku " Thaha : 25-28

~ berdo'a untuk kelapangan dada merupakan doa yang sangat agung dan mulia. ia merupakan nikmat terbesar yang Allah anugerahkan kepada seseorang hamba. kita boleh melihat seseorang mu'min walaupun menghadapi kesukaran yang amat perit, namun hatinya berasa lapang, sementara orang fasiq yang berada dalam kemewahan dan kesenangan tetapi dadanya sempit dan seolah-olah dia sedang mendaki ke atas langit.

" ...maka barangsiapa yang mengikuti petunjukKu, maka ia tidak akan sesat dan celaka " Thaha :123





oRang2 BeRTaqWA & oRaNG2 seNGsAra...




DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


Alhamdulillah kini dan selamanya marilah kita merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t dengan segala nikmat kurniaanNya..dapat lagi kita bernafas pada hari ini dengan kekuasaanNya menghidupkan dan mematikan.

semoga Allah s.w.t merahmati dan melimpahkan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w semerbak bunga yang mekar mewangi, hujan rahmat yang sentiasa mengalir, orang-orang beriman sentiasa bertemu dan orang-orang soleh sentiasa berpelukan, dan di kala siang menggantikan malam, dan kepada seluruh ahlul bait serta para sahabatnya, dan sesiapa sahaja insan yang berjalan di atas hidayahnya sampai hari qiamat kelak.

terdapat 2 golongan manusia ;
  • orang-orang yang bahagia dan orang-orang yang sengsara
  • golongan yang masuk syurga dan kelompok yang masuk neraka
firman Allah s.w.t
" inilah golongan (mu'min dan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai Tuhan mereka,..."
Al-Hajj: 19

Mata juga terdiri daripada 2 jenis:
  • mata yang mengenal Allah s.w.t dan menangis kerana takut kepadaNya, yang sentiasa merenung tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t dan memikirkan perihal penciptaan makhluk2Nya
  • mata yang selalu melihat kepada sesuatu yang haram dan berpaling daripada petunjuk Rasulullah s.a.w, gemar melakukan maksiat, memandang perkara yg ditegah oleh Allah s.w.t, dan mata inilah yang akan menangis di padang mahsyar ketika berhadapan dengan Tuhan sekalian alam

terdapat 2 jenis hati;
  • hati yang mengenal Allah s.w.t dan dipenuhi dengan zikrullah " La Ilaha Illallah ", yang mencintai kekasih Allah, dan berjalan membawa risalah dan sesuai dengan ajarannya.- hati yang berbahagia
  • hati yang berpaling daripada syariat Islam, mengingati Allah s.w.t, berpaling daripada membaca ayat suci Al-Quran, melalaikan solat, tidak mengenal Allah dan berpaling daripada jaran yang benar dan ajaran Rasulullah s.a.w- hati yang akan sengasara

telinga juga terbahagi kepada 2 kategori;
  • telinga yang gemar mendengar wahyu Allah s.w.t, suka mendengar bacaan Al-Quran dan hadith Rasulullah s.a.w, aktif dalam pengajian dan dakwah islamiyah, gemar mendengar kebaikan, dan majlis-majlis zikir- telinga yang bahagia
  • telinga yang suka akan nyanyian dan hiburan yang melalaikan, kekejian, kemungkaran, dan mendengar segala sesuatu yang menjauhkan dirinya daripada Allah s.w.t serta mengundang kemurkaan Allah s.w.t

lisan;
  • lisan yang sentiasa menuturkan kata-kata penuh hikmah, mengatakan kebenaran, zikrullah, dan amar ma'ruf nahi mungkar
  • lisan yang suka membuat ghibah(mengumpat orang lain), mengejek orang, berbohong, melaknat, dan mengadu domba- lisan yang amat rugi


"apakah kamu tidak memperingati orang ( Raja Namrudz daripada Babilonia) yang berdebat dengan Ibrahim tentang Tuhannya( Allah ) keran Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan ( kekuasaan). ketika Ibrahim mengatakan ' Tuhanku ialah Yang Menghidupkan dan mematikan. ' orang itu berkata ' saya juga dapat menghidupkan dan mematikan ' Ibrahim berkata ' Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari daripada timur maka terbitlah dia daripada barat' lalu terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim" Al- Baqarah : 258Add Image







HaKIkat BaHAgia..

