
Pages
doa para hamba soleh
Thursday, January 20, 2011

Calon-Calon Syurga Dan Neraka
Sunday, January 16, 2011

Sabda Rasul saw : "Semua ummatku layak masuk syurga kecuali mereka yang sengaja enggan masuk syurga." Sahabat bertanya : "Siapakah yang enggan masuk syurga itu ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah saw : "Sesiapa yang taat kepadaku layak masuk syurg
a dan sesiapa yang menderhakaiku maka sesungguhnya ia lah orang yang enggan masuk syurga."
Hadis ini menjelaskan kepada kita calon syurga ialah mereka yang taat kepada Allah swt dan melaksanakan sunnah Rasulullah saw sementara calon neraka pula ialah mereka yang melanggar perintah Allah swt, melakukan maksiat dan mungkar serta derhaka kepada Allah swt dan Rasul-Nya .
Antara calon neraka ialah mereka yang melampaui batas agama. Tidak peduli dosa dan pahala. Mereka bertindak berasaskan nafsu dan syahwat.
Memburu kepentingan duniawi tanpa peduli halal dan haram. Demikianlah firman Allah swt :
"Maka adapun sesiapa yang melampaui batas (melakukan perbuatan yang ditaja oleh nafsu dan syaithan) dan terlalu kemaruk dengan kehidupan dunia sehingga mengabaikan akhirat maka sesungguhnya neraka jahannam lah tempat tinggal yang layak buat mereka."
Sementara calon syurga pula ialah mereka yang takut kepada Allah swt Tuhan yang Maha Agong. Tidak berani mengangkat muka untuk derhaka dan melanggar hukum Allah swt. Juga orang yang mencegah dirinya dari perangkap nafsu dan syahwah serta bebas dari melakukan perbuatan terlarang seperti rasuah, judi, arak, zina, pecah amanah, zalim dan sebagainya. Firman Allah swt :
".. dan adapun mereka yang takut kepada Tuhannya yang Maha Tinggi dan mencegah dirinya dari nafsu dan syahwah maka sesungguhnya syurga adalah tempat tinggalnya yang paling layak." (Surah an Naazia't : 38 - 41)
Tegasnya syurga tidaklah mudah untuk dimasuki melainkan mereka yang bertaqwa kepada Allah swt, justeru syurga hanyalah diwariskan kepada mereka yang bertaqwa. Taqwa dengan maksud tunduk dan patuh kepada perintah Allah swt dan meninggalkan semua perkara yang dilarang oleh Allah swt.
"Demikian syurga yang kami wariskan dari kalangan hamba-hamba kami akan mereka yang benar-benar bertaqwa." (Surah Maryam : 63)
Sebahagian dari penegasan Al Quran sebagai kalamullah dalam menetapkan calon neraka dan calon syurga dapat kita lihat dari ayat ini :
".. bahkan mereka yang melakukan kejahatan (rasuah, judi, arak, zina, pecah amanah, zalim dan sebagainya) dan ia terus hanyut tenggelam dalam kejahatannya maka mereka adalah penghuni neraka, mereka pula kekal di dalamnya sementara orang-orang yang beriman dan beramal dengan amalan yang soleh, merekalah penghuni syurga, mereka pula kekal di dalamnya." (Surah Al Baqarah : 81)
Ayat-ayat di atas, bolehlah dinilai oleh setiap individu, bagaimana keadaan kita.
Ia pasti sahaja melewati batas sempadan parti politik dan kepentingan suku kaum.
Siapa jua yang tidak melandasi hidup berasaskan manhaj rabbani dan sunnah an nabawi maka ia sendiri tahu bagaimana nasib dan masa depannya di akhirat kelak.
Selebihnya menjadi milik mutlak Allah swt untuk menetapkan keputusannya berkait syurga dan neraka.
Namun tidaklah salah jika kita menyebut kalau kamu buat begini jawabnya neraka dan kalau kamu buat begini tentunya syurga balasan ke atas kamu.
Seperti kita menyebut kepada anak kita, "Hei Awang! Jangan mencuri nanti kamu masuk neraka" atau sebaliknya "Hei Awang! Sembahyanglah kalau kamu nak masuk syurga."
Tentu tidak salah perkataan-perkataan tersebut justeru ia bermaksud untuk mendidik anak bukan menentu syurga atau neraka buat sang anak.
solat bukti kehambaan
Monday, January 10, 2011


indahnya TAQWA
Tuesday, January 4, 2011

Artikel dari blog ustaz Pahroi Mohd Juoi :
MANFAAT TAQWA
Imam Ghazali ketika menjelaskan manfaat taqwa telah berkata:
“Taqwa itu harta terpendam yang berharga sekali jika engkau mendapatnya. Maka seolah-olah berkumpul kebaikan dunia dan akhirat di dalam taqwa itu. Dan perhatikan apa yang difirmankan dalam Al Quran mengenai taqwa. Banyak sekali Allah memberi nkeuntungan, pahala yang besar dan keselamatan yang disandarkan pada sifat taqwa.”
Apa yang dikatakan oleh Imam Ghazali itu adalah bersumberkan ayat Quran ini:
“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Iaitu orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di Akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah.Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.” (Yunus: 62-64)
Antara kelebihan taqwa di dalam Al Quran ialah:
- 1. Bantuan dan perlindungan Allah.
Allah akan hanya membela orang yang bertaqwa. Menjadi seorang Islam, belum ada jaminan mendapat bantuan Allah. Ini menjelaskan mengapa umat Islam ditindas dan dikalahkan oleh musuh-musuh Islam pada hari ini. Firman Allah:
“Allah jadi pembela (pembantu) bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Al Jasiyah: 19)
- 2. Penyelesaian masalah dan rezeki.
