Pages

Sunday, June 26, 2011


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Indahnya taubat

Taubat ialah kembali kepada Allah s.w.t

kita benar2 menyesal di atas segala dosa2 yang kita telah lakukan dan memohon keampunan kepada Allah s.w.t..

taubat ini satu keni’matan, satu keindahan , kerana ia menjadi satu jalan / cara kepada kita untuk kembali kepada Allah s.w.t setelah melakukan dosa…

betapa besarnya kasih sayang Allah s.w.t kepada kita. Kenapa tidak?

Sejak kita dilahirkan ke dunia dari perut ibunda kita sehinggalah kita menjadi seperti sekarang. Allahuakbar!Subhanallah! cuba antum kira berapa ni’mat yang Allah berikan kepada kita??? Nyawa, udara, air, makanan, minuman, pakaian, tempaat tinggal, akal fikiran, pancaindera…ya Allah, ya Allah tidak mampu ana nyatakan di sini ya Allah…betapa lemahnya aku, ya Allah….

“Katakanlah ( Muhammad) “ seandainya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sbelum selesai penulisan kalimat-kalimat Tuhanku , meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula “

Surah al-Kahfi : 109

besarnya kasihMu pada kami hambaMu…tapi apa yang telah kami perbuat? Adakah kami menggunakan ni’mat-ni’mat kurniaan-Mu ke arah kebaikan? Cuba antum lihat dalam surah Ar-Rahman, Allah telah berfirman “ maka ni’mat Tuhanmu yang manakah telah engkau dustakan?”

Astaghfirullahal ‘azim…ampunilah dosa-dosa kami yang tidak tahu bersyukur ini…

“ kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh (ciptaan) Nya ke dalam tubuhnya dan Dia menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati bagimu , tetapi sedikit sekali kamu bersyukur .” ( surah As-Sajadah : 9)

Hitunglah diri kita sebelum kita dihisab oleh Allah di akhirat nanti.

Setiap anak Adam itu melakukan kesalahan/dosa, tetapi sebaik-baik orang ialah cepat-cepat kembali kepada Allah

Tubuu ilallahi taubatan nasuha ~ bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha

Ikutilah lorong-lorong kehidupan ini berteraskan iman dan aqidah yang sesungguhnya kepada Allah

Sedarlah kita semua, bahawa api neraka itu sesungguhnya sangat azab, yakni 70 kali ganda daripada api di dunia. Subhanallah, Allahuakbar!! Takutnya kami akan api neraka Mu yang menyala-nyala…

Wahai Tuhan,…ku tak layak ke syurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu, dosa-dosaku bagiakan pepasir di pantai …dengan rahmatMu ampunkan aku,..oh Tuhanku..YA ALLAH, ampunilah dosa-dosaku…

Jangan tangguh-tangguh lagi!! Segeralah memohon keampunan Allah dengan taubat yang sesungguhnya…ajal tidak menunggu kita…

- Cabut akar umbi dosa-dosa kita

- Menyesal sungguh-sungguh

- Menangis kerana sesal atas dosa kerana takut kepada Allah

“dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingat Allah , lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya , dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosanya selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai – sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal “ (surah Ali- Imran : 135-136)

Rasa tenang, rasa dekat dengan ALLAH, semakin rajin beribadah, semakin kerap membaca al-Qur’an, rezeki semakin bertambah, rasa suka membuat kebaikan…ya Allah, adakah ini tanda taubat kita diterima?? ~~YA….

SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR..moga-moga kita juga dapat merasai ni’mat-ni’mat sebegitu..Allahumma amin, allahumma amin..insyaAllah, berusaha lagi…….

# Ada beberapa jenis golongan yang bertaubat..

Ø Pertama : orang yang buat dosa , lalu bertaubat, kemudian dia terus-terusan berbuat amal soleh, benar-benar menyesali atas dosa-dosanya yang lalu, tidak melakukan dosa lagi….Allahuakbar, Subhanallah , Alhamdulillah, inilah golongan yang paling baik, paling bagus!!!!!

