Pages

di persinggahan

Thursday, June 17, 2010



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

( ^^,) nk kongsi lirik lagu..


Sekian lama hidup di kegelapan
teraba-raba tanpa tujuan
akal dan budi seakan tak berfungsi
ke manakah diri

apa diturut kehendak yang meronta
menyiksa badan membakar jiwa
syaitan dan nafsu meracun dalam diri
renungkanlah diri

kita sekadar di persinggahan
pasti kembali pada yang menciptakan
ombak dan badai lumrah kehidupan insani

jangan mengalah
jangan berputus asa
insaflah semua dariNya jua
jangan biarkan
terkorban dengan dunia

pada Ilahi
bantuanNya menanti
iman dan taqwa yang sejati
itulah bekalan diri

doa senjata mereka yang beriman
Tuhan Pencipta Maha Penyayang
mohon petunjuk mohonkanlah bantuan
hanya pada Tuhan

~Di persinggahan ~
oleh : Zahran

Gangguan syaitan dalam solat

Wednesday, June 16, 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


Maha suci Allah dan segala puji bagiNya , sebanyak bilangan ciptaanNya dan keredhaanNya, dan seberat timbangan ArasyNya dan sebanyak dakwat ( yang diguna untuk menulis) kalimatNya....

Assalamualaikum w.b.t.....
InsyaAllah saya sekali lagi ingin berkongsi sedikit tinta ilmu yang saya petik dari satu artikel sahabat saya.
semoga ia bermanfaat untuk kita sama-sama memperingati diri dan sampaikan kepada sahabat-sahabat lain..

.....GANGGUAN SYAITAN DALAM SOLAT KITA....
  • Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram

Saat membaca takbiratul ihram, 'Allahu Akbar', seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.
Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was-was itu membuat mereka terseksa.


  • Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.

Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil 'Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah." Rasulullah menjawab, "Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

"Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku" (Hadis Riwayat Muslim).

  • Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan

Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

  • Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan

Abu Hurairah berkata, "Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.

Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.
Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,'Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!' Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat." (Hadis Riwayat Bukhari).



  • Tergesa-gesa menyelesaikan solat
Ibnu Qayyim berkata: "Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Tidak ada ketenangan atau thuma'ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah. Rasulullah bersabda kepadanya, "Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma'ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri. Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma'ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


  • Melakukan gerakan yang tidak perlu
Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat. "Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah". Orang itu bertanya, "Apa yang dilakukannya? "Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w," kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).


  • Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat
Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, "Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat". Rasulullah menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba." (Hadis Riwayat Bukhari).


  • Menguap dan mengantuk

Rasulullah bersabda bermaksud: "Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah." (Hadis Riwayat Thabrani).

Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, "Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata 'ha...' bererti syaitan tertawa dalam mulutnya" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


  • Bersin berulang kali ketika solat

Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud, "Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan." (Riwayat Thabrani).

Ibnu Mas'ud berkata, "Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara."
  • Terasa ingin buang angin atau buang air
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya" (Hadis Riwayat Muslim).

Islam, Iman, dan Ihsan

Monday, June 14, 2010


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


" Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang, yang menguasai hari pembalasan, hanya Engkau yang disembah dan hanya kepada Engkau aku bermohon pertolongan, tunjukilah aku jalan yang lurus, jalan-jalan yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka dan bukan jalan orang yang sesat"


suatu hari Jibril a.s datang dalam rupa seorang lelaki Arab lalu beliau duduk menyandarkan lutut kepda lutut baginda Rasulullah s.a.w. dan berkata " wahai Rasulullah, apakah itu islam? " baginda menjawab " bahawa kamu mempersaksikan tiada Tuhan selain Allah, dan aku adalah Rasulullah , kamu mendirikan sembahyang, kamu keluarkan zakat, kamu berpuasa pada bulan Ramadhan dan kamu menunaikan haji jika mampu dengan pembekalan"
Jibril berkata " kamu benar" kemudian dia bertanya lagi " apakah Iman? " Nabi s.a.w menjawab " bahawa kamu beriman dengan Allah , para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari akhirat dan kamu beriman dengan takdir baik buruknya"
Jibril berkata " Kamu benar " kemudian ia bertanya " apakah Ihsan ?" Rasulullah s.a.w menjawab " bahawa kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya dan jika kamu tidak berupaya melihatNya , maka kamu
( menyedari ) bahawa Dia melihat kamu..."
Jibril berkata " kamu benar..."

Faktor Iman Boleh Berkurang..

