Pages

Rintihan Taubat 3

Wednesday, April 6, 2011



Agar taubat seseorang itu diterima, maka dia harus memenuhi tiga hal iaitu:

(1) Menyesal
(2) Berhenti dari dosa
(3) Bertekad untuk tidak mengulanginya.


Taubat tidaklah ada tanpa didahului oleh penyesalan terhadap dosa yang dikerjakan. Barang siapa yang tidak menyesal maka menunjukkan bahwa ia senang dengan perbuatan tersebut dan menjadi indikasi bahwa ia akan terus menerus melakukannya. Akankah kita percaya bahwa seseorang itu bertaubat sementara dia dengan reda masih terus melakukan perbuatan dosa tersebut? Hendaklah ia membangun tekad yang kuat di atas keikhlasan, kesungguhan niat serta tidak main-main.



Rintihan taubatku ya Allah




Al-Quran menjelaskan bahawa Allah Maha Pengasih, Penyayang dan Maha Pengampun yang sentiasa mengampunkan segala dosa hambaNya yang mahu bertaubat. FirmanNya lagi:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِيْنَ اَسْرَفُوْا عَلَى اَنْفُسِهِمْ لاَ تَقْنَطُوْا مِنْ رَحْمَةِ اللهِ اِنَّ اللهَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ جَمِيْعًا اِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمِ ، وَاَنِيْبُوْا اِلَى رَبِّكُمْ وَاَسْلِمُوْا لَهُ مِنْ قَبْلِ اَنْ يَاْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لاَ تُنْصَرُوْنَ.


“Katakanlah! Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnyanya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)”(Surah Az-Zumar :53)

Allah menjanjikan rahmat dan pengampunan dari semua dosa kepada hambaNya yang bertaubat. Allah Subhanahu wa-Ta’ala pula bertanya mengapa kamu tidak mahu bertaubat sedangkan taubat adalah amalan yang mulia di sisiNya sebagaimana firmanNya:

اَفَلاَ يَتُوْبُوْنَ اِلَى اللهِ وَيَسْتَغْفِرُوْنَهُ وَاللهُ غَفُوْرٌرَحِيْمٌ.

“Maka mengapa mereka tidak mahu bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Surah Al-Maidah : 74)

وَرَبُّكَ الْغَفُوْرُ ذُوْ الرَّحْمَةِ
“ Dan Tuhanmu Maha Pengampun lagi melimpah-limpah rahmatNya

(Surah Al-Kahfi : 58)


EXAM MODE

Tuesday, April 5, 2011




BERTENANG....BERTENANG....



1. Ambil wudhu dan mulakan analisa diri secara telus dan tulus

• Keikhlasan niat dan perbuatan

• Usaha yang tersusun dan berterusan

• Kefahaman akan konsep usaha dan tawakal

• Kefahaman terhadap keperluan dan pergantungan kepada Allah

2. Memahami bacaan dalam solat dan zikir al-mathurat sebagai contohnya ayat 286 surah Al-Baqarah

:

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."


Doa ini ialah doa yang sering diamalkan oleh Rasulullah saw sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Tirmizi. Lafaz doa serta maksud ialah :

اللَّهُمَّ انْفَعْنِي بِمَا عَلَّمْتَنِي ،

Ya Allah, Berikanlah manfaat kepadaku dengan ilmu yang Engkau kurniakan kepadaku

وَعَلِّمْنِي مَا يَنْفَعُنِي ،

Dan ajarkan aku apa yang bermanfaat untukku

وَزِدْنِي عِلْماً وَالحَمْدُ للهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

Dan tambahkan ilmu kepadaku dan segala puji untuk Allah pada

setiap keadaan



MINDA-MINDA YANG PERLU ADA DALAM DIRI KITA....


MINDA PERTAMA : SENTIASA INGIN BERJAYA

MINDA KEDUA : SENTIASA POSITIF

MINDA KETIGA : SENTIASA KREATIF

MINDA KEEMPAT : TIDAK LEKA

MINDA KELIMA : BANGKIT, BERJUANG DAN MENANG!!!