Ø Kedua : orang yang buat dosa, kemudian bertaubat, terus melakukan amal-amal soleh, namun masih terikat dengan dosa-dosa kecil…golongan ini agak bermasalah, akan tetapi syukurlah dia masih menyedari akan dosa-dosanya dan segera kembali pada Allah, apapun, HARUS BERUSAHA untuk berubah!

Ø Ketiga : orang yang buat dosa, kemudian bertaubat, tapi kemudiannya buat dosa, dan kembali lalai…golongan ini sangat bahaya,seandainya dia tidak sempat bertaubat kepada ALLAH, dan hidayah Allah tidak lagi diperolehinya..nauzubillahimin zalik…

Ø Keempat : orang yang buat dosa, kemudian bertaubat, tapi sekejap sahaja, kemudian terus buat dosa sehingga dia meninggal dunia..Allahuakbar, moga kita dijauhkan daripada menjadi golongan ini, ..astaghfirullahal ‘azim

BERIMAN KEPADA ALLAH + BERISTIQAMAH lah…

Sekali kita bertaubat dan memohon keampunan daripada ALLAH s.w.t, teruslah melakukan amal-amal soleh, dan terus istiqamah, biarpun sedikit tetapi istiqamahlah dalam melakukannya dan ikhlas kerana Allah s.w.t

Seburuk-buruk manusia ialah manusia yang tidak menunaikan janjinya kepada Allah…

Kaedah bertaubat :

§ Ingat hidup ini sementara

§ Meratapi atas dosa-dosa yang telah dilakukan

§ Rasa takut kalau meninggal dunia dalam keadaan penuh dosa, kemungkaran (su’ul khatimah)

§ Menimbulkan penyesalan yang berterusan

§ Mulakan dengan taubat nasuha

7 jenis dosa besar

Monday, June 20, 2011



sedikit perkongsian buat semua...

terdapat 7 jenis dosa2 besar :

1) pada hati, yakni ;

- syirik

- terus-terusan melakukan maksiat

- rasa aman daripada seksaan Allah s.w.t

- putus asa daripada rahmat Allah s.w.t

2) pada lidah , yakni ;

- saksi palsu

- menuduh orang lain berzina

- sumpah palsu

- sihir

3) pada kemaluan

- homoseksual

- zina

4) pada tangan

- membunuh

- mencuri

5) pada kaki

- lari dari medan perang

6) pada perut

- minum arak

- makan harta anak yatim

- makan harta riba


7) pada seluruh badan

- derhaka kepada kedua ibu bapa









Maka, kita wajib SEGERA bertaubat kepada Allah s.w.t kerana dengan bertaubat, segala dosa kita akan diampunkan oleh Allah. Allah membuka pintu taubat seluas-luasnya kepada kita selaku hambaNya..

Kembali lah kepada Allah, bersegeralah bertaubat, jangan tangguh-tangguh lagi..kita tidak tahu bilakah datangnya ajal kita..entah esok, malam ini ataupun sekejap lagi..


taubat pada lisan adalah dengan berzikir kepada Allah ~ astaghfirullahal 'azim, zikir taubat, dan sebagainya..

ingatlah kepada Allah segera apabila kita telah melakukan sesuatu dosa

manakala taubat dengan perbuatan adalah dengan melakukan amal ibadaat, solat sunat taubat, melakukan kebajikan


ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG....


Wallahu'alam


~ANA FAQIR ILALLAH~

TerPesOna deNgan Diri SenDIri(i'jab binnafsi)

Sunday, June 12, 2011

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Assalamualaikum w.b.t..