1) Jahil tentang nama-nama Allah dan sifat-sifatNya, atau dengan kata lain tidak mengenal Allah s.w.t

2)tidak menghayati tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t

3) melakukan maksiat yang menyebabkan iman berkurangan

4) meninggalkan amalan ketaatan juga mengurangkan iman kita

Bagaimana iman seseorang boleh bertambah?

1) Makrifatullah ( mengenal Allah ) dengan nama-namaNya dan sifat-sifatNya

2) melihat dan menghayati kebesaran serta kekuasaan Allah s.w.t melalui sama ada tanda kauniyyah ( makhluk-makhluk ciptaanNya) atau syar'iyyah( ayat-ayat Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w)

3) memperbayakkan malan ketaatan dari segi perbuatan mahupun ucapan ( zikir)

~
ISLAM adalah permulaan, IMAN adalah pertengahan, IHSAN adalah kesempurnaan~


Rejab kembali lagi..

Sunday, June 13, 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


alhamdulillah..segala puji hanya bagi Allah s.w.t yang menciptakan lanmgit dan bumi serta segala isinya..bersyukur kita dengan segala rahmat dan limpah kurniaNya kita sempat lagi menjegah ke satu bulan yang sangat mulia di sisi Allah iaitu Rejab..Alhamdulillah, kita sekali lagi dipinjamkan waktu olehNya untuk terus menjalankan kewajipan kita pada Yang Esa dengan beribadat sesungguhnya hanya kerana Allah s.w.t..

ada apa dengan bulan Rejab?

Rejab bermaksud kebesaran atau kemuliaan dan membawa maksud bulan yang dibesarkan dan dimuliakan. Masyarakat Jahiliyyah memanggilnya bulan Rejab kerana mereka memuliakan bulan ini dengan mengharamkan berperang dalamnya. Rasulullah s.a.w mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. bagi umat islam, kita haruslah memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w iaitu peristwa Isra' dan Mi'raj.

Peristiwa Penting Dalam Bulan Rejab


1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.

http://www.ezsoftech.com/ramadan/i/baitul_muqaddas.jpg


4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

Amalan



Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.

Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.

Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter).

Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.

Sumber Disediakan oleh;
Bahagian Falak dan Sumber Maklumat Jabatan Mufti Negeri Melaka

Renungan bersama

Tuesday, June 8, 2010


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


berfirman Allah Taala yang bermaksud :

" wahai manusia , tiada kehidupan yang baik selain tafakur tentang Allah. tidak ada warak umpama menahan diri daripada menyakiti sesuatu. tidak ada kasih sayang yang lebih tinggi daripada adab. tidak ada yang dapat menolong seperti taubat ( taubatlah yang sebenar-benar penolong )
tidak ada kasih yang lebih tinggi daripada adab . tidak ada ibadah seperti ilmu ( ilmu itu ialah ibadah yang besar). tidak dikira sembahyang melainkan dengan rasa takut . tidak ada kemenangan seperti sabar. ( sabar itu adalah kemenangan yang sebenar ). tidak ada kebahagiaan melainkan dengan taufik.
( taufik itu adalah kebahagiaan yang sebenar)
tidak ada perhiasan yang lebih indah daripada akal. tidak ada teman yang lebih jinak daripada kelembutan.
wahai anak Adam , kososngkanlah hatimu untuk beribadah kepada -Ku nescaya Aku akan penuhi hatimu dengan kekayaan (Nur) , Aku akan berkatkan rezekimu dan Aku akan isikan kerehatan pada tubuhmu. jangan kamu lupa untuk mengingatiKu.
sekiranya engkau melupai Ku akan kupenuhi hatimu dengan kefakiran, tubuhmu dengan keletihan dan kesukaran dan dadamu dengan dukacita. sekiranya engkau melihat baki daripada umurmu nescaya engkau melupakan baki daripada angan-anganmu. wahai anak Adam, dengan kesejahteraan daripadaKu, engkau mampu untuk melakukan ketaatan,. dengan taufik daripadaKu, engkau boleh menunaikan perintah-perintahKu.
dengan rezeki daripadaKu jua engkau kuat melakukan maksiat kepadaKu. dengan kehendak daripadaKu, engkau melakukan sesuatu . dengan kehendak daripadaKu engkau mahukan sesuatu untuk dirimu. dengan nikmatKu engkau berdiri, duduk dan beristirahat. dengan pemeliharaanKu engkau berpagi-pagi dan berpetang-petang. dengan nikmatKu engkau berbolak-balik . dengan afiat daripada Ku engkau bercantik-cantik tetapi kemudiannya engkau melupaiKu dan mengingati selain daripadaKu. Maka kenapa kamu tidak menunaikan hakKu dan berterima kasih kepada-Ku?"

( petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali )

Khusyuk Dalam Solat




DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

" sesungguhnya seseorang yang berdiri dan solat memuji-muji Allah s.w.t dengan pujian yang selayak bagiNya serta mengosongkan hatinya bagi Allah s.w.t kecuali tatkala ia keluar daripada dosa-dosanya seperti anak yang baru dilahirkan
( Riwayat muslim)
dua jenis khusyuk menurut Dr. Yusuf Al- Qardawi
  1. khusyuk hati
  • merasakan pengawasan Allah s.w.t serta kehebatanNya dengan meneliti ( tadabbur ) ayat-ayat suci al-Quran yang dibaca dan zikir-zikir yang dilafazkan seperti tasbih dan takbir.
  • menyebabkan seseorang benar-benar merasakan ia berdoa di hadapan Allah s.w.t
  • 2. khusyuk anggota
  • sebagai pelengkap dan manifestasi daripada kekhusyukan hati seseorang yang solat
" jika khusyuk hati maka khusyuklah anggota "
  • tidak berpaling dan bergerak-gerak yang buka dari perbuatan dalam solatnya yang mana dapat menghilangkan khusyuk dalam solat yang juga dilihat berbeza dengan keadaan orang yang di luar solatnya.

Tuntutan khusyuk dalam solat



  • ingatlah kita semua. datang kita di dunia ini adalah kerana ihsan, belas dan kasih sayang Allah. maka peluang dan ruang yang dikurniakan haruslah disyukuri dengan melakukan solat dengan sebaik-baiknya.
  • kemuncak mensyukuri nikmat Allah adalah dengan mentaati perintahNya dan menjauhi segla laranganNya.
  • ingatlah sahabat-sahabatku. kita dilahirkan ke dunia dengan tugas dan tanggungjwab, seluruh anugerah nikmat nyawa, kesihatan tubuh badan, harta, perlulah dibayar dengan ketaqwaan kepada Allah.
  • ingatlah ikhwah wa akhawat, segala arhan dan larangan Allah yang termaktub dalam tanggungjwab kita sebagai hambaNya yang mana akan disemak dan dihisab tanpa lali oleh Allah di padang mahsyar nanti.
" sesungguhnya telah berjayalah seorang mukmin yang khusyuk dalam solatnya " ( surah Al-Mukminun : 12 )


Kaedah mendapatkan khusyuk dalam solat :
  • tafahhum - memahami semua maksud bacaaan dalam solat dan hayati setiap maknanya.
  • al-takzim - merasakan kebesaran Allah seolah-olah anda berada di hadapanNya.
  • al-haybah - menghadirkan rasa gerun terhadap Allah.
  • ar-raja' - mengharapkan rahmat Allah dengan penuh harapan bahawa ibadahnya akan diterima
  • al-hayak - berasa malu kepda Allah s.w.t kerana kecuaian dalam mengotakan janji dan kekurangan kita.

~selamat beramal ibadah kerana Allah s.w.t

....bERibAdaT SeLAzaT CoKLat....

Sunday, June 6, 2010


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Sesungguhnya kami hayati pagi ini dengan kesedaran bahawa kerajaan sekalian alam ini seluruhnya adalah milik Allah. dan segala puji bagiNya, tiada Tuhan selain Dia dan kepadaNya kami akan dibangkitkan.

alhamdulillah saya telah menghabiskan pembacaan buku yang baru saya beli pada 2 Jun yang lalu..amat sukalah saya untuk menceritakn sedikit tentang buku yang bertajuk ' Beribadat Selazat Coklat'...buku ini sangat menarik dan banyak manfaatnya.. fi ra'yi, mesti dibaca oleh sahabat-sahabat sekalian....ia mengandungi banyak pengajaran yang mana meyedarkan betapa alpanya diri kita dalam menjalankan kewajipan padaNya..



Jom dapatkan buku ini..
Karya : Sami bin Muhammad bin Jadullah 'Isham Hasanain
Penerbit : Rijal Media
Cetakan pertama : Mac 2010

coklat itu enak! rasanya lazat bukan main! tetapi dapatkah kita beramal soleh sehingga merasakan kelazatan yang luar biasa?
dapatkah amal soleh dilakukan tidak terasa sekadar ibadah rutin yang biasa?


" siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah , mengerjakan amal yang soleh dan berkata ' sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?'"
( surah Fussilat : 33)


iman memiliki rasa manis dan lazat yang boleh dirasakan dengan hati. hati hanya akan merasakan kemanisan iman itu jika sihat daripada hawa nafsu yang menyesatkan dan syahwat yang diharamkan. pada saat iulah hati akan merasakan manisnya iman...subhanallah..itulah yang menjadi dambaan kita semua..namun ketika sakit, hati tidak dapat merasakan manisnya iman. bahkan ketika itu hati merasakan manisnya hawa nafsu dan maksiat yang menghancurkannya..nauzubillahi min zalik.

malah Rasulullah s.a.w pernah bersabda " seorang yang berzina tidak akan melakukan zina ketika dia beriman "
kenikmatan yang lahir daripada amal soleh merupakan kurniaan Allah s.w.t seperti yang disebut dalam firmanNya,

" akan tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran , kefasikan, dan kederhakaan. merka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus. " ( surah Al-Hujurat : 7)

sahabat-sahabiahku yang dirahmati Allah,

sudah tentu kita tertanya-tanya seperti nikmat apakah amal soleh itu?
di sini saya kongsikan beberapa amal soleh yang wajib ada dalam diri seorang hambaNya.


1) Tauhid dan Iman

banyak Nas yang menjelaskan tentang kenikmatan agung dalam tauhid dan iman..
Dari Anas bin Malik , Rasulullah s.a.w bersabda, " ada tiga perkara yang jika ketiganya terdapat dalam diri seseorang maka dia merasakan lazatnya iman. ketiga-tiganya adalah hendaknya Allah dan RasulNya lebih dicintai daripada selain keduanya, hendaknya dia mencintai seseorang hanya kerana Allah dan RasulNya, dan hendaknya tidak menyukai kekufuran sebagaimana dia tidak suka dilemparkan ke dalam api"


sesungguhnya kecintaan seseorang mukmin kepada keimanan, lebih besar daripada kecintaannya kepada air sejuk untuk menghilangkan dahaga pada hari yang sangat panas. demikian pula, rasa tidak sukanya untuk keluar dari iman lebih besar daripada rasa tidak sukanya jika dibakar dengan api.


2) solat ini merupakan amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah..

ada satu kisah yang menarik untuk dikongsi bersama..

Mush'ab berkata, " Amir bin Abdillah bin Az-Zubair mendengar suara muazzin ketika dia sedang menantikan ajalnya. dia berkata kepada orang-orang yang berada berdekatannya ' hantarkan aku ke masjid'
maka jawab seorang yang berhampirannya ' engkau ini sakit ' ' aku mendengar panggilan Allah , elokkah aku tidak menjawabnya ?' jawab Amir bin Abdillah. dia tetap berkeras lalu para sahabat menghantar beliau ke masjid. Dia ikut solat maghrib bersama imam. pada saat rukuk pertama, dia meninggal dunia "

lihatlah betapa cintanya beliau terhadap solat berjemaah dan sangat menghormati waktu solat apabila mendengar laungan azan..sedangkan kita yang sihat fizikal, masih tertawa bersama rakan-rakan sewaktu suara azan berbunyi..
teringat pula saya akan sebuah tazkirah yang pernah saya dengar..,
' apabila azan berkumandang..terdapat kalimah Allahuakbar yakni Allah Maha Besar, maka segeralah kamu semua mengerjakannya..maksudnya tiada yang lebih besar melainkan Allah s.w.t...sahutlah panggilan Allah itu dengan menuju tempat solat..tinggalkan segala pekerjaan, berbual-bual, assignment, menonton tv...tunaikanlah kewajipanmu' Ya Allah..ampunilah dosa-dosa kami...

3) Zikrullah

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata " tidak ada kenikmatan yang dirasakan manusia di dunia melebihi kenikmatan di dalam hati dengan berzikir kepada Allah , mengingat kebaikan-kebaikan dan nikmat-nikmatNya serta beribadah kepadaNya"


ikhwah wa akhawat seperjuanganku sekalian,
suka lah saya untuk berkongsi beberapa resipi mantap untuk melazatkan amal soleh..jom kita sama-sama amalkannya !

