Pages

sinergi dari taman syurga

Monday, December 26, 2011

assalamualaikum wbt...

Allahurabbi..lamanya ana tak update blog ini..asif jiddan sahabat2 , kekangan waktu yang tak dapat dielakkan...
insyaAllah masih segar di ingatan ana, baru mendapat taujihat dan perkongsian ilmu dari seseorang dalm sebuah halaqah ilmu,,yakni taman syurga...insyaAllah cuba ana kongsikan buat teman2 tersayang....

ikhwah wa akhowat yang dikasihi kerana Allah..

ada tiga tingkatan dalam dakwah ;
1) sabar
2) ikhlas
3) syukur

~ manusia ini dikatakan sombong apabila sering mengeluh , kecewa, kesal di atas sesuatu perkara yang gagal dilaksanakan. sebagai contoh aktivis dakwah yang gagal mengajak mad'u nya ke arah kebaikan, segera mengeluh dan menunjukkan sikap putus asa..sesungguhnya, kesabaran merupakan tingkatan yang pertama dalam berdakwah..yakinlah apa sahaja yang berlaku adalah suatu ujian dari Allah kepada kita sebagai pejuang agamaNya!!

~ seringkali berlaku, para aktivis dakwah menyalahkan dakwah di atas kegagalannya melaksanakan/kejayaan dalam urusan akademik, dll...mengapa ia berlaku?? nah...ini kerana tiadanya IKHLAS dalam diri pejuang itu!
apa pun mehnah, ujian, kegagalan yang kita hadapi sekarang, ayuh!! kita bangkit...kita IKHLASKAN DIRI..teruskan berdakwah...!!
ikhlaskan diri kita kerana ALLAH,,,pegi majlis ilmu, usrah, meeting, liqo', program dan sebagainya...niat ikhlas kerana Allah, Niat nak cari ilmu kerana Allah , niat berukhuwwah, niat berusrah kerana Allah, niat buat program kerana Allah..!! satu contoh ana ambil, jika kita ada usrah/majlis ilmu yang harus disertai bersama sahabat2 yang lain pada hari itu, tapi kita pergi dalam keadaan tidak bersemangat + merungut + tidak ikhlas, ..tiba2 kita terlibat dalam accident@kecelakaan..ya Allah, di manakah tempat kita sewaktu itu andai Allah mengambil nyawa kita di saat itu..?? Allah..ya Allah..=(
oleh itu, tanamkan IKHLAS = tingkatan kedua dalam berdakwah

~ syukur, Alhamdulillah..kita dipilih oleh Allah sebagai naqib/ah, pemimpin, daie, dll...syukurlah kita digolongkan oleh Allah dalam golongan ini..wahai sahabat2 ku , ayuh kita sedar..betapa besarnya keni'matan yang Allah beri ini...tidak ternilai harganya...subhannallah..ketika ini, kita berusrah, berprogram, menghadiri majlis ilmu, liqo' dan sebagainya...di kala ini juga, sahabat2 kita yang lain sibuk berfacebook, bermesej2, bercalling2, tengok movie, tidur, study, makan2 dll....jadi, di mana Allah letakkan kita?? ya, Allah letakkan kita di suatu tempat di mana kita mengingati Allah, berjuang meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w, membina tautan ukhuwwah kerana ALLAH, mendekatkan diri kepdaNya..oleh itu, apa lagi yang kita perlu lakukan selain daripada mensyukuri ni'mat2 ini sahabat2 sekalian..jangan pandang ia sebagai bebanan buat kita, yakinlah 'La yukallifullahu nafsan illa wus'aha" , yakinlah " jika kamu menolong agama ALLAH, ALLAH pasti menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu..yakinlah " berangkatlah kamu dalam keadaan berat atau ringan, untuk berjihad di jalan Allah, sesungguhnya kamu orang2 yang beruntung jika kamu mengetahaui.."