Monday, May 24, 2010



bahagia itu datang dr dlm diri,

kesannya zahir rupanya ma'nawi,

terpendam bagai permata di dasar hati,

bahagia itu ada pada hati,

bertakhta d kerajaan diri,

terbenam bagai mutiara,

di lautan nurani,

bahagia itu ada di jiwa,

mahkota di singgahsana rasa

bahagia itu adalah

suatu ketenangan

bila susah tiada gelisah

bila miskin syukur pada Tuhan

bila sakit tiada resah di jiwa

bukankah Tuhan telah berfirman

ketahuilah dengan mengingati

Allah, jiwakan menjadi tenang

kebahagiaan itu suatu kesyukuran

bila kaya jd insan pemurah

bila berkuasa amanah

bila berjaya tidak alpa

bila sihat tidak lupakan Tuhan

hakikatnya bahgia itu adalah ketenangan

bila hati mengingati Tuhan


~ my favourite song, yg mnimbulkn keinsafan..sm2 kite hayati ~

kt bwh ni video nita upload..insyaALLAH klu nk dgr dgn tenang , blh download kt cni yer...hehe
best sgt =)







KIsaH mALaikat...II


dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

salam..izinkn sy proceed dgn kisah malaikat yg kedua pula...

KISAH II : MALAIKAT MENGEMBANGKAN SAYAPNYA DI TMPT ORG MENUNTUT ILMU

mjlis ta'lim @ majlis ilmu amat disukai oleh malaikat.

tmpt2 mnuntut ilmu mnjdi perhatian malaikat shngga mereka khusyuk d hdpnnya dn mengembangkan sayapnya kepada para penuntut ilmu..

Rasulullah s.a.w bersabda;
" sesungguhnya malaikat itu mengembangkan sayapnya bg penuntut ilmu krn mereka redha kpd yg diperbuat "

maksudnye;
mereka(malaikat) merendahkn diri terhadap orang yg mnuntut ilmu sebagaimana firman Allah s.w.t tntg mrndahkan diri trhadap ibu bapa yg dgmbarkan dgn kata-kata rendahkan sayapmu.

firman Allah s.w.t bermaksud;
" dan rendahkanlah dirimu kepada mereka berdua dgn pnuh kesayangan"
(Al-Isra' : 24)

"dan rendahkanlah dirimu terhadap org2 yg mengikutimu, iaitu org2 yg beriman"
( As- Syuara': 215)

" sesungguhnya Allah mmpunyai malaikat yg berjalan d bumi selain pencatat amal manusia. maka apabila mereka mnjumpai satu kaum yg sedang berzikir kpd Allah s.w.t, mereka saling memanggil:
" wahai ke marilah pada barang yg kalian suka"

maka para malaikat itu pn mengelilingi kaum itu hingga ke langit dunia,
( riwayat Imam Ahmad)

Allah bertanya; "apa yang sedang hambaKu buat ketika kamu tinggalkan ?"

malaikat berkata. " kami tinggalkan mereka waktu mereka sedang memuji Engkau, mensucikan Engkau, dan berzikir kepada Engkau "

Allah bertanya lagi, " apakah mereka melihat akan Aku?"

jawab malaikat," Tidak"

Allah berfirman, " bagaimana sekiranya mereka melihat akan Aku?"

malaikat mnjawab " seandainya mereka melihat kepadaMu, sdh tentu mereka akan lebih bersungguh-sungguh dlm bertahmid dn zikirnya"

Allah berfirman " Apa yang mereka pinta?"

malaikat menjawab, " mereka mendambakan syurgaMu"

Allah berfirman " Adakah mereka pernah melihat syurga?"

malaikat menjawab " tidak"

Allah berfirman " bagaimana seandainya mereka melihatnya?"

malaikat : " seandainya mereka melihat syurgaMu, sudh tentu mereka akn lebih lagi menginginkannya dn lebih bersungguh2 memintanya"

Allah berfirman : daripada apa mereka memohon perlindungan?"

jawab malaikat " mereka memohon perlindungan drpada nerakaMu "

Allah berfirman " adakah mereka pernah melihat akannya?"

