Pages

pesanan dari surah at-taubah

Wednesday, July 21, 2010


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Petikan ayat-ayat suci Al-Quran ( Surah At-Taubah 12-18) ini dihimpun untuk punya hubung kait dengan isu kezaliman yang berlaku di bumi palestin. Moga kita bersama-sama dapat renungkan isi penting dari surah ini..

12: Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia dan mereka pula mencela agama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat).

13: Mengapa kamu tidak memerangi suatu kaum yang telah mencabuli sumpah janjinya, dan mereka pula telah berazam hendak mengusir Rasulullah dan merekalah juga yang mula-mula memerangi kamu? Tidak patut kamu takut kepada mereka (sehingga kamu tidak mahu memeranginya) kerana Allah jualah yang berhak kamu takuti (melanggar perintahNya), jika betul kamu orang-orang yang beriman?

14: Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.


15: Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendakiNya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

16: Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahuiNya) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan.

17: Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam Neraka.

18 : Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.


Moga kita punya kekuatan untuk selamatkan bumi palestin dari kezaliman israel. Umat islam harus saling melindungi & membantu yang lemah dizalimi dan dianiaya.

Allah Huakbar!!

sumber : artikel@iluvislam

Bingkai Kehidupan

Tuesday, July 13, 2010


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Allah s.w.t Tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w, penamat sekalian nabi dan rasul, sejahtera buat ahli keluarga dan para sahabat baginda, dan juga buat seluruh umatnya yang mengikuti hidayah petunjuk dan perjuanagan suci yang dibawa oleh baginda Rasulullah s.a.w

Alhamdulillah, dengan izinNya, saya berjaya meneruskan kembali pengajian saya untuk semester 3 semalam iaitu pada 12 Julai 2010..insyaAllah saya akan meneruskan perjuangan ini..demi mencari redha Allah..semoga dipermudahkan olehNya..amin Ya Rabbal 'Alamin..

Entri pada kali ini, sukalah saya untuk berkongsi sebuah lirik lagu yang pada hemat saya sangat bermakna dan memberikan semangat untuk kita berjuang di jalan Allah s.w.t..ini merupakan lagu tema bagi satu kem yang saya ikuti baru-baru ini iaitu Muqayyam Tarbawi Rakan Penggerak Ad-din UPSI..insyaAllah sama-sama kita hayati bait-bait jihad ini..


Bingkai Kehidupan ~ Shoutul Harokah ~

Mengharungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
kan menjadi saksi pengorbanan

Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasuulu qudwatunaa
Al-Qur'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fi sabilillah
Asma amaanina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al-quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi

* asif jiddan sy tidak sempat men'download ' videonya untuk link di sini ..InsyaAllah akan di uploadkn nanti..syukran alaik=)




MALAIKAT KECIL PENYAMPAI RISALAH JALAN-JALAN KE SYURGA

Sunday, July 11, 2010



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kali ini saya ingin berkongsi satu kisah yang sangat menarik dan bermakna..kisah ini saya petik dari artikel@iLuvislam..semoga menjadi iktibar dan pedoman kita..insyaAllah...=)

MALAIKAT KECIL PENYAMPAI RISALAH JALAN-JALAN KE SYURGA

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat,

seorang Imam dan anaknya
yang berumur 7 tahun akan

berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah


bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu

hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu,

hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.


Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan

seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"


Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?".

"Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar

menyampaikan risalah Allah"


"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka

walaupun ketika hujan turun"
Ayahnya menambah

"Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"


Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan

risalah-risalah itu kepada anaknya

"Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"


"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu

pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.


Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada

sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk

setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.


Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah

"Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya.Dia berasakan

tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya.

Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan

risalah terakhirnya itu namun gagal.


Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu

dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu.

Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu,

lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.

Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.

Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan.

Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,

mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.

Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.

Akhirnya pintu rumah itu dibuka.


Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50 tahun.

Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang

ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik.

Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan

makcik adalah orang yang paling bertuah".

Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.


"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" Dengan nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam

memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya

" Ada sesiapa nak bertanyakan sesuatu?"


Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri.

Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam

perhimpunan ini yang kenal saya.

Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali.

Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya

bukan seorang Muslim.


Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan

saya keseorangan dalam dunia ini." Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.


"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap

anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi

diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun,

tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi.

Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi

jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi.

Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".


"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini

setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher

dan terus pergi ke pintu"


"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.

Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat".

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang

ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik"

Itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".


"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan.

Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat.

Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya

diletakkan semula ditempat asal mereka.
"Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia,

yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu, ALLAH.

Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini.

Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya

roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"


Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering.

Ramai pula yang berteriak dan bertakbir "ALLAHUAKBAR!"


Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk

anaknya yang berada di kaki mimbar dan

menangis sesungguh-sungguh hatinya.


Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya.

Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini.

Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya.

Seorang anak yang seumpama malaikat.


Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH

kepada makhlukNya yang penyayang.

tips tangani takabbur perosak hati

Wednesday, July 7, 2010




DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG



1. Merasakan diri lebih hina daripada orang tua kerana mereka hidup lebih lama dimuka bumi Allah ini dan sudah tentunya amal ibadatnya juga lebih banyak daripada kita.

2. Merasakan diri lebih kerdil daripada kanak-kanak kerana mereka masih suci bersih daripada dosa sedangkan kita sudah dicemari tompok-tompok noda dan dosa.

3. Merasakan diri lebih kecil dari orang alim kerana ilmu mereka terlalu banyak daripada kita.

4. Merasakn diri lebih keji daripada orang jahil kerana mereka melakukan dosa kerana kejahilannya sedangkan kita tahu tapi masih melakukan dosa.