Allahumma solli a’la Muhammad..Pada hari jumaat yang lepas, yakni 10 Jun yang lepas, ana berpeluang menghadiri kuliah mingguan (setiap pagi Jumaat) yang disampaikan oleh al-fadhil Ust Dr Abd Basit Abd Rahman yang amat-amat ana hormati+minati…ALHAMDULILLAH!!!! Kuliah pada pagi Jumaat setiap minggu ini diadakan di Masjid Ar-Rahman, Kg Galang, Pulai Chondong…yang hanya 5 minit dari rumah ana =) ana selalu pergi bersama bunda ana….

Ok, entri kali ini ana ingin berkongsi apa yang ana dapat daripada kuliah ust Basit…

Kitab yang digunakan kali ini ialah “ Wabak Sepanjang Jalan “

Tajuknya : Terpesona Dengan Diri Sendiri – I’jab Fin Nafsi (Ujub)

- Terpesona dengan diri sendiri suatu yang sangat susah dikenal pasti lebih-lebih lagi jika kita sendiri tidak tahu ia ada dalam diri kita sendiri..ia suatu penyakit dalam hati kita..

- Dari segi istilah , ia bermaksud suatu kegembiraan dalam diri sendiri dengan apa yang dilakukan sendiri tanpa menyinggung orang lain..

- Bererti kita rasa kita ni hebat, amal ibadat terbaik, rasa besar diri, kagum dengan diri sendiri..ia berbeza dengan takabbur, di mana ia hanya bermain dalam diri sendiri atau dalam bahasa mudah “ syok sendiri”. Ujub ini berada di tengah-tengah antara takabbur dan al-ghurur(terpedaya dengan diri sendiri)

- Satu contoh : dalam perang Hunain, jumlah tentera Islam ialah seramai 12 000 orang. Mereka berasa sudah cukup kuat, kagum dengan kekuatan yang mereka ada. Maka Allah telah menegur mereka dengan memberi ujian kepada mereka dalam peperangan tersebut. Jumlah tentera yang ramai tidak menjamin kemenangan berpihak kepada mereka. Namun, kemenangan dan kejayaan adalah dengan pertolongan Allah s.w.t….

- Sebab-sebab berlakunya Ujub:

· Suasana seseorang itu dibesarkan

~ ibu bapanya mempunyai tabiat begitu yakni kagum dengan diri sendiri, sentiasa merasa diri hebat

~ masyarakat sekeliling , persekitaran, dan bi’ah yang tidak memberikan contoh yang baik

· Memuji-muji secara berdepan tanpa mengikut syara’

~ apabila kita memuji seseorang secara berlebih-lebihan, maka orang yang menerima pujian itu akan berasa diri mereka hebat, semakin bangga dan suka dengan pujian itu

~ Rasulullah s.a.w sangat menegah perbuatan orang yang memuji –muji secara melampau, sehingga ada hadis yang menyebut supaya melempar tanah ke muka orang yang memuji. Ada juga dalam satu hadis yang mengatakan “ kamu telah memotong leher kawan kamu sendiri(kerana terlalu memuji) “

~ jadi, kalau nak puji seseorang cukuplah dengan berkata “ pada perkiraan (pendapat) saya, dia ini demikian, namun pada perkiraan Allah, dia ini demikian. Dan aku tidak akan melebihi perkiraan Allah kerana Allah Maha Tahu “

· Mendampingi orang yang suka memuji dan mendengar pujian

· Menerima ni’mat tapi tidak mensyukuri kepada Pemberi Ni’mat iaitu Allah

~ contoh sperti Qarun, yang mempunyai harta yang sangat banyak, tetapi dia sangat sombong dengan berkata “ Harta yang kumiliki ini adalah kerana kebijaksanaan diriku sendiri “. Sahabat2 boleh rujuk surah al-Qasas, ayat 78

~ punca segala ni’mat yang kita perolehi selama ini adalah daripada Allah s.w.t

~ sentiasalah kita berzikir pagi dan petang

~ “ Allahumma, ni’mat apa yang aku peroleh dan diperolehi seseorang di antara makhluk-makhlukMu adalah dariMu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagiMu segala puji dan syukur “