Selain daripada rajin berusaha dan sentiasa produktif, orang bertaqwa akan mendapat menyelesaikan masalah dalam hidup dan rezekinya dijamin oleh Allah saw.Firman Allah:
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan lepaskan dia daripada masalah hidup dan akan memberi rezeki sekira-kira tidak diketahui dari mana sumbernya.” (At Thalaq: 2-3)
“Jika penduduk satu kampung beriman dan bertaqwa, Tuhan akan bukakan berkat dari langit dan bumi.” (Al A’raf: 96)
3. Dijanjikan syurga dan diselamatkan dari neraka.
“Akan tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhannya bagi mereka Syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, sedang mereka kekal di dalamnya sebagai tempat tinggal dari sisi Allah.” (Ali Imran: 198)
“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan daripada Tuhanmu dan kepada Syurga yang luas seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa.” (Ali Imran: 133)
“ Itulah Syurga yang akan Kami wariskan kepada hamba-hamba Kami yang selalu bertaqwa.” (Maryam: 63)
“Lalu Aku selamatkan orang-orang bertaqwa dan menjauhkan Neraka bagi mereka yang bertaqwa.”
- 4. Ditutupi kesalahan dan dilipatgandakan pahala.
“Itulah perintah Allah yang diturunkan-Nya kepada kamu. Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan menutupi kesalahan-kesalahannya dan melipatgandakan pahala baginya.” (At Thalaq: 5)
- 5. Darjat yang tinggi di Hari Akhirat.
“Kehidupan dunia kelihatan indah bagi orang kafir sehingga mereka memandang rendah kepada orang beriman, tetapi orang yang bertaqwa adalah lebih tinggi daripada mereka di hari Kiamat.” (Al Baqarah: 212)
6. Dicintai Allah.
“Sebenarnya, siapa yang menepati janji (yang dibuatnya) dan bertaqwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaqwa.” (Ali Imran: 76)
- 7. Diampuni dosa.
Orang bertaqwa begitu sensitif dengan dosa. Bahkan mereka sentiasa merasa berdosa walaupun tidak terlibat dengan dosa. Justeru mereka sentiasa melazimi taubat. Dan taubat mereka akan sentiasa diterima.
“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu furqan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahan kamu dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” (Al Anfal: 29)
8. Diterima amalan.
“Sesungguhnya Allah hanya menerima ibadah (korban) dari orang-orang yang bertaqwa.” (Al Maidah: 27)
9. Dikurniakan keberkatan hidup.
“Jika penduduk satu kampung beriman dan bertaqwa, Tuhan akan bukakan berkat dari langit dan bumi.” (Al A’raf: 96)
10. Pewaris kekuasaan di bumi.
“Akan Aku wariskan bumi ini kepada orang-orang yang soleh (bertaqwa).” (Al Anbiya: 105)
11. Diberi ilmu yang bermanfaat.
Orang bertaqwa akan mendapat tambahan ilmu menerusi pengalaman ilmu yang sedia diketahuinya. Bahkan, ilmu itu bukan hanya berlegar di minda, tetapi menjunam ke hati dengan kefahaman dan pengahayatan yang mendalam.
“Bertaqwalah kepada Allah, nescaya Allah akan mengajar kamu.” (Al Baqarah: 282)
12. Dipermudahkan urusan.
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan permudahkan segala urusannya.” (At Thalaq: 4)
13. Diselamatkan dari tipu-daya musuh.
Yahudi dan Nasrani terkenal dengan strategi dan perancangan yang licik untuk menghancurkan umat Islam. Mereka begitu sistematik, fokus dan komited untuk melemahkan perjuangan umat Islam. Namun, orang bertaqwa sentiasa berjaya mengenal dan mengatasi tipu-daya mereka itu.
“Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudharatan kepada kamu.” (Ali Imran: 120)
14. Diberi petunjuk dalam membezakan antara kebenaran dan kebatilan.
Di tengah kecelaruan faham dan kekeliruan bertindak tidak kira pada zaman apa dan situasi apa pun orang bertaqwa sentiasa dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan.
“Hai orang-orang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, Dia akan memberi kepada kamu furqan (membezakan antara kebenaran dan kebatilan.” Al Anfal: 29
TAQWA MENURUT AL QURAN
Mari kita lihat dulu makna taqwa melalui ayat al Quran. Di dalam Kitab Minhajul Abidin, Imam Ghazali menyenaraikan makna taqwa mengikut Al Quran:
- Perasaan takut dan hebat.
“Dan kepadaKulah kamu harus takut.”
“Takutlah kamu pada hari dikembalikan kepada Allah.”
- Bakti dan Tunduk.
“wahai sekalian orang-orang beriman berbaktilah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar bakti.”
- Membersih hati daripada dosa.
“Sesiapa yang taat kepada Allah dan rasulNya, dan takut kepada Allah serta taqwa kepada-nya maka mereka adalah orang-orang yang beruntung.”
Jadi, kesimpulan rengkas erti taqwa melalui ayat Quran tersebut adalah taat, takut juga membersihkan hati daripada sebarang kederhakaan. Sebenarnya banyak lagi erti taqwa yang boleh diambil dari al Quran. Antaranya ialah tauhid dan iman, taubat, meninggalkan maksiat dan ikhlas.
Justeru, taqwa itu bolehlah disifatkan sebagai himpunan segala sifat-sifat kebaikan (mahmudah) sama ada yang zahir ataupun yang batin. Rasulullah saw bersabda:“Hendaknya kamu bertaqwa sebab ia adalah kumpulan segala kebaikan, dan hendaknya engkau berjihad karena ia sikap kependetaan seorang muslim, dan hendaknya engkau selalu berdzikir menyebut nama Allah karena dia cahaya bagimu” (HR. Ibnu Dharis dari Abu Said Al-Khudhari).
Memiliki Qalbun Salim (Hati Yang Sejahtera)
Thursday, December 30, 2010

Umum mengetahui bahawa hati merupakan penentu tindakan seseorang sama ada bertindak secara rasional atau tidak.Dalam ayat yang mudah sama ada segala tindakan yang dilakukan itu merupakan satu tindakan yang menjurus ke jalan yang diredhai Allah atau sebaliknya. Hati juga adalah raja dalam kerajaan diri.
Tanyalah diri kita, adakah segala kebaikan yang dilakukan selama ini dikuasai oleh hati yang mengikut telunjuk syaitan atau pun hati yang benar-benar ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah. Betapa sukarnya mendidik hati yang sentiasa menjadi rebutan antara malaikat dan syaitan ini.