5. Merasakan diri lebih jijik berbanding orang miskin kerana mereka tidak bersedekah kerana ketidakmampuannya tetapi kita tidak bersedekah walaupun mampu.

6. Merasakan diri lebih rugi daripada orang kaya kerana mereka sudah tentu mempunyai harta yang lebih banyak untuk bersedekah dan membuat amal kebaikan.

redha dan ikhlas

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


1) Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.

2) Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.

3) Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :

* Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
* Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.

Redha Menerima hukum Allah s.w.t. :

Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.

Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ". ( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 )

Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".
( Surah At Taubah : Ayat 59 )

Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah s.w.t. baik yang wajib mahupun yang Sunnah ,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah s.w.t. hendaklah dijauhi dengan lapang dada .

Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. 'Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka ". ( Surah Muhammad : Ayat 26 )

Andaikata mereka ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan sembahyang maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura-pura. Demikianlah gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum Allah s.w.t. , yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada kemurnian iman dan yang tidak redha itu adalah gejala nifaq.

Redha Dengan Qada' :

Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.

Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata :
" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ".

Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan :
" Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".

Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :

" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)

Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :

Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.

Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :


" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )




Belajarlah untuk ikhlas.

Sifat ikhlas ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t. dan diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya’ , ujub atau inginkan pujian manusia.

Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran yang bermaksud :

“ Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah s.w.t. dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar “.
( Surah Al-Bayyinah – Ayat 5 )

Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibersihkan daripada sesuatu tujuan yang lain daripada taat kepada perintah Allah s.w.t. Hendaklah dibersihkan niat daripada sebab-sebab yang lain dari sifat-sifat yang keji ( sifat mazmumah ) seperti riya’ , ujub , inginkan kemasyhuran dan lain-lain lagi. Dalam meninggalkan larangan Allah s.w.t. hendaklah diniatkan untuk taat semata-mata bukan kerana malu kepada makhluk atau sebagainya. ( Rujukan Kitab - Mengenal Ilmu Tasawwuf – Mohd Sulaiman bin Hj. Yasin )

ku pilih jalanMu

Sunday, July 4, 2010


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG



Telah kupilih jalanMu

Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan

Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku
di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan

Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan

Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.

bila Fatimah bertasbih

Friday, July 2, 2010


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala pujian bagi Allah s.w.t yang menciptakan segala apa yang ada di langit dan bumi serta segala isinya..Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga, serta para sahabat baginda..

Fatimah Az-Zahra ialah seorang puteri Nabi Muhammad s.a.w..anak bongsu Nabi Muhammad dan Saidatina Khadijah binti Khuwailid..
Fatimah merupakan puteri kesayangan baginda, wanita yang paling dikasihi oleh Allah s.w.t dan Rasul-Nya..

Rasulullah s.a.w bersabda, " Fatimah adalah sebahagian dari diriku, siapa yang membuatnya marah bererti membuatku marah. Dan nescaya Allah marah jika engkau (Fatimah )marah, dan redha atas keredhaanmu"

Ringkasnya, Fatimah Az-Zahra merupaka wanita syurga, wanita sempurna, baik sebagai anak, isteri, ibu mahupun sebagai dirinya sendiri. Dia ialah tauladan buat kaum wanita sepanjang zaman.


Fatimah bin Muhammad telah dikahwinkan dengan Saidina Ali bin Talib Karamallahuwajhah oleh Rasulullah s.a.w..

Rasulullah pernah berkata kepada Saidina Ali,
" Bergembiralah kamu . Sebenarnya Allah telah menikahkan kamu dengannya( Fatimah ) sebelum aku menikahkan kamu di bumi ini.

Kehidupan Fatimah Az-Zahra bersama Saidina Ali Karamallahuwajhah melalui kehidupan berumah tangga dengan penuh kesederhanaan kerana tiada kekayaan yang mereka mahukan di dunia ini. Kemewahan yang mereka dambakan ialah keimanan dan kasih sayang. Saidina Ali hanya bekerja dengan menimba air dan upahnya hanyalah buah kurma.. Fatimah melakukan pekerjaan mengangkat air, menggiling lada menggunakan penggiling sehingga tangannya bengkak, membersihkan rumah. Mereka sama-sama melakukan segala pekerjaan sendiri. Pada suatu hari, Fatimah berjumpa dengan ayahandanya yang tercinta untuk meminta seorang pembantu.
Maka Rasulullah s.a.w berkata" Kalian hendak aku mengajarkan tentang sesuatu yang lebih baik bagi kalian jika dibandingkan dengan seorang pelayan?
Apabila kamu hendak masuk tidur, bacalah tasbih( Subhanallah ) sebanyak 33 kali, tahmid (Alhamdulillah ) 33 kali, dan takbir ( Allahuakbar) 33 kali. semuanya berjumlah seratus dalam ucapan dan seribu kebaikan dalam timbangan" Fatimah berkata " Aku sangat senang dengan apa-apa yang datang dari Allah dan Rasul-Nya"

Daripada sirah ini, kita boleh mengambil banyak pengajaran. Fatimah, puteri Rasulullah s.a.w menjadikan tasbih sebagai kekuatannya.
Hidup kita akan sentiasa dilimpahi rahmat Allah apabila lidah sentiasa basah mengingati Allah..
Sama-samalah kita mengambil pengajaran dari kisah hidup puteri kesayangan Rasulullah s.a.w..Semoga kita dapat mengamalkan tasbih dan zikir kepada Allah kerana dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang..

sekian, wallahualam.