~ merasa slalu diawasi Allah dan mengikhlaskan amalan hanya untukNya
Allah Maha Melihat, Maha mendengar...Allah lebih dekat kepda hambaNya daripada urat nadi..subhanallah..akan tetapi Allah berhubungan dengan hambaNya secara ghaib dan seakan-akan jauh darinya. Allah memerintahkan untuk mengarahkan niat kepadaNya, menadahkan kedua tangan kepadaNya dan meminta kepadaNya. Hati mereka yang jahil merasakan jauh dari Allah. ada yang terjerumus ke dalam kemaksiatan kerana berasa tidak diawasi. mereka yang sedar betapa dekatnya Allah kepada hambaNya , berasa sentiasa diawasi sehingga perasaan ini menahan mereka daripada sibuk memerhatikan keadaan di luar dirinya

seterusnya, memperbanyakkan amalan sunnah, melawan hawa nafsu, mentadabbur al-Quran serta mengenali Asma' dan sifat Allah, bersahabat dengan orang soleh dan bersaing dengan mereka dalam beramal soleh, membaca nas-nas yang menjanjikan pahala dalam beramal soleh, mentadabbur bacaan al-Quran semasa beribadah..

okla, saya tak boleh tulis panjang2 lagi..hehe...kalau nak tahu lagi isi-isinya, jom sama-sama miliki buku ini...=) ada di kedai-kedai buku...
setidak-tidaknya biarlah buku ini membantu kita mewujudkan bibit-bibit kenikmatan dalam ibadah..

jadikan buku sebagai teman sejati anda..moga manfaat untuk kebaikan dunia akhirat..Amin amin ya Rabbal A'lamin.


mohon maaf di atas kekurangan saya..mohon sebarang komen antum..

~ ILMU wadah mendekatan diri padaNya~

saya akhiri nukilan ini dengan satu doa..mari sama-sama kita membacanya,

" Ya Allah, jadikanlah kami cinta pada keimanan dan jadikanlah keimanan itu indah dalam hati kami. Ya Allah, jadikanlah kami benci pada kekafiran, kefasikan dan kederhakaan. Jadikanlah pula kami antara mereka yang mengikuti jalan yang lurus"
Amin....

di MaNA cAnTikNyA sEOraNG wANitA?

Thursday, June 3, 2010


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG



sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita solehah.....

salamullahialaik...saya ingin berkongsi sedikit tips untuk antunna kelihatan cantik dan menarik..=)

  • pertama, jadikanlah Ghadhdul Bashar ( menundukkan pandangan ) menjadi perkara yang wajib dilakukan oleh antunna...ianya sebagai hiasan mata antunna, nescaya your eyes akan semakin bening dan jernih...

  • kedua, oleskanlah 'lipstik kejujuran' pada bibir anda, sudah tentu ia menjadi semakin manis...

  • ketiga, gunakanlah ' pemerah pipi' anda dengan kosmetik yang diperbuat daripada rasa malu yang dibuat dari salon iman
Text Color
  • keempat, pakailah 'sabun istighfar' yang menghilangkan semua daki dosa dan kesalahan yang anda lakukan

  • kelima, rawatilah rambut antunna dengan melindunginya dengan ' tudung islami yang indah' yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan antunna.

  • keenam, hiasilah kedua tangan antunna dengan ' gelang tawadduk ' dan jari-jari dengan 'cincin ukhuwwah'


  • ketujuh, pakailah kalung yang berharga seperti ' kalung kesucian '

  • akhir sekali, bedaklah wajah antunna dengan ' air wudhu' nescaya akan bercahaya di akhirat..


Sekian itu sahaja tips yang boleh saya kongsikan..
sama2 kita praktikkannya..insyaAllah

buatmu mujahidah solehah, dengan kecantikanmu, kau lebih elok dari matahari, dengan akhlakmu, kau lebih wangi dari haruman kasturi, dengan rendah hatimu, kau lebih halus dari rintik hujan, maka pertahanlkanlah keindahan ini , agar kau terus-terusan menjadi sayap kiri perjuangan islam, penegak kalimah Allah di muka bumi..


JIHAD FISABILILLAH..




kIsaH dalam al-Quran..

Monday, May 31, 2010



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


Salam buat semua..
asif jiddan..sudah beberapa hari saya tak update blog saya kerana baru lepas menguruskan walimah ukhti saya..alhamdulillah dengan izinNya segalanya berjalan dengan baik... kini saya sudah mempunyai dua orang abang ipar ..semoga ikatan mereka diberkati Allah s.w.t..amin..