Itulah peperangan yang perlu dilalui oleh setiap mukmin bagi mendapatkan qalbun salim. Sudah pasti setiap mukmin tidak mahu menyimpan hati yang sakit, hati yang dikuasai oleh sifat mazmumah serta begitu sedikit atau tipis sifat mahmudah yang bertandang dalam diri. Begitu juga dengan hati yang mati, hati yang tiada nur, hati yang penuh dengan titik-titik dosa atau noda yang pasti membuatkan manusia itu lupa atau lalai dengan tujuan hidupnya di dunia.
Bagaimana hendak mendapatkan hati yang dilimpahi nur-Nya yang dapat mengubah kehidupan manusia itu sendiri? Bagaimana hendak berdakwah sesama mukmin, begitu juga dengan ahli keluarga sendiri yang kadang-kala terlalu banyak dugaannya berbanding orang lain yang harus dijalani?
Pokok pangkalnya semuanya berpunca dari hati, hati yang cintakan sesama Islam, sesama saudara seagama, kaum keluarga, hati yang ingin mengubah diri, hati yang mencintai kebaikan. Tetapi mampukan kita istiqamah kerana terlalu besar peperangan dengan syaitan ini. Sama ada kita mampu melaluinya atau tidak, itulah kehidupan yang perlu dilalui dan dijalani.
Bagaimana hendak memperoleh hati yang sejahtera ini? Hati yang sejahtera dari syirik, syak, was-was, hati yang sejahtera dari bintik hitam dosa, hati yang sejahtera dari cinta kepada dunia serta hati yang sejahtera dari sifat mazmumah? Adakah hanya memadai dengan solat, dan membaca Al-Quran semata-mata?
Bagaimana pula dengan niat semasa mengerjakan ibadah tersebut? Adakah kerana inginkan pujian manusia? Atau adakah kerana sebab-sebab lain? Pokok pangkalnya bagi memperoleh hati yang sedemikian rupa adalah dengan keikhlasan yang amat tinggi dalam hati kita. Hanya dengan ikhlas melakukan ibadah dan amalan kebajikan dapat membentengi diri dan menjadi pendinding daripada hasutan syaitan.
Sabda Rasulullah SAW: Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.
"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi Allah memandang hati dan amal kamu". Peganglah hadis ini, semoga menjadi dorongan dan pedoman serta panduan kepada kita.
Bagaimana hendak membentuk hati yang sejahtera? Semoga Allah memberi kita kelapangan masa dan peluang bagi mempelajari ilmu berkaitan hati. Muhasabahlah diri kita, jangan memandang hina kepada sesiapa pun walau kepada manusia yang berperangai buruk sekalipun.
Aturlah masa sebaik-baiknya kerana;
Demi masa:Sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.Surah Al-Ashr.
Jagalah makan dan minum kita dari makan yang haram dan syubhat. Di sekeliling kita, manusia terlalu terdedah dengan makanan-makanan segera. Marilah sama-sama kita mengimarahkan masjid,beristighfar dan bertaubat, memelihara diri daripada dosa, membuang sifat mazmumah, berjihad melawan nafsu,menyuburkan amalan soleh, bersahabat dengan orang soleh, istiqamahkan zikir dan Al-Quran, sentiasa mengingati mati dan paling utama berdoa kerana doa itu senjata mukmin.
Akhir kata, berusahalah kita mendapatkan nur yang gemilang bagi hati. Semoga kita tergolong dalam manusia yang dipilih oleh Allah ke jalanNya. Marilah kita bersama-sama istiqamah dalam segala amalan kita, meskipun kita mendapat cacian orang sekeliling kerana sesungguhnya amalan yang ikhlas pasti dapat membantu kita mendapatkan qalbun salim.
A dialogue between Palestine, Egypt and Israel
Tuesday, December 28, 2010
@}---~---{@
untukmu sang murobbi

cctv Allah di mana-mana!!!

Wahai Pemimpin : Pelajarilah Dari Umar Al-Khattab
Wahai Para Pemimpin : Lihat & Contohilah Pemerintahan
Umar Al-Khattab r.a
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
Pemimpin adil lagi beriman amat dirindui.
Kita kerap kali menyebut berkenaan kehebatan Khalifah Umar bin Abd Aziz dalam pentadbirannya sebagai pemerintah, sehinggakan masarakat bukan Islam turut mengetahui berkenaannya serba sedikit lalu menjadikannya role model dalam ucapan-ucapannya, saya berharap agar ia bukan hanya terhenti setakat di dalam ucapan sahaja dalam tindakannya. Tidak dinafikan usaha ke arah itu dapat dilihat sedikit demi sedikit, tahniah.
Selain Umar Abd Aziz, kita juga adakalanya dapat membaca kehebatan pentadbiran Islam di bawah khalifah kedua Islam iaitu Umar Al-Khattab r.a. Dalam tulisan ringkas ini saya ingin berkongsi beberapa petikan kisah ketegasan Umar Al-Khattab semasa pemerintahannya termasuk semasa menerima laporan dari rakyat terhadap perilaku gabenor-gabenor yang dilantiknya; ia amat baik dijadikan panduan dan ingatan bagi para pimpinan pentadbiran korporat, kerajaan negeri dan pusat dan bagi mereka yang ingin mengambil pengajaran.
KISAH 1 : KHALIFAH UMAR r.a DAN SA'AD ABI WAQQAS r.a [1]
Umar al-Khattab telah melantik Sa'ad Abi Waqqas r.a seorang sahabat besar Nabi s.a.w sebagai gabenor di Kufah, Iraq. Namun terdapat beberapa kumpulan munafiq yang amat benci kepada Sa'ad, lalu membuat aduan palsu kononnya Sa'ad r.a tidak adil dalam pembahagian dan tidak memimpin ketika peperangan. Sedangkan di ketika itu, kerajaan Islam sedang sibuk membuat persiapan untuk menuju ke Nahawand. Amat difahami kumpulan ini ingin mengganggu kelancaran perancngan kerajaan Islam.