· Memikul tugas sebelum mempunyai tarbiyyah yang cukup

~ memikul tugas/jawatan sebelum bersedia dan mampu melakukannya

~ syaitan akan membisikkan “ kamu diberi jawatan ini kerana kebijaksanaan dan kehebatanmu”

· Gagal dan lalai dalam mengenali hakikat diri

~ kita sering lupa bahawa asal usul kejadian kita adalah daripada air mani yang hina, kemudian menjadi segumpal darah, dan kemudian daging dan seterusnya…kemudian Allah yang meniupkan roh..menyebabkan kita menjadi seperti diri kita sekarang

· Berasal daripada keturunan yang hebat, mewah, mulia

· Keterlaluan dalam berpakaian, sikap

· Tidak menyedari

~ kadang-kadang kita terlalu mengagung-agungkan manusia seperti pemerintah dengan mencium tangan, menundukkan kepala. Perbuatan ini sangat keterlaluan menyebabkan orang-orang ini berasa semakin hebat dan bangga diri

~ Rasulullah s.a.w sendiri melarang sahabat2 baginda bangun apabila baginda bangun untuk memberi khutbah

Cara penyelesaian kepada ujub;

# sentiasa menyedari hakikat diri

# sentiasa mengingati ni’mat2 kurniaan Allah

# sentiasa hadiri majlis ilmu

# mengingati mati

# beramal dengan al-Quran dan sunnah

Taman-taman Syurga...

Saturday, May 14, 2011



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Rasulullah s.a.w pernah bersabda;
" apabila kamu melalui taman-taman syurga, hendklah kamu ikut menikmatinya.
Para sahabat bertanya. " Apakah taman-taman syurga itu wahai Rasulullah?
Baginda menjwab ; " Perhimpunan-perhimpunan zikir (majlis ilmu)

Barangsiapa menempuh suatu jalan bagi mencari ilmu pengetahuan,maka Allah akan menempuhkan suatu jalan baginya ke syurga."
(riwayat Imam Muslim)

~ Muaz bin Jabal prnh berkata :
" Pelajarilah ilmu krn mpelajari ilmu krn Allah itu KEBAIKAN,
mencari ilmu itu IBADAH, mempelajari itu TASBIH, membahaskannya itu JIHAD, mengajarkannya(menyampaikannya) itu SEDEKAH, dan memberikannya kpd yg berhak itu SEDEKAH....


Ilmu menerangi hati kita..Dengan adanya ilmu, seseorang hamba akan lebih dekat kepada Allah..kerana dengan adanya ilmu, dia lebih mengenali Allah s.w.t.. Dengan ilmu juga Allah diesakan dan Allah disembah..Orang-orang yang beruntung diberikan ilmu oleh Allah..

Ilmu perlu dicari kerana ilmu tidak datang dengan sendirinya...


~~Ilmu mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t~~~

kIsaH meNaKjuBkaN orAng2 yaNg BerTaUbat : KISAH PERTAMA

Thursday, May 12, 2011


jom sama-sama kita ambil ibrah( pengajaran) dari kisah ini ;

Kisah Pertama : Hidupkan menjadi mudah

Suatu ketika , Hassan(bukan nama sebenar) pernah menjalani sisa buruk dalam kehidupannya selama bertahun-tahun. Selam itu dia isi hidupnya dengan mabuk-mabuk, memarahi pedagang kaki lima sehingga dia dicap sebagai samseng pasar yang meresahkan masyarakat.

Suatu ketika, Hassan merasa bosan dengan kehidupannya yg kelam. dia berfikir untuk mengakhirinya. Namun, dia tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. sampai kemudian, dia menikahi seorang gadis bersuku Sunda. pernikahannya menjadi titik balik kehidupannya. Hasan bersyukur kerana gadis yang dinikahinya seorang wanita yang solehah. Isterinya yang terus menguatkan tekad Hasan untuk berubah.