"tidak" seru malaikat.

Allah berfirman lagi " bagaiman seandainya mereka melihat neraka"

" sudah tentu mereka akn bertambah betul2 lari dn takut daripadanya"

firman Allah;
" Aku persaksikan terhadap kalian bhwa Aku telah mengampuni mereka"

malaikat berkata " di dalam majlis itu ada fulan yg berdosa ikut mereka. dia datang krn ada satu kepentingan"

maka Allah berfirman " ( dia juga telah Aku ampuni) mereka yang terlibat dgn majlis zikir itu tidak ada yg celaka"


sekian, wallahua'lam.

tEaRs fOr ...??

Sunday, May 23, 2010








dengan nama Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

menangis? pernahkah antum menangis?

kenapa? kt mane? bile?

menangis merupakan tingkahlaku yg normal bg manusia...

di cni sy nk cite psl menangis lak..

mnangis byk jnis..depends on the situations..

menurut Ibn Qayyim,

ada beberapa jenis tangisan;
- menangis krn kasih sayang dn kelembutan hati for example.. mase nk berpisah ngn fmily especially mak ayh kite ms kite nk kmbli smula ke hostel or nk p smbung stdy ky u..tmbh2 lak if jauh...huhu... mase 2 automatik rs cdih n kluarlh cecair jernih d kelopak mate mak kite n kite sndri..... ( teringat kt bunda sy lak..=( aduh)

- ok proceed, next menangis krn rase takut.. ha..ni bhye ni bl tkut sgt2 smpai menangis. erm..msti situasi kena culik ke...tgk murder ke...bab ni seram kot

- next, menangis krn cinta..cnta byk..cinta kepada Allah, Rasulullah s.a.w, alam, ibu ayah, keluarga, shbt2 dn saudara seislam..

- menangis krn terlalu gembira...yg ni mybe bl kite dpt result gempak n cemerlang... time 2 kite brsa sgt2 bersyukur n xsgka..maka kite menangis kegembiraan..

- menangis krn kesdihan..erm..yg ni common..bl kite rs cdih sbb sesuatu prkare kite akn menangis bg mengurangkn rs cdih 2..huhu.. la tahzan..innallaha ma'ana..


- lastly, menangis krn hadapi penderitaan... namun..wahai sahabat-sahabiahku, ada 1 jenis tangisan yg nmpak biasa shj tp air mata yg mengalir itu dapat memadamkan api neraka!
Nabi Muhammad s.a.w prnah bersabda, " tidaklah seseorang itu menitiskan air mata kecuali Allah akn mengharamkan tubuhnya dr api neraka dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akn dikotori debu kehinaan apabila seseorang dr 1 kaum menangis, maka kaum itu akn dirahmati, tidaklah ada sesuatu pn tidak mempunyai kadar dn balasan kecuali air mata.. sesungguhnya ia ialah air mata yg dpt memadamkan lautan api neraka.."


tangisan itu ialah kerana rasa takut kepada Allah s.w.t.. menangis kerana menyesal di atas kesalahan dan dosa yg telah dilakukan malah tangisan takut kepada azab Allah s.w.t pd hr pembalasan nanti.. tangisan ini sngt bernilai di sisiNya.



sbg hamba Allah, kite seharusnya takut pada Allah...

melebihi rasa takut pd benda lain krn sume2 2 makhluk ciptaan Allah s.w.t juge...

maka, kita msti igt stiap masa kite diperhatikan..


setiap gerak geri kita, lintasan hati kita,

ada yg mendengar melihat dn mencatat...

