Pages

Rintihan Taubat 3

Wednesday, April 6, 2011



Agar taubat seseorang itu diterima, maka dia harus memenuhi tiga hal iaitu:

(1) Menyesal
(2) Berhenti dari dosa
(3) Bertekad untuk tidak mengulanginya.


Taubat tidaklah ada tanpa didahului oleh penyesalan terhadap dosa yang dikerjakan. Barang siapa yang tidak menyesal maka menunjukkan bahwa ia senang dengan perbuatan tersebut dan menjadi indikasi bahwa ia akan terus menerus melakukannya. Akankah kita percaya bahwa seseorang itu bertaubat sementara dia dengan reda masih terus melakukan perbuatan dosa tersebut? Hendaklah ia membangun tekad yang kuat di atas keikhlasan, kesungguhan niat serta tidak main-main.



Rintihan taubatku ya Allah




Al-Quran menjelaskan bahawa Allah Maha Pengasih, Penyayang dan Maha Pengampun yang sentiasa mengampunkan segala dosa hambaNya yang mahu bertaubat. FirmanNya lagi:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِيْنَ اَسْرَفُوْا عَلَى اَنْفُسِهِمْ لاَ تَقْنَطُوْا مِنْ رَحْمَةِ اللهِ اِنَّ اللهَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ جَمِيْعًا اِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمِ ، وَاَنِيْبُوْا اِلَى رَبِّكُمْ وَاَسْلِمُوْا لَهُ مِنْ قَبْلِ اَنْ يَاْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لاَ تُنْصَرُوْنَ.


“Katakanlah! Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnyanya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)”(Surah Az-Zumar :53)

Allah menjanjikan rahmat dan pengampunan dari semua dosa kepada hambaNya yang bertaubat. Allah Subhanahu wa-Ta’ala pula bertanya mengapa kamu tidak mahu bertaubat sedangkan taubat adalah amalan yang mulia di sisiNya sebagaimana firmanNya:

اَفَلاَ يَتُوْبُوْنَ اِلَى اللهِ وَيَسْتَغْفِرُوْنَهُ وَاللهُ غَفُوْرٌرَحِيْمٌ.

“Maka mengapa mereka tidak mahu bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Surah Al-Maidah : 74)

وَرَبُّكَ الْغَفُوْرُ ذُوْ الرَّحْمَةِ
“ Dan Tuhanmu Maha Pengampun lagi melimpah-limpah rahmatNya”

(Surah Al-Kahfi : 58)


EXAM MODE

Tuesday, April 5, 2011




BERTENANG....BERTENANG....



1. Ambil wudhu dan mulakan analisa diri secara telus dan tulus

• Keikhlasan niat dan perbuatan

• Usaha yang tersusun dan berterusan

• Kefahaman akan konsep usaha dan tawakal

• Kefahaman terhadap keperluan dan pergantungan kepada Allah

2. Memahami bacaan dalam solat dan zikir al-mathurat sebagai contohnya ayat 286 surah Al-Baqarah

:

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."


Doa ini ialah doa yang sering diamalkan oleh Rasulullah saw sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Tirmizi. Lafaz doa serta maksud ialah :

اللَّهُمَّ انْفَعْنِي بِمَا عَلَّمْتَنِي ،

Ya Allah, Berikanlah manfaat kepadaku dengan ilmu yang Engkau kurniakan kepadaku

وَعَلِّمْنِي مَا يَنْفَعُنِي ،

Dan ajarkan aku apa yang bermanfaat untukku

وَزِدْنِي عِلْماً وَالحَمْدُ للهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

Dan tambahkan ilmu kepadaku dan segala puji untuk Allah pada

setiap keadaan



MINDA-MINDA YANG PERLU ADA DALAM DIRI KITA....


MINDA PERTAMA : SENTIASA INGIN BERJAYA

MINDA KEDUA : SENTIASA POSITIF

MINDA KETIGA : SENTIASA KREATIF

MINDA KEEMPAT : TIDAK LEKA

MINDA KELIMA : BANGKIT, BERJUANG DAN MENANG!!!



Mohd Faris Irsyad...kehadiranmu membawa bahagia

Tuesday, March 22, 2011



Anak buah pertama saya......=)

hari yang tak terduga oleh ana..sewaktu dalam bas, untuk pulang ke kolej( KHAR), bunda ana telefon...subhanallah!! Allahuakbar!!! Alhamdulillah!!! kakak ana selamat melahirkan bayi lelaki yang comel....

MUHD FARIS IRSYAD,...ni pilihan abi+ummi die...tapi ana tolong carikan maksudnyer....

faris - penunggang kuda, boleh ditakrifkan sebagai pemuda yang berani, bersemangat, insyaAllah mujahid yg menegakkan agama Islam!!
irsyad - pedoman, moge2 anak buah ana dapat jadi contoh teladan yang baik...amin


doaku untuk MUhd Faris Irsyad.....

ya Allah, jadikanlah dia anak yang soleh, beriman dan bertaqwa padaMu..dekatkan dirinya padaMu, semoga dia bakal menjadi mujahid yang gigih berusaha, kental dan berani dalam menegakkan agama Allah...amin....

sungguh gembira di hati ana pada ketika ini..ALHAMDULILLAH WA SYUKURILLAH....

pesanan ulama'

Tuesday, March 15, 2011




assalamualaikum wbt...entri kali ini ana ingin berkongsi sesuatu yang sudah