Walaupun aduan ini sememangnya telah diketahui palsu oleh Umar Al-Khattab r.a tetapi beliau masih meraikannya secara SERTA MERTA dengan menghantar wakil penyiasat iaitu Muhammad Ibn Maslamah. Umar r.a seorang yang amat sensitif dan serius dengan segala laporan terhadap gabenor lantikannya. Tatkala proses siasatan terbuka dijalankan, semua wakil ketua yang berada di Kufah tidak tahu menahu berkenaan laporan ketidakladilan Sa'ad lalu semuanya mengkhabarkan kebaikan Sa'ad.
Tiba-tiba muncul Usamah Bin Qatadah mendakwa Sa'ad tidak adil dan tidak memimpin perang. Sa'ad menafikan dengan sumpah serta mendoakan buta mata, kurang zuriat dan terdedah kepada fitnah dunia bagi sesiapa yang menipu dan melontarkan fitnah ke atasnya. Hasil doa individu soleh seperti Sa'ad, kesemua kumpulan yang meinpu ini mati . Usamah pula menjadi buta, kurang zuriat dan ditimpa nafsu syahwat yang luar biasa.
Walaupun Sa'ad terbukti selepas itu tidak bersalah, demi mengelakkan perpecahan dan menjaga status Sa'ad bin Abi Qaqqas, Umar al-Khattab meminta Sa'ad untuk menamakan penggantinya, lalu dilantik ‘Abdullah bin Abdullah Bin ‘Utban yang merupakan timbalan kepada Sa'ad sebelum ini. Manakala Sa'ad di bawa ke Madinah bagi menyertai ahli Majlis Syura Khalifah di Madinah. [2]
KISAH 2 : UMAR R.A DAN HARTA GABENOR DAN PEGAWAINYA
Umar al-Khattab begitu tegas dan ketat dalam urusan kewangan negara, beliau juga amat ketat dalam meneliti pendapatan dan harta setiap gabenor dan pegawainya. Setiap pegawai yang dilantik akan diminta melakukan deklarasi harta, dan peningkatan hartanya akan disemak dengan begitu kerap. Jika peningkatan berlaku, Umar r.a akan mengambil separuh untuk baitul Mal dan dalam beberapa keadaan Umar r.a mengambil semuanya. [3] Selain itu, Umar r.a turt melakukan lawatan mengejut ke ruamh pegawainya bagi memastikan tiada pertambahan harta secara syubhah. [4]
Berikut beberapa kisah prihatinnya Umar r.a r.a :-
a- Gabenor kerajaan Islam di Mesir pada ketika itu adalah seorang sahabat bernama ‘Amr bin Al-‘As. Beliau dilaporkan membuat satu mimbar khas untuk dirinya di Mesir. Ini menyebabkan Umar al-Khattab menjadi marah lalu menghantar surat kepada ‘Amru yang menyebut
"Aku mendengar kamu telah membina satu mimbar agar boleh meninggikan dirimu dari umat Islam, adakah tidak cukup kamu berdiri dan mereka berada di kakimu, aku ingin kamu segera meruntuhkan mimbarmu" [5]
b- Dalam satu keadaan lain, Sa'ad juga dilaporkan membina pagar di sekitar rumahnya ( di ketika itu amat jangkal rumah mempunyai pagar kecuali terlalu kaya), sehingga orang ramai menggelarkannya "ISTANA SA'AD". Dinyatakan bahawa Sa'ad membina agar itu kerana rumahnya berhampiran degan pasar dan amat bising, lalu dibinanya agar dapat menghalang sedikit kebisingan. Apabila berita sampai kepada Umar al-Khattab, beliau melihat mudarat pagar itu lebih besar dari manfaatnya, lalu dengan segera menghantar Muhammad bin Maslamah untuk membakar pagar tersebut.[6]
c- Umar r.a telah melantik Mujasha' bin Mas'od untuk beberapa tugasan, dan kemudiannya mendapat laporan isteri Mujasha' bernama al-Khudayra kerap membeli perabot baru dan hiasan dinding. Lalu Umar r.a menghantar surat kepada Mujasha' agar mengoyakkan semua hiasan dinding. Mujasha' menerima surat itu ketika bersama orang ramai, lalu dengan segera beliau mengarahkan isteri keluar lalu diminta orang ramai masuk ke rumah dan membantu mengoyak dan menurunkan semua hiasan dinding baru yang dibeli isterinya[7]. Sebenarnya, Umar r.a tahu ia dibeli dengan harta syubhah akibat jawatan Mujasha', kerana itu diarahkan sedemikian. Anda juga boleh melihat betapa kuatnya taat dan yakinnya para pegawai dengan keikhlasan dan kejujuran Umar r.a.
d- Umar r.a pernah melawat pegawai-pegawainya di Syria, dan kemudian Yazid Bin Abi Sufyan menjemputnya datang ke rumah, ketika Umar r.a memasuki rumah lalu dilihatnya penuh dengan hiasan dinding bergantungan. Umar r.a mula mengambilnya sambil berkata
"barang-barang ini boleh digunakan oleh rakyat jelata untuk melindungi diri mereka dari kesejukan dan panas" [8]
e- Umar r.a juga pernah mengambil beberapa bahagian harta adik beradik gabenornya dan pegawainya apabila hasil penyelidikannya mendapati keraguan. Contohnya seperti beliau mengambil sebahgian dari harta Abu Bakrah. Namun Abu Bakrah cuba membantah dengan mengatakan
"aku tidak pernah berkhidmat denganmu (sebagai pegawai kerajaan)"
Umar r.a menjawab
"Ya benar, tetapi adikmu berkhidmat sebagai penyelia Baitul Mal, dan dia telah memberikan beberapa pinjaman kepadamu agar kamu boleh berniaga dengannya" [9]
Kesimpulannya, semua tindakan Umar r.a ini tidaklah diambil secara sembrono, kisah ini hanyalah ringkasan sahaja, dan tindakan beliau semua bagi mengelakkan jawatan di jadikan PELUANG UNTUK MERAUT KEKAYAAN.