Hasan mula memperbaiki kehidupannya. Dia tidak mabuk-mabuk lagi. Dia mula rajin solat dan banyak BERISTIGHFAR memohon keampunan kepada Allah atas segla dosanya pada masa lalu. Dia berjanji tidak akan kembali lagi ke dunia kelam. Hasan bertekad untuk bertaubat sebenar-benarnya.

Hasan memulakan kehidupan barunya sebagai kuli panggul di pasar. Dari pekerjaan itulah, dia memberi nafkah kepada isterinya. Meskipun pendapatan kecil, tetapi adalah pekerjaan halal. Namun demikian, perjuangannya untuk berubah bukanlah mudah. Sering kali gejolak untuk kembali ke dunia lamanya muncul. Akan tetapi, berkat kesungguhan tekadnya, dan dorongan isterinya yang luar biasa, Hasan terus konsisten bertaubat dan terus memperbaiki dirinya. Dia terus memperbanyakkan istighfar kepada Allah s.w.t.

Sampai suatu ketika, berkat kejujurannya, seorang tauke ikan menawarkan pekerjaan sebagai tukang angkut ikan. Hasan menerima tawaran itu. Dia bekerja dengan penuh amanah dan rajin. Hal ini membuatkan bosnya simpati dan menawarkan Hasan untuk menjual ikan. Hasan menerima tawaran bosnya dengan senang hati. Hasan berusaha menjalankan perniagaan dengan penuh ikhlas dan amanah.

Berkat kesungguhannya bertaubat kepada Allah, berikhtiar memperbaiki kehidupannya, perlahan-lahan perniagaan jualan ikan Hasan terus meningkat. Sampai akhrinya, Hasan menjadi tauke ikan dengan memiliki 30 buah gerai.

Hasan sentiasa bersyukur kepada Allah. Berkat taufik dan hidayahNya, dia mampu mengubah jalan hidupnya dari seorang yang selama ini menyusahkan orang lain, menjadi orang yang berguna kepada keluarga dan masyarakat..

TAKBIR!!

" Milik Allah-lah apa yang ada di langit dan di bumi. Dia mengampuni siapa yang Dia kehendaki, dan mengazab siapa yang Dia kehendaki. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang "
( Surah Ali Imran : 129)

..pEsaN sAbaR...

Wednesday, May 11, 2011



Dalam Islam , sabar ada tiga :
1)sabar dalam mentaati perintah Allah
2)sabar dalam meninggalkan larangan Allah
3)sabar dalam menghadapi musibah(ujian) daripada Allah..

sabar dalam mentaati perintah Allah

" Perintahkanlah keluargamu supaya menunaikan solat dan bersabarlah dalam melakukannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu bahkan Kamilah yang memberi rezeki, dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa"
Surah Taha : 132

~ menurut Imam Al-Ghazalu, sabar mentaati perintah Allah terbahagi kepada 3 ;
1) sabar SEBELUM melakukannya

- menahan drpd godaan niat-niat lain kecuali demi mendapat keredhaan Allah
- jgn sesekali mengharapkan pujian, penghargaan drpd manusia

2) sabar SEMASA melakukan ketaatan

- menahan diri drp segala kesusahan yang terjadi sewaktu melakukannya
- contoh : menutup aurat, bersabarlah dengan rasa tidak selesa, rimas atau panas sewaktu memulakannya
- terus istiqamah

3)sabar SELEPAS melakukan ketaatan/ibadah

- menahan diri drpd sifat riak, sum'ah, ujub
- ikhlaskan hati demi mentaati perintan Allah s.w.t

Musuh-Musuh sabar!!

~ tergesa-gesa
~ putus asa
~ marah

Berbaloinya bersabar!!