Allah itu Maha Besar, Maha Berkuasa, Maha Melihat...




kite mestilah ade sifat Al-Haybah dlm diri kite agar ibadah kite misalnya solat mnjadi lbih

khusyuk dn kite ikhlas dlm mengerjakannya....

* Al-Haybah : menghadirkan rasa takut @ gerun akan kekuasaan Allah


' tak ternilai air mata dgn permata yang bisa memadamkan api neraka....'
-
lirik lagu DESTINASI CINTA oleh mestica...yg jd lgu tema blog ana ni=)

sekian..mohon pembaca meninggalkan komen ckit..( ^^,)

i LOve Allah!!!!!

Saturday, May 22, 2010



segala puji hny untukMu ya Allah....

KIsaH mALaikat...

Friday, May 21, 2010




Kisah 1 : Jibril bertanya kepada Rasulullah s.a.w jarak antara dunia dan akhirat

jabir bin Abdullah berkata :

' pd suatu hari swktu sy brsama Rasulullah

maka tiba-tiba dtg seorg lelaki yg berwajah putih bersih,

rambutnya pula sgt cntik, dn dia memakai pakaian yg putih.

lalu, dia menghampiri Rasulullah s.a.w dgn brkata :

'"assalamualaikum ya Rasulullah, apkh ertinya dunia itu? "

maka Rasulullah menjawab pn bersabda :

" dunia itu adlh impian org yg tidur.

bertanya org itu lagi : " apkh erti akhirat itu ya Rasulullah s.a.w ?

bersabda Rasulullah s.a.w :

" satu kumpulan manusia yg berada d syurga dn satu kumpulan berada d dlm neraka"

org itu brtnya lg : " apkh syurga itu ?

jawab Rasulullah :

" sbgai ganti dunia utk mereka yg mnjauhkan dunia krn ssungguhnya nilai hrga syurga itu sm dgn mnjauhkan dunia ini "

" apakah Jahannam itu ya Rasulullah?"

" jahannam itu adlh gnti dunia bg mereka yg mncarinya "

bertanya org itu lagi :

" siapakah sebaik-baik umat ini? "

bersabda Rasulullah :

" sebaik-baik umat ialah yg taat kpd Allah s.w.t."

"bagaimana yg dkatakan taat itu?" tny org itu lg

" org yg berusaha bersungguh2 sebagaimana org mncari kafilah"

org itu brtanya lg :

" seberapakah ketentuan taat itu?"

" sprti kira-kira perbezaan dr kafilah"

bertny lg: " brpa jarak jauhnya dunia dgn akhirat?"

Rasulullah mnjwb :

" hny sekadar memejamkan mata "

Jabir melanjutkn ceritanya " stlh org itu pergi, kami tdk lg mlihat org itu slps itu "

Rasulullah s.a.w berkata

" org lelaki itu tadi ialah Jibril a.s,

dia dtg kpd kamu supaya kamu semua mnjauhkan diri dr dunia

dn spy kamu mencintai akhirat "

bersabda baginda lg :

" ssungguhnya Allah tdk mnciptakan makhluk yg lbh dbenci selain dunia, bahkan Dia tdk prnh mlihatnya sjk mnciptakannya"

dunia ini satu alam khayalan yg mn 1 masa nanti juga akn musnah,

jd apalah guna kita mengejar stlh kita thu bhw akhirat shj yg kekal

gunakan dunia ini utk kita mngumpul pahala+ bekalan amln ke akhirat

sekian,wallahualam..=)





soLAt n Us.....

Thursday, May 20, 2010


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG








soLaT tIAng AgaMA...


TIdaK soLAt makA rUNtuhlah TiaNG itu.....







Apabila solat itu sendiri tidak dapat menjadi pencegah maksiat kepada diri kita,

maka benarlah Roh solat itu sendiri tidak dapat meresapi diri manusia yang mendirikan solat itu.