Ibn Taymiah mengulas beberapa tindakan Umar r.a tadi bagi membuang segala keraguan rakyat terhadap pendapatan para gabenor dan pegawainya, yang mungkin menjadi kebiasaan diberi hadiah oleh rakyat jelata disebabkan oleh jawatannya.[10]
KISAH 3 : KHALIFAH UMAR r.a DAN DENDA ANAKNYA
Abd Rahman bin Umar Al-Khattab, salah seorang anak Umar al-Khattab berada di Mesir dan dilaporkan telah melakukan kesalahan dengan meminum arak. Beliau kemudiannya meminta Amru bin Al-‘As untuk melaksanakan hukuman ke atasnya.
Namun Amru al-‘as r.a merasa serba salah kerana ia adalah anak khlaifah lalu menjatuhkan hukuman secara sedikit berbeza iaitu mencukur kepalanya dan ia disebat secara tertutup di dalam rumahnya. Sepaptunya prosedur di ketika itu adalah hukuman minum arak mestilah dicukur dan disebat pada waktu yang sama di hadapan khalayak ramai.
Peristiwa ini bocor kepada Umar r.a lalu beliau menghantar surat yang antara lainnya menyebut :-
"engkau telah menyebat dan mencukur Abd Rahman di dalam rumahmu dan KAMU TAHU IA BERTENTANGAN DENGAN APA YANG AKU HARAPKAN (hukuman seperti orang lain), ...Abd Rahman adalah salah seorang warga di bawah tanggungjawabku (DI AKHIRAT), dan kamu beralasan dengan mengatakannya adalah anak Khalifah sedangkan kamu tahu aku TIDAK SESEKALI BERKOMPROMI dengan sesiapapun dalam melaksanakan amanah terhadap Allah swt" [11]
KISAH 4 : KHALIFAH UMAR r.a DAN KHALID IBN WALID r.a
Khalid Ibn Waled, yang terkenal sebagai ‘pedang islam' dilucut jawatan sebanyak dua kali oleh Umar r.a al-Khattab, iaitu pada tahun 13 Hijrah sejurus selepas Umar r.a dilantik sebagai khalifah dan sekali lagi pada 17 Hijrah.[12] Namun kedua-dua peristiwa ini bukan kerana Khalid tidak baik dan bermasalah, Namun ia adalah dari sebab berikut [13] :-
a- Menjaga keyakinan umat Islam terhadap Allah, ia jelas dari surat umum yang dihantar Umar r.a kepada umat Islam memberitahu agar mereka tidak terlalu ‘attached' dengan Khalid sehingga tersilap sangka kemenangan Islam disebabkan oleh kehandalan Khalid dan bukan kerana bantuan Allah swt.
b- Pentadbiran ; iaitu dalam urusan dan keputusan pembahagian harta.
c- Pentadbiran : Umar r.a inginkan keteletian dan laporan berterusan dari setiap pegawainya, namun Khalid inginkan pentabdiran yang bebeas dari penelitian sentiasa oleh Khalifah.
Di waktu Khalid dipecat dari jawatannya sebagai gabenor di Syria, belia berkata :-
"Amir al-Mukminin (Umar r.a) melantik aku sebagai gabenor dan setelah urusan menjadi licin dan lancer, beliau melucutkan jawatanku"
Lalu seorang lelaki berkata : "Sabarlah wahai ketua, ia waktu untuk bermulanya fitnah"
Kahlid membalas :
"selagi anak Al-Khattab ini hidup, selagi itu TIADA RUANG FITNAH untuk berlaku" [14]
Demikian hormat dan keyakinan Khalid terhadap Umar r.a walau dalam keadaan beliau dilucutkan jawatan, amat difahaminya tindakan Umar r.a adalah untuk mengelak fitnah, bukan mencipta fitnah.
Di ketika Khalid r.a hampir wafat (beliau wafat pada 21 H), beliau berkata kepada Abu Darda r.a,
"Wahai Abu Darda, bila Umar r.a al-Khattab r.a wafat kelak, kamu akan dapati sesuatu yang kamu benci berlaku"
Dan berkata lagi sambil mengelap air matanya:
"Aku memang merasa sedikit kecewa dengan beliau dalam sesetengah isu, tetapi setelah aku fikrikan kembali berkenaannya di ketika aku sakit ini, aku menyedari bahawa Umar r.a Al-Khattab r.a melakukannya dengan ikhlas dan hanya mengharapkan rahmat Allah dari setiap tindakannya"[15]
Khalid juga melantik Umar r.a sebagai waasi (pengurus harta pusakanya), ketika Umar r.a al-Khattab menrima surat wasiat itu, beliau turut menangis.
Cuba kita bayangkan ketegasan Umar al-Khattab r.a tersebut dan bagaimana tingginya taqwa beliau dan juga para sahabat yang bersamanya. Mengapa mereka tidak melenting akibat diambil sebahagian harta dan sebagainya?. Kerana Umar sendiri mengambil hartanya untuk umat Islam, dan beliau tidak makan daging sehingga semua orang miskin di bawah pentadbirannya makan terlebih dahulu.
Cuba pula kita membandingkan kehidupan para pemimpin di sekeliling kita hari ini. Bagaimana mereka jika berada di bawah pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab r.a.. Sesungguhnya wahai Umar al-faruq kami merinduimu pemerintahanmu..
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
Facebook Badge
taubatku...
ku bersujud
berjuang kerana Allah
tenangkan jiwamu
Islamic Widget
kul bpe ni??
Islamic Calendar
Followers
Our Blogger Templates
slmt dtg ke blog ana yg
xseberape ini..
mohon sbrg comment dari
antum sume (^^,)
takbir!!!
blog sahabat2ku
-
-
Yesterday Was The 1st Day Ever. - Yesterday, 26 September 2011 was my first day being a TEACHER for somewhile. I was inspired to write this post when my eyes started to see and my mind s...
-
-
-
Pertandingan MuslimSmart Production - Assalamualaikum warahmatullahiwabaratuh, selamat hari Jumaat penuh barakah buat semua, ini adalah post tanpa gambar. Buat pengetahuan semua pembaca,satu ...