* sumber kejayaan
* ganjaran berganda
* kepimpinan dan keyakian milik orang yang sabar
* golongan yang bersama -sama Allah
* salah satu cara memohon pertolongan Allah
* beroleh maghfirah
* disukai dan dipuji oleh Allah
* malaikat mengucapkan salam kepadanya
* mentaati perintah Allah



setelah kesulitan pasti ada kemudahan



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


Subhanallah walhamdulillah wa la ilahaillallah allahuakbar..allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad wa a'ala alihi wasohbihi ajmain...astaghfirullah al 'azim..astaghfirullah al 'azim...ya Muqollibal qulub, thabbith quluubana 'ala dinika wa 'ala too'atik..

takbir! Allahuakbar...
rasa nak tulis lagi...sayu rasa hati, rasa sedih, pilu mengenangkan dosa-dosa serta kealpaan, kefaqiran diri..sudah lama benar ana tidak menulis di teratak dhoif ini...Alhamdulillah, ada juga ruangan masa untuk ana teruskan lagi menulis....
entri kali ini, ana ingin menyentuh tentang sabar..ia juga buat diri ana sendiri dan perkongsian buat sahabat-sahabat yang ana kasihi kerana Allah..
Wahai sahabat-sahabat, pada permulaannya, ana ingin sahabat-sahabat mengingat kembali..pernahkan sahabat-sahabat merasakan Allah s.w.t dekat dengan antum, sentiasa bersama antum, melihat antum, tahu apa yang berlaku pada antum..ya, secara eorinya, mungkin antum berkata, " ya, mestilah! Allah itu Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui" na'am, tetapi pernahkah antum benar-benar merasainya?

ana amat merasakan Allah s.w.t sangat-sangat menyayangi kita..

pada saat ana kelemasan, buntu, kesedihan...Allah pasti tunjukkan jalanNya...ana pernah pada suatu ketika merasakan benar-benar sedih, dengan ujian daripada manusia, ana merasakan sangat tak berdaya menghadapinya seorang diri..pada waktu itulah ana mengadu kepada Kekasih ana, sujud padaNya,..ketenangan meresap ke dalam hati...
bukan itu sahaja, pada ketika yang lain, Allah seakan-akan memberikan petunjuk pada ana..kadang-kadang, pada saat ana kebuntuan, tiba-tiba ana tergerak hati untuk mengambil sebuah buku..yang di dalamnya, Subhannallah, mengandungi ayat-ayat Allah, tazkirah, kata-kata hikmah yang amat-amat diperlukan pada waktu itu...

ya, itulah menunjukkan Allah selalu memperhatikan kita, selalu menolong kita selagi mana kita segera kembali padaNya, segera bermohon padaNya...Allah pasti sangat memperhatikan keadaan kita jauh lebih besar daripada perhatian kita terhadap diri sendiri. Kenapa tidak! DIA lah yang merancang tubuh kita dengan segala kerumitan detailnya, sedangkan kita sendiri sangat sedikit mengetahuinya.

jika kita selusuri hari-hari yang kita tempuhi, pasti ada pengajaran yang berguna...yakinlah akan pertolongan Allah yang tidak disangka-sangka...

Allah tidak menjanjikan selamanya langit cerah membiru,
Allah juga tidak berjanji sepanjang hidupmu bertaburan bunga-bunga,
Tetapi DIA menjanjikan kekuatan dan pertolonganNya...

Ketika seorang hamba merasa putus asa dan tidak ada lagi jalan keluar dari kesulitan yang dialaminya, maka saat itulah jalan keluar akan datang.."

tajuk entri kali ini benar-benar terkesan pada diri ana..moga ana sentiasa tenang, sabar, dan YAKIN akan pertolongan ALLAH s.w.t...ya Allah, tenangkan hatiku, lapangkan dadaku, bersihkanlah hatiku, dekatkanlah hatiku kepadaMu.....

Rintihan Taubat 3

Wednesday, April 6, 2011



Agar taubat seseorang itu diterima, maka dia harus memenuhi tiga hal iaitu:

(1) Menyesal
(2) Berhenti dari dosa
(3) Bertekad untuk tidak mengulanginya.