Seseorang muslim yang mengerjakan solat kebiasaannya menempuh tahap-tahap berikut :




1. Tahap ilmu:

Seorang muslim setelah mengetahui kewajipan solat, kemudian mempelajarinya dengan telilti melalui ilmu Fiqh iaitu syarat wajibnya, sahnya, rukun-rukunnya, sunat-sunatnya, perkara-perkara yang membatalkannya dan sebagainya. Tetapi ilmu mengenainya tidak memadai sekiranya tidak disertai keyakinan dan amal.

Ertinya ilmu hendaklah diselaraskan dan diselarikan dengan hati, akal dan perbuatan kita dengan apa yang dikehendaki oleh Allah.

Apabila Allah memerintahkan kita mendirikan solat dan memberitahu kita bahawa kejayaan itu terletak pada solat, maka akal kita tidak boleh ragu dan was-was. Akal mesti mengakuinya. Tetapi bila akal sudah yakin, itu belum cukup. Kita mesti pergi ke tahap yang kedua.


2. Tahap kedua: Menundukkan hati

Sekiranya akal kita sudah tahu secara keseluruhan tentang kepentingan solat tapi hati kita masih berat untuk mengerjakannya seolah-olah menganggap solat itu tidak penting.

Sebab itu tahap kedua ini dinamakan tahap mujahadah.

Iaitu bermujahadah supaya apa yang diselaraskan oleh akal dan ilmu itu juga diakui oleh hati.


Kalau hati sudah tunduk, tandanya apa yang kita buat terasa lazat. Kalau tidak rasa lazat, kalau rasa menderita sahaja, terasa berat untuk mengadap Allah, maka hendaklah bermujahadah bersungguh-sungguh sehinggalah sampai ke peringkat ketiga.

3. Tahap ketiga: Menjadi tabiat dan istiqamah

Maknanya solat itu sudah menjadi amalan dalam hidupnya secara istiqamah.

Tidak perlu dipaksa-paksa lagi.

Sebab itu di dalam Islam, para ibubapa hendaklah mengajar anak-anak solat seawal umur tujuh tahun lagi dan anak-anak tadi boleh dipukul ketika umur sepuluh tahun dan ke atas sekiranya mereka cuai dan meninggalkannya.


Tujuannya supaya solat itu menjadi tabiat dan kebiasaannya sehingga ke akhir hayat. Kemungkinan juga saudara/ri terasa berat untuk mengerjakan solat kerana tidak merasai kebesaran dan keindahan solat itu sendiri.

Bila membicarakan soal solat ini, kita tidak boleh menganggap bahawa kita sedang surut ke belakang semula. Sebenarnya tidak, kerana solat adalah perkara yang penting.


Kalau hendak dilihat pada kepentingan solat adalah seperti berikut :

Solat merupakan tiang agama:

Jika iman diibaratkan akar tunjang bagi pokok, solat pula ialah batangnya.

Kalau hendak mendirikan sebuah rumah, perlu ada tapak dan tiang-tiang serinya.

Rumah tidak akan dapat dibangunkan kalau tidak ada tiang serinya.

Begitulah Islam, tidak akan dapat dibangunkan jika solat tidak didirikan. Sebab itu dikatakan, solat adalah tiang agama.


Sesiapa yang mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agama.

Sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama.

Jadi, sekiranya kita memperumpamakan Islam itu sebagai rumah, maka Islam yang global itu umpama rumah yang serba lengkap. Mempunyai atap,tiang, dinding dan ada segalanya, maka tiang kepada Islam itu adalah solat.


Sekiranya kita hendak membina Islam yang syumul, solat merupakan perkara pertama yang harus kita perkemaskan.

Segala kerja kita dalam apa-apa bidang sekalipun sekiranya solat tidak kemas dan dicuaikan, maka kerja-kerja kita itu tidak membuahkan hasil yang baik.

Kita sibuk dengan kerja, peranan dan khidmat sedangkan waktu itu kita semakin cuai dengan solat. Ertinya kita tertipu dalam hidup.