-
Man of Steel (2013) - Man of Steelnol404, 2015-10-27 16:57:20 PM Man of Steel (2013) – "Mengisahkan seorang pria yang bekerja sebagai wartawan di sesuatu surat kabar yang bernam...
-
-
Rahmat Dari Ilahi - Subhanallah Alhamdulillah..nikmat syukur yang dikecapi pemberian Allah swt kepada kami..Alhamdulillah Alhamdulillah..Alhamdulillah Ya Allah.. Terkenang dal...
-
HIDAYAH untuk Bertudung Labuh - Assalamualaikum & salam sejahtera. Moga bulan LAPAN ini hati sentiasa LAPANG dalam menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Setiap orang ada k...
-
i don't want to make a twitter account... - ..so i shall write my thoughts/feelings here instead. watching Burnt made me feel like cooking. i miss cooking. but being in malaysia makes me not want to c...
-
Tanpa judul! - Dulu.. sebelum hadirnya dia kuat nya hati menolak dan tatkala hadirnya dia aku mula belajar menerima meredhai hikmahNya kini.. dia akan pergi menjauh dan t...
-
.............. - Bismillahirrahmanirrahim... Dengan nama Allah yg Maha Pemurah Lg Maha Pengasihani... ^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^ Aku mulakan bicara dalam keadaan yang lem...
-
.:Dakwah ala-ala bisnes MLM~:. - [image: http://johnrobberson.com/wp-content/uploads/2011/09/downline2.jpg] Bismillah.. Lamaa sangat tak mencoret di blog kesayangan. Semoga Allah mengampu...
-
Rabun - Aku ini, rabun jauh. Bicara soal rabun, bagi aku, rabun itu biasa, tidak penting. Asal masih boleh lihat, zaman sudah canggih, syukur sahaja. Ada rabun,...
-
-
-
Asma'ul Quran - Makanatul Quran - Hari ini aku berlawan dengan nafsu. Nafsu yang menjadi raja di dalam diri ini. Nafsu adalah musuh nombor 1 aku di dalam kehidupan ini. Ditambah lagi denga...
-
I'M TRAVELLER - Tahniah buat kawan-kawan yang telah melangkah ke alam perkahwinan. Tahun ini umur saya bakal genap 26 tahun. Soalan femes bila umur mencecah macam ni, "Bil...
-
BAJU - Assalamualaikum wbk.. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah Segala puja dan puji bagi Allah, Tuhan yang satu dan tiada taranya. Selawat dan salam bua...
-
-
-
-
-
-
Secebis rasa buat sahabat yang kukasihi kerana Allah.. - Assalamua’alaikum Warahmatullah.. Sahabat, Allah telah menitipkan rasa kasih sepanjang perjalanan ini, mengenalmu dikala aku memerlukan bimbingan seseorang...
-
Poem: For The Sake of Beloved Al-Aqsa - Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Sajak saya lama dahulu, iaitu "Demi Al-Aqsa Tercinta" pernah diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris ole...
-
Jom Jalan - Harry Potter Warner Bros Studio London (Part 2) - Hi, Ini sambungan Harry Potter Warner Bros Studio London Part 2 daripada Part 1
-
Reader's Digest Super Contest RM625,000 - Salam semua..! Sudah agak lama tak menulis di blog. Bersawang sudah haha.. Tetiba kali ni nak mula menulis semula lepas dapat prank bang bang boom dari Rea...
-
-
Jangan pandang rendah kepada seorang wanita - *"Pergilah kamu menenun kain. Berikan pedangmu kepadaku"* *Ummu Aiman R.'Anha * Ketika perang Uhud sedang mengila, beberapa tentera Islam melarikan diri k...
-
-
Dari Mana datangnya oksigen? - Pelajar biasanya dah didedahkan dengan konsep pernafasan dan fotosintesis sejak dari sekolah rendah lagi. Proses pernafasan atau respirasi ialah proses ...
-
-
Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 - Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 pasti dicari oleh ramai calon exam pada kali ini. Adakah anda salah seorang daripad...
-
-
Jenazah Dan Hukum Berkaitannya(bahagian 2) - Rukun solat jenazah: 1) Niat ketika Takbiratul Ihram dengan cara, “Sahaja aku menunaikan solat ke atas jenazah ini empat kali takbir, fardhu, kerana All...
-
-
Promo Buat Peniaga Online - Anda beli : --> 1 buku...banner anda akan berada pada subkategori di bahagian kiri blog ini. --> Buku berjumlah RM 50 .. banner anda berada dibawah post t...
-
-
MAKNA CINTA - Suatu ketika Plato terlibat pembicaraan dengan gurunya... Plato mempertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab: "masuklah ke dalam hutan, pilih d...
-
4 Tips Untuk Backpackers : Travel Tips Murah - Selama tiga tahun di London, aku sempat untuk travel ke puluhan destinasi menarik di Eropah termasuklah Barcelona, Paris, Munich dan banyak lagi. Walaupun...
-
-
-
Semut pun bertawakal - Aduh....sakitnya! kaki aku bagai disengat sesuatu.Rupa-rupanya semut api,mungkin ianya marah sebab aku pijaknya.Sakit juga gigitannya.Salah sendiri,kenap...
-
Tolong Saya Bantu Saya Kembalikan Setting Papan Pemuka Akaun Blog Pesona .Please - Tolong bantu etuza. 1. Bila etuza log in papan pemuka ini yang keluar. Tengok gambar. ini yang terpapar klik ke dua kali hanya catatatn dan tetapan ja ...
-
Principles? - Principles to hold onto one cast a price a pricey one cause it doesn't only deal with you but with people amongst you, yourself, and those who surround your...
-
Be part of our growing community and begin dating today - Create your profile and connect to like-minded people Creating your profile on a black shemale dating site is a great method to connect with like-minded pe...
-
-
-
The perilous journey of a Ring-bearer across the Middle-earth to the Cracks of Doom : A Review of "The Fellowship of the Ring" by J.R.R. Tolkien - *The Fellowship of the Ring * *- J.R.R. Tolkien* *Genre*: Fantasy * Publisher: *Mariner Books * Publication date: *September 18th, 2012 (First published J...