Taubat tidaklah ada tanpa didahului oleh penyesalan terhadap dosa yang dikerjakan. Barang siapa yang tidak menyesal maka menunjukkan bahwa ia senang dengan perbuatan tersebut dan menjadi indikasi bahwa ia akan terus menerus melakukannya. Akankah kita percaya bahwa seseorang itu bertaubat sementara dia dengan reda masih terus melakukan perbuatan dosa tersebut? Hendaklah ia membangun tekad yang kuat di atas keikhlasan, kesungguhan niat serta tidak main-main.



Rintihan taubatku ya Allah




Al-Quran menjelaskan bahawa Allah Maha Pengasih, Penyayang dan Maha Pengampun yang sentiasa mengampunkan segala dosa hambaNya yang mahu bertaubat. FirmanNya lagi:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِيْنَ اَسْرَفُوْا عَلَى اَنْفُسِهِمْ لاَ تَقْنَطُوْا مِنْ رَحْمَةِ اللهِ اِنَّ اللهَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ جَمِيْعًا اِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمِ ، وَاَنِيْبُوْا اِلَى رَبِّكُمْ وَاَسْلِمُوْا لَهُ مِنْ قَبْلِ اَنْ يَاْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لاَ تُنْصَرُوْنَ.


“Katakanlah! Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnyanya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)”(Surah Az-Zumar :53)

Allah menjanjikan rahmat dan pengampunan dari semua dosa kepada hambaNya yang bertaubat. Allah Subhanahu wa-Ta’ala pula bertanya mengapa kamu tidak mahu bertaubat sedangkan taubat adalah amalan yang mulia di sisiNya sebagaimana firmanNya:

اَفَلاَ يَتُوْبُوْنَ اِلَى اللهِ وَيَسْتَغْفِرُوْنَهُ وَاللهُ غَفُوْرٌرَحِيْمٌ.

“Maka mengapa mereka tidak mahu bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Surah Al-Maidah : 74)

وَرَبُّكَ الْغَفُوْرُ ذُوْ الرَّحْمَةِ
“ Dan Tuhanmu Maha Pengampun lagi melimpah-limpah rahmatNya”

(Surah Al-Kahfi : 58)


EXAM MODE

Tuesday, April 5, 2011




BERTENANG....BERTENANG....



1. Ambil wudhu dan mulakan analisa diri secara telus dan tulus

• Keikhlasan niat dan perbuatan

• Usaha yang tersusun dan berterusan

• Kefahaman akan konsep usaha dan tawakal

• Kefahaman terhadap keperluan dan pergantungan kepada Allah

2. Memahami bacaan dalam solat dan zikir al-mathurat sebagai contohnya ayat 286 surah Al-Baqarah

:

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."


Doa ini ialah doa yang sering diamalkan oleh Rasulullah saw sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Tirmizi. Lafaz doa serta maksud ialah :

اللَّهُمَّ انْفَعْنِي بِمَا عَلَّمْتَنِي ،

Ya Allah, Berikanlah manfaat kepadaku dengan ilmu yang Engkau kurniakan kepadaku

وَعَلِّمْنِي مَا يَنْفَعُنِي ،

Dan ajarkan aku apa yang bermanfaat untukku

وَزِدْنِي عِلْماً وَالحَمْدُ للهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

Dan tambahkan ilmu kepadaku dan segala puji untuk Allah pada

setiap keadaan



MINDA-MINDA YANG PERLU ADA DALAM DIRI KITA....


MINDA PERTAMA : SENTIASA INGIN BERJAYA

MINDA KEDUA : SENTIASA POSITIF

MINDA KETIGA : SENTIASA KREATIF

MINDA KEEMPAT : TIDAK LEKA

MINDA KELIMA : BANGKIT, BERJUANG DAN MENANG!!!