Solat merupakan amalan yang mula-mula dihisab di akhirat:

Solat merupakan perkara pertama yang diperiksa di akhirat. Jika solat baik dan sempurna, maka mudahlah pemeriksaan pada amalan-amalan selepasnya. Jika ia baik, baiklah amalan-amalan yang lain. Sebaliknya, jika solat tersangkut, maka tersangkutlah amalan-amalan yang lain.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
"Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari Kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi &ldots;.."
(Riwayat At Tirmizi, An Nasaei dan Ibnu Majah ).

Mengandungi ikrar setiap hamba:

Di dalam solat ada ikrar yang dilakukan oleh setiap yang mengerjakannya kepada Allah SWT. Solat yang pertama adalah ikrar yang mula-mula sekali dibuat oleh hamba kepada Tuhannya. Solat yang kedua, ketiga dan seterusnya merupakan ikrar pembaharuan sahaja. Inilah kehebatan solat. Kerana sehari semalam ada 5 kali ikrar yang dibuat sebagai taat setia kepada Tuhan.

Ikrar itu jelas di dalam doa iftitah iaitu ketika mengucapkan :
"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah Tuhan sekalian alam"

Menggambarkan amalan-amalan para malaikat:

Jumlah malaikat yang terlalu banyak itu beribadah kepada Allah dengan cara mereka yang tersendiri.

Ada yang asyik sujud, ada pula yang asyik rukuk dan lain-lain.

Para malaikat ini kekal dengan satu-satu amalan itu dengan istiqamah.

Yang takbir, takbir sahaja. Begitulah yang bertasbih, asyik bertasbih sahaja. Tetapi dalam solat, manusia telah melakukan berbagai-bagai amalan para malaikat.

Di sinilah kehebatan manusia berbanding dengan malaikat. Amalan manusia walaupun tidak sebanyak para malaikat tetapi kepelbagaiannya mengatasi amalan malaikat.


Bermacam-macam bentuk ibadah:

Dilihat dari bacaannya sahaja, bacaan solat terdiri daripada pelbagai bentuk yang mengandungi zikir, selawat, ayat Quran, hadis dan lain-lain.

Bacaan Fatihah, adalah ayat Quran. Bacaan tahayyat diambil daripada hadis. Dalam solat juga ada tasbih, tahmid dan doa.


Melibat seluruh anggota lahir dan batin:
Solat melibatkan banyak anggota lahir dan batin manusia. Rukun Qalbi, Qauli dan Fi'li telah melibatkan hati, akal dan anggota badan manusia.

Rukun Qauli misalnya, melibatkan lidah dan akal. Lidah menyebutnya, akal memahaminya.


* sumber sy petik dr iluvislam punye artikel......utk manfaat bersama=)

pengumandang seruan langit


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


salamullahialaik....siapakah pengumandang seruan langit??


beliau ialah Bilal bin Rabah...

sy br sj abis bace novel sejarah islam ini..buku ni sgt3 best + sarat dgn pengajaran...( nk promote ni..bacelah buku bilal bin rabah =) xrugi pn)

syukran pd shbt sy yg bg pnjm buku ni...

sy nk kongsi ckit cite Bilal bin Rabah ni..

mudah-mudahan dpt bg mnfaat utk kite sume..

insyaALLAH

kalo yg dh bace 2..xpela ye..

Bilal tlh dbesarkn di kota Mekah

sbg hamba milik kluarge Umaiyah bin Khalaf, tokoh pnting kaum Quraisy.

sejarah hidup beliau sblum memeluk islam amat menyedihkan..pnuh penderitaan..

Ayah, ibu dan abangnya turut menjadi hamba kpd keluarga Umaiyah.

sejak kecil lg, Bilal sudh dipaksa untuk bekerja keras dn disiksa oleh Umaiyah..

Bilal di antara mereka yang paling awal memeluk islam..

beliau amat mencintai Rasulullah dan sentiasa mendampingi baginda

apabila Umaiyah mendapat tahu bahawa hambanya memeluk islam, dia berasa begitu terhina

kerana dia merupakan penentang keras nabi Muhammad.