~okla sukalah saya untuk berkongsi suatu kisah..kisah ini bukan rekaan tetapi tercatat dalam kitab Al-Quran..dari surah Al-Baqarah ayat 259.
..beberapa hari yang lepas, saya telah mendengar pengajaran tafsir ayat ini daripada seorang ustaz di kampung saya selepas solat maghrib berjemaah..insyaAllah kita sama-sama berkongsi ilmu...

" atau seperti orang yang melewati sebuah negeri yang (bangunan) telah roboh sehimgga menutupi ( runtuhannya ) atap-atapnya, dia berkata " bagaimana Allah menghidupkan kembali ( negeri) ini setelah hancur?" lalu Allah mematikannya ( orang itu) selama seratus tahun kemudian membangkitkannya ( menghidupkan ) kembali.
dan ( Allah ) bertanya " berapa lama engkau tinggal di sini?" dia menjawab " aku tinggal ( di sini ) sehari atau setengah hari." Allah berfirman " Tidak ! engkau telah tinggal seratus tahun. lihatlah makanan dan minumanmu yang belum berubah, tetapi lihatlah keldaimu (yang telah menjadi tulang-belulang) dan agar Kami jadikan engkau tanda kekuasaan Kami bagi manusia. lihatlah tulang belulang keldai itu , bagaimana Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami membalutnya dengan daging." maka ketika telah nyata baginya. dia pun berkata " saya mengetahui bahawa Allah Maha Menguasai atas segala sesuatu "
Al-Baqarah : 259
kisah ini tentang seorang pemuda yang bernama Uzair yang pada suatu hari melalui sebuah tapak bangunan yang runtuh. terdapat mayat-mayat yang bergelimpangan serta hancur. kemudian dia duduk bersandar di sebatang pokok dan mula berfikir. dalam fikirannya dia bertanya " bagaimana orang-orang yang sudah mati dan hancur itu akan dihidupkan oleh Allah kembali ke negeri akhirat. "
maka dengan izin Allah dia telah tertidur di situ..selama seratus tahun...dalam masa itu, segala-galanya telah berubah, manakal Uzair masih tidur menjadi jasad yang tiada bernyawa lagi.
kemudian jasadnya yang hancur itu disusun kembali oleh Allah lalu ditiupkan semula rohnya. Uzair lalu tersedar dan bangun. lantas dia mencari keldai dan buah-buahannya. tidak berapa lama kemudian, turunlah beberapa malaikat seraya bertanya " tahukah engkau ya Uzair berapa lam aengkau tidur?" tanpa berfikir panjang Uzair menjawab " saya tertidu sehari dua atau setengah hari "
lalu malaikat berkata " bahawa engkau terdampar di sini selama seratus tahun lamanya. lihatlah keldaimu. ia sendiri telah hancur. demikianlah kekuasaan Allah. Allah s.w.t dapat menghidupkan kembali orang yang telah mati dan mengembalikan jasad yang sudah hancur dan dengan mudah pulalah Dia membangkitlan semua manusia pada hari akhirat nanti. Hal ini diperlihatkan kepada engkau oleh Allah agar iman engkau tetap teguh dan engkau sendiri menjadi bukti kepada manusia lain supaya engkau dan manusia lain tiada syak dan ragu tentang apa yang diterangkan Allah tentang hari akhirat itu"
maka Uzair berkata " sekarang tahulah saya bahawa Allah itu berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu"
tiba-tiba keldainya yang sudah hancur dilihatnay mulai dikumpulkan semula tulang dan dagingnya. dan ia kembali hidup. lalu Uzair bersama keldainya pulang ke rumahnya dengan melalui jalan yang sukar dikenalinya.
apabila sampai di kampungnya dia mencari rumahnya dahulu. seorang perempuan yang sangat tua di dalam rumah itu. dan ternyata itu ialah hamba Uzair. dia juga telah bertemu dengan anaknya yang sudah menjadi dewasa .orang ramai amat terkejut dengan kembalinya Uzair ke kampung mereka. mereka menyangka Uzair telah tiada.Uzair menceritakan segalanya dan orang ramai pun percaya bahwa Uzair telah mati dan dihidupkan semula oleh Allah s.w.t....
sekian..moga-moga kisah ini menjadi ibrah untuk kita dan meningkatkan lagi keimanan kita kepada Allah s.w.t...
mohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan dalam penulisan saya pada kali ini..
sekian, wassalam.