5 STRATEGI KEMENANGAN
1) TAQWA
Saidina Umar Al-Khattab R.A pernah mengutus surat wasiat kepada Komander Tentera Islam Di Iraq iaitu Saad BIN Abi waqqas r.a. :
“ sesungguhnya aku memerintahkan engkau dan seluruh tentera yang bersamamu agar bertaqwa kepada Allah dalam apa jua keadaan. Sesungguhnya taqwa adalah sebaik-baik persediaan dan strategi yang paling kuat dalam peperangan . Aku perintahkan engkau dan sesiapa jua yang bersamamu bahawa kamu mestilah benar-benar berwaspada daripada maksiat yang tercetus di kalangan kamu jua dari musuh-musuh kamu. Sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh tentera lebih ditakuti atas mereka berbanding musuh-musuh mereka. Sesungguhnya orang –orang islam diberi kemenangan dengan maksiat yang dilakukan oleh musuh mereka kepada Allah Taala. Jika tidak demikian , tidaklah kita memiliki kekuatan untuk mengatasi mereka . kerana bilangan kita tidak sama berbanding jumlah bilangan mereka dan persediaan mental kita jua tidaklah sama berbanding persediaan mental yang mereka miliki. Andai kita juga turut melakukan maksiat sebagaimana mereka melakukan maksiat nescaya mereka lebih kuat dan hebat daripada kita.”
- Setiap petugas Islam wajib bertaqwa kepada Allah , melaksanakan apa yang diperintah dan tinggalkan apa yang dilarang oleh Allah
- Semua petugas sama ada pemimpin atau ahli sewajarnya meningkatkan hubungan dengan Allah Taala dan sentiasa meletakkan diri dalam situasi beribadah kepada Allah.. pastikan apa jua kerja dan tugas yang kita lakukan adalah kerana Allah dan ia menjadi ibadah soleh .
2) JIHAD
- Tanpa kerja kuat dan kesungguhan kita tidak akan Berjaya!
- Ikhtiar adalah satu kewajipan dan kesungguhan adalah satu tuntutan.
3) TAWAKKAL
- Jangan putus harap kepada Allah biarpun kita menghadapi kesukaran dalam perjuangan ini.
- Sekalipun cabaran yang kita hadapi serta tekanan yang kita alami terlalu getir dan berat, setelah kita kerahkan segala upaya yang kita miliki, kita mesti yakin dan sandarkan keputusan kepada Allah.
- Setelah gigih berdakwah berhadapan dengan 1001 ragam manusia jahiliyyah, Rasulullah s.a.w berdoa “ ya Allah, sesungguhnya telah aku sampaikan kebenaran ini. Maka saksikanlah “
- Jahiliyyah moden hari ini menjanjikan ragam yang serupa dengan kadar yang sama. Justeru, kegigihan serupa dan kebergantungan yang sama kepada Allah perlu kita miliki agar kita mendapat hasil yang serupa dengan apa yang dicapai oleh Rasulullah s.a.w.
4) MUNAZZAMAH
- Jangan bekerja atau bertugas secara rawak atau rambang. Sebaliknya bertindak secara terancang dan berpandukan arahan serta peraturan yang telah ditentukan.
- Sekalipun kita membawa kebenaran, namun tanpa rencana dan strategi yang terancang, pasti sahaja kita akan tewas.
- Inilah yang dikatakan oleh Saidina Ali Karamallahuwajhah “ Kebenaran yang diperjuangkan tanpa sistematik hanya akan dikalahkan kebatilan yang diurus dengan sistematik”
5) ISTI’ANAH BI SOBRI WA SOLAH
- Kemenangan yang kita dambakan ini adalah daripada Allah s.w.t, justeru kepadaNya kita wajib memohon kemenangan ini.
- Allah s.w.t. mengajar kita agar memohon pertolongan dengan sabar dan solat.
- Sabar adalah kunci kejayaan dan kemenangan.
- Allah taala telah berfirman “ sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang –orang yang sabar”
- Sabar dalam tindakan agar tidak gopoh dan melencong dari matlamat asal perjuangan.
- Sabar dalam gerak kerja dan tugas. Jangan merungut dan mempersoal arahan.
- Sabar agar diri tidak terpengaruh dengan provokasi musuh.
- Sabar dari panahan fitnah eprjuanagn yang mungkin dari godaan manusia dan harta.
- Sabar moga tidak terlalu excited dengan sokongan ramai.
- Sabar daripada terjebak dalam kancah maksiat dan mungkar
- Sabar dengan karenah sahabat-sahabat yang pelbagai ragam.
- Sabar untuk bertahan dengan akhlak mulia sekalipun berhdapan dengan penghinaan musuh dan 1001 keadaan yang memerlukan kita sabar.
- “ wahai manusia! Jangan sekali-kali kamu bercita-cita mencari musuh sebaliknya memohon kesejahteraan daripada Allah. Andai bertemu musuh , bersabarlah! Namun ketahuilah bahawa sesungguhnya syurga itu berada di bawah kilauan mata pedang” Sabda Rasulullah s.a.w
- Solat membawa maksud munajat dengan memanjatkan doa kepada Allah agar Allah memberikan kekuatan kepada kita serte kemenangan yang telah dijanjikan.
- Siang kita mengurus organisasi, mengatur startegi, manakala malamnya kita bersimpuh menghadap Allah penuh khusyu’ memohon kekuatan diri serta nusrah buat perjuangan suci ini ..
TAKBIR!!!