-
-
-
fasa 25 tahun - I have to say that at this moment, being at the age of 25 years old is the hardest phase of all. namun bila difikirkan semula, tiada fasa sebelu...
-
Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang, Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang - Detik waktu kelahiran seorang bayi dihiasi tangis Nyaring berkumandang menyapa telinga ibu, lalu melonjak hati ibu penawar sakit dan lesu Lalu bermulalah s...
-
-
Blog baru - Salam Blog ini sudah tidak di'update' Kunjungi blog baru DI SINI
-
8Share (Cash Out kali Ke 2) - Alhamdulillah masih diberikan peluang utk bernafas dan menyambut aidilifitri bersama keluarga tahun ni.. Kepada saudara mara, kawan2, guru2, jiran2, dan...
-
Salam Maal Hijrah - Alhamdulillah sampai juga kite ke tahun 1431H dengan izin Allah..Diharapkan taun nie akan menjadi turning point aku untuk berubah n dapt tinggalkan peranga...
-
Terlalu Memilih? - Jumaat 2.16 Pagi 16 Oktober 2015 Assalamu'alaikum w.b.t... Bila umur meningkat, mulalah ada rasa keinginan untuk bina rumah tangga. Yang sudah ada pasangan...
-
Demi masa - Tahun baru menjelang tiba. Hari dan waktu terus datang dan pergi. Tatkala kita mengharapkan ianya berlalu dengan cepat, tiada siapa mampu menghalang kedata...
-
^^ Online Streaming - Little Baby Disciples: Vol 2 - Psalm 23 The Lord Is My Shepherd - *Online Streaming Little Baby Disciples: Vol 2 - Psalm 23 The Lord Is My Shepherd* Little Baby Disciples is a rich, musical way to introduce babi...
-
-
There is still a long journey - Sebenarnya panjang yang dah aku type tapi aku delete sebab it seems useless sebab post tu lebih kepada luahan perasaan. Luahan perasaan yang motifnya untu...
-
SALAM EIDULFITRI - HUTANG - Dalam sirah Rasulullah SAW pernah Baginda duduk semasa jenazah diletakkan dihadapan Baginda untuk disembahyangkan. Baginda SAW mengangkat kepalanya ke...
-
Salam Maal Hijrah 1448H - [image: Maal Hijrah 1448H] Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat blogger. Kita bertemu kembali di dunia blogger. Agar lama Na...
-
-
Lama Rasa Tak Menjenguk - Assalamualaikum.. Haiii~ Ada lagi ka yang sudi baca blog sy ni. Bersawang sungguh. Mood nak menaip berkobar kobar je tp kekangan mas atu kan hem.. Ok sekrg...
-
New KHAR's Blog - click here: http://mykhar.wordpress.com/
-
Al Quran Idol Di China - http://www.youtube.com/watch?v=OTHcu8dQ8BEendofvid [starttext] Subhanallah.. kita menyangka china negara bukan islam.. tetapi kepadatan penduduk islam mele...
-
Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom - Novel ini menduduki no 1 Carta Bestseller di POPULAR - Rujukan Akhbar Berita Harian 24 Februari 2012PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung ti...
-
-
11pc to study Science, Maths in English - 11pc to study Science, Maths in English By MASAMI MUSTAZA KUALA LUMPUR, masamimustaza@nst.com.my KUALA LUMPUR: One student in nine — or slightly more than ...
-
Validity and reliability - *VALIDITY AND RELIABILITY* *Definition of Validity* Validity refers to the appropriateness of the interpretation of the results and not to the test itself...
-
Nabi Ibrahim, Sarah & Raja zalim - Imam al-Bukhari (2217) : “Nabi SAW bersabda: "Nabi Ibrahim AS berhijrah bersama isterinya Sarah lalu memasuki satu kampung yang dipimpin ...
-
Taklimat Frog VLE - hari ini hari sabtu.. kena hadir taklimat frog VLE kat sekolah pukul 8 pagi - 2 petang.. SELAMAT BERTAKLIMAT BUAT SEMUA GURU SMK LUNAS..
-
ADIK KENA APPENDIX - Lama dah nak tulis pasal ni. selalu je tangguh.. hari ni datang kerajinan tu.. 6/03/2015. Hari jumaat macam biasa la aku keluar-keluar makan dengan umi.. m...
-
-
David Bowie, Inspiration Diane Von Furstenberg at New York Fashion Week - The glamor and elegance seen in the collection of Diane Von Furstenberg (DVF) in New York Fashion Week 2013, on Sunday (10/02/103) local time. In performan...
-
the missing ribs! - *intro :* *Hawa* diciptakan daripada tulang rusuk *Adam* kerana ketika itu, Adam kesunyian dan Allah s.w.t menurunkan teman buat Adam dan ianya diciptakan...
-
AUKU akan Melahirkan Pemimpin yang Lesu dan Punah - Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang masih lagi memberi nafas kehidupan dalam Iman dan Islam kepada saya. Sesungguhnya tidak ternilai nikmat Allah i...
-
JaDilah ManuSia BersyUkur - UMAT Islam masa kini perlu memperbanyakkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana ia adalah tanda keteguhan iman di atas segala nikmat kurniaan-Nya yang tidak...
-
Apa yang Kamu Tahu? - Pada saya, merasa bersalah adalah suatu bentuk hukuman yang sangat berat. Merasa bersalah boleh buat hidup saya jadi tak keruan. Merasa bersalah boleh buat...
-
"Kerana Aku Wanita" - kerana aku wanita pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku kerana aku wanita ingin disayangi itu fitrah diriku kerana aku wanita mudah terpikat dengan...
-
-
-
perjalanan hidup yg gemilang - salam ukhuwah.... setiap anak Adam terciptakan oleh Ilahi adalah disebabkan untuk dijadikan khalifah dimuka bumi Allah, yang mana bertanggungjawab untuk me...