' dan sesiapa yg mncari agama selain agama Islam maka tidak akan diterima drpdanya, dan ia pd hari akhirat kelak drpd org yg rugi' surah Al-imran : 85

umaiyah menyeksa Bilal bin Rabah dengan kejam sekali apabila mengetahui hambanya sendiri menjadi pengikut nabi Muhammad.

namun Bilal tetap utuh dengan keyakinan dan kepercayaannya terhadap agama Islam..

'saya hamba tuan.milik tuan. kerana itu tuan boleh berbuat apa shja yg tuan suka pd sy. tetapi tuan hny dpt menguasai tubuh luar sy shj. tuan tdk dpt menundukkan hati, perasaan dn keyakinan sy kerana itu milik sy. ap yg tuan lakukan ini hny mnambahkan lg keyakinan sy pd Muhammad' kata Bilal pd tuannya , Umaiyah bin Khalaf dgn sikap tabahnya itu.

setelah diarak mengelilingi kota Mekah, Bilal dibwa ke tengah padang pasir lalu dijemur d bwh pns matahari..=(

bilal terasa haus yang teramat2 sgt...huhu

Umaiyah bertekad untuk menyeksa Bilal sehingga mati selagi Bilal tidak menyatakan bhw Muhammad seorg penipu..

lalu Umaiyah telah memakaikan baju besi ke badan Bilal. kemudian dijemur di tgh pns..kulit Bilal menggelupas akibat kepanasan baju besi itu. namun Bilal terus tabah menghadapi dugaan itu.

kemudian Umaiyah meletakkan batu d atas dada Bilal lalu dia berdiri d atasnya. Bilal terus menyebut nama Allah tnpa menghiraukan kesakitan yg sdg dialaminya....

berjam-jam lamanya Bilal menahan kesakitan akbt dijemur...namun Bilal tetap berzikir menyebut nama Allah dgn pnuh keyakinan. dgn mnyebut nm itu Bilal sprti dpt menanggung kesakitan itu.

keadaan Bilal smkin teruk. tubuhnya mnjdi sgt2 lmh. Bibirnya yg kering mula pecah dn berdarah.

liang luka d bdnya tdk dpt dibilang lagi akibat disebat dgn cemeti...

akhirnya, dgn bantuan Allah..Bilal telah dibeli oleh Abu Bakar As-Siddiq dgn 9 uqiyah emas.

slps dimerdekakn oleh Abu Bakar, Bilal bin Rabah kini hidup bebas.

Beliau sntisa mendampingi Rasulullah s.a.w bagi mempelajari ilmu agama.

Rasulullah menyenangi sikapnya yg berhati mulia, sabar serta rajin. ke mana sahaja Nabi Muhammad pergi, pasti Bilal ada bersamanya.

kasih sayang Bilal terhadap Rasulullah sangat mendalam.

nabi Muhammad telah mengajarkan Bilal utk melaungkan azan..suara Bilal sgt merdu..suara gemersiknya membuatkn semua penduduk Madinah pada ketika itu terpesona...

Bilal merupakan tukang azan yg pertama....

ketika saat Rasulullah s.a.w wafat, Bilal merupakan org yg paling sedih saat itu...

matanya sentiasa menangis apabila terkenangkan kekasih Allah itu..sehingga beliau tidak mahu lagi melaungkan azan...apabila smpai sebutan' ashhaduanna Muhammadar Rasulullah' bilal tidak mampu menyebutnya...beliau menangis teresak-esak... kerinduannya pada Rasulullah sgt kuat...

apabila sudh smpai ajlnya, Bilal menyatakan kpd isterinya, Hindon bhw dia tidak takut menghadapi kematian krn mahu bertemu dgn Rasulullah...Bilal menghembuskan nafasnya di pangkuan isterinya. jenazahnya dikebumikan di Syam...
berakhirlah riwayat seorg hamba berkulit hitam..sebutir permata hitam Rasulullah, mutiara hitam yg berharga...

suara muazin terdengar,

memanggil insan menyembah Allah,

sejenak terimbau ingatan kepada insan yg mulia.

dirimu hnylh shaya,

syahadah itu kebebasanmu,

derapan kakimu didengar di depan rasulmu di syurga...

' Demi sesungguhnya adlh bg kamu pd diri Rasulullah itu cntoh ikutan yg baik iaitu bg org yg sntiasa mengharapkan keredhaan Allah dn blsn baik di hr akhirat serta ia pula menyebut dn memperingati Allah banyak-banyak ( dlm ms sush+senang) ' surah al-Ahzab: 21

maka nikmat Tuhanmu yg manakah yg kamu dustakan?

RahMAt UjiaN

Wednesday, May 19, 2010


Ujian? Masalah? Dugaan? Cabaran?

Semuanya pernah dialami oleh setiap insan bergelar hamba di bumi ALLAH s.w.t.

Tika diri dihimpit ujian demi ujian, terasa tak berdaya hadapi semua. Hidup terasa begitu sukar, begitu payah jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang lain.

Sahabat-sahabatku,

pernahkah kita terfikir..pada saat itulah kita mula mencari pencipta kita. Kita mula menadah tangan memohon pertolongan dari-Nya yang Maha mendengar. Hati merintih, memohon dengan penuh harapan bagai tiada yang lain dapat membantu kita saat itu melainkan Allahurabbi. Air mata mengalir tanpa dipaksa. Betapa berharapnya kita akan bantuan ALLAH..

namun...mari kita kenang kembali. Setelah kejayaan yang sangat kita impikan menjadi kenyataan, saat musibah yang menimpa hilang akhirnya, apabila kesedihan sudah dapat dilenyapkan...adakah pergantungan kita kepadaNya konsisten@ berterusan? Adakah kita istiqamah untuk menggagahkan diri bangun menghadap Ilahi tatkala insan lain dibuai mimpi?

Inilah hakikatnya..ujian yang dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya ialah tanda Allah menyayangi kita..sudah tebukti di sini. Tika mendapat ujian kita mula mendekatkan diri padaNya tapi apabila waktu kita dalam kesenangan kita lupa pada Allah. oleh itu, diberiNya ujian demi ujian kepada kita agar kita sentiasa dekat padaNya..betapa Allah menyayangi kita sebagai hambaNya....

Sahabat-sahabiahku,

Marilah kita bermuhasabah diri dan merenung kembali. Setiap ujian yang menimpa pasti ada hikmahnya yg tersendiri. Janganlah kita ,menyalahkan Allah kerana memberikan ujian kepada kita. Janganlah kita terus berputus asa tatkala mendapat keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan sedangkan kita telah berusaha sedaya upaya..kerana ALLAH maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita..Yakinlah pada ketentuanNya..mungkinkah apabila kita mndpt 4 flat kita pasti mnjadi sombong, bongkak dan melupai Allah? apabila kita terlalu gembira, kita akan lalai dari mengingatiNya.. ujian itu juga mngajar kita erti ketabahan, kecekalan dan kesabaran untuk megharunginya.. Jadi ikhwah wa akhawat sekalian, apabila antum mendapat musibah atau sesuatu yang tidak pernah antum inginkan..ingatlah, tekadkan dalam hati, ini adalah ujian dr Allah yang tersimpan hikmah, yang telah ditentukanNya kepada kita...redhailah..berlapang dada lah...

“ dan janganlah kamu (merasa) lemah dan jangan pula bersedih hati sebab kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman” Al-Imran : 139

Demi cinta kami kepadaMu,

Kami meneguk pahitnya kehidupan,

Peritnya penderitaan,

Namun bukan mengeluh kerana peristiwa2

Yang kami alami,

Bahkan kami gembira dan senang,

Bila dapat selalu menyebut asma Mu yang indah,

Merasai nikmatnya zikrullah,

Indahnya tahajjud,

Dambaan hati kami selamanya

Adalah untuk bersua denganMu...ya Rabbi..

Sekadar nukilan biasa dari seorang hambaNya....Justify Full