-
PHD Hadith VS kitab-kitab Hadith - سم الله الرحمن الرحيم الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه واتبع هداه أما بعد Mereka yang hanya melihat dua kitab hadith Buk...
-
Hello world! - Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start writing!
-
-
-
Diharamkan Mengumpat - عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ ...
-
Menghilangkan Daging Tumbuh Di Leher - [image: Menghilangkan daging tumbuh di leher] Menghilangkan daging tumbuh di leher Cara menghilangkan daging tumbuh secara alami - Bawang putih. Halu...
-
-
-
-
ISRA' MIKRAJ DAN HARI INI - Assalamualaikum Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang SubhanAllah Pertama sekali,sudi saya menjelaskan,penulisan ini tidak akan menyen...
-
MEMOIR LONDON (3) - Antara kenangan yang paling kuat dan selalu bermain-main dalam renungan saya adalah ketika pertama kali berpuasa dan beraya di London. Masih ingat seawal t...
-
Tentatif Kursus Pengukuhan Diri Melalui Penghayatan Ibadah Solat - *Jumaat - 19 OGOS 2011 / 19 RAMADHAN 1432H* 8.15 – 8.30 pagi : Peserta mengambil tempat 8.30 – 10.45 pagi : *Slot 1* Tajuk : *Menghayati Sifat Ibadah So...
-
Features of Ohio State Buckeyes Logo Tree Face - Standing out in the market, these are the factors that makeOhio State Buckeyes Logo Tree Face this way Even though there are many other similar products in...
-
Validity and Reliability - Validity & Reliability">
-
-
مَنْ صَبَرَ ظَفِرَ - ‘Sometimes I win.. and Sometimes I lost.. but not the two word I worry.. but how I handle both of the condition it self.. am I good enough??.. Allah Hu...
-
MAS provide flight A380 Brisbane-KUL - Malaysia Airlines will introduce its all-new Airbus A330-300 onto Brisbane-Kuala Lumpur flights from April 20th.MAS has fifteen factory-fresh A330s on orde...
-
-
-
My Ex-Jahiliyyah - *Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang* *Jahiliyyah VS Islamiyyah* *Aku Yang Dulu,* *Bukan Yang Sekarang,* *Dulu Ditendang,* *Sekarang...
-
Pesan Sifu - *Pesan Sifu* Berfikir-fikir mengenai rungutan diri yang selalu suka 'dipersembahkan' kepada orang lain, menimbulkan provokasi apabila kemahuan peribadi tid...
-
IKHLAS - Orang yang IKHLAS, akan tenang dan senang dalam melaksanakan sesuatu perkara, kerana dia mempunyai hanya ada satu ‘hati’ untuk dijaga dan diberi perhatian...
-
-
S.A.B.A.R - Yakinkan aku Ya Allah, aku mampu bersabar..
-
Pendidik mendidik terdidik dan dididik - Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum wbt terasa lama sangat tak uodate belog seindah muslimah ni..hakikat hidup di dunia yang tak pernah lekang dari k...
-
Sultan Muhammad V letak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong. - Sultan Muhammad V Sultan Muhammad V letak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong. Akhirnya desas desus dan khabar angin yang berlegar di media sosial kini...
-
Cerpen: Gerimis Cinta - Maaf kerana lama menyepi. Sebagai gantinya, saya tulis satu cerpen. Inspirasi daripada cuaca pagi yang mendung bergerimis. Genre cerpen yang belum pernah say...
-
-
nasihat kepada lidah - Wahai saudaraku lidah, Allah menjadikan engkau mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan sifat petahmu. Walaupun fizikalmu lembut, tetapi jenayahmu he...
-
sekadar luahan dariku - ku luahkan jiwa yang terpendam menitis air mata ini memikirkan cintaNya ku luahkan bukan kerana aku pemuja perasaan tetapi ku luahkan kerana jiwaku sengsa...
-
-
"Anugerah sekebun bunga dari taman iman; inilah kebahagiaan sebenar" - *BUNGA KEBAHAGIAAN* *Kau yang menciptakan cinta.. dan Kau jua yang menghampar bahagia…Di ribaan Mu terhimpun harapan ..impian tulus setiap insan..Ka...
-
TAHNIAH PMR FARIS PETRA 2011 - Rasa macam dah lama gila aku tinggalkan sekolah. huhu. here's the big list. 1 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA 2 SM SAINS TELUK INTAN 3 KOLEJ TUNKU KU...
-
BERSIH 3.0 -Summary & Pictures - 1) Some people arrived during midnight, they stay at hotel or on the street near Dataran Merdeka. 2) Police block most traffic into KL center, people sa...
-
Sekilas 52 - Mengapa Mahhaj Wahabi Di Tentang (3) - Mengenai Peminta Dan Pendokong Wahabi - Bagi siri yang ketiga ini ingin saya kongsikan, kenapa Manhaj Wahabi ini ditolak oleh tuan-tuan guru kita terdahulu. Saya mulakan dengan saya ulangi bebe...
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran - Salam, ustaz baru-baru ni heboh pasai Tun cakap hudud tak wajib ke atas orang Islam sebab tiada dalam al-Quran katanya hanya kata-kata ahli fiqah saja. A...
-
-
Lost - ~ are we lost, or are we just wandering? ~
-
11 amalan terbalik di Malaysia - *Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik at...
-
10 Tips ringkas menjadi Isteri solehah.. - 1) "Jalinkan hubungan dengan suamimu penuh ketaatan, perhatikan tempat menjadi kesenangannya dan jangan sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk ata...
-
Link ke Blog baru - Assalamualaikum wbt : http://akumilikallahselamanya.blogspot.com/
-
-
Floral Mask by Dian Pixy ♥ - *KEISTIMEWAAN UTAMA PRODUK* Mask (peel off) yang berwarna 'purple' dengan haruman lavender merupakan satu - satunya dalam pasaran Malaysia. 99.99% pasara...
-
tahniah untukmu sahabat kesayanganku... - بسم الله الرحمن الرحيم alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt, yang mentadbir sekalian alam..syukur dengan izin Nya, saya masih bernafas hingga saat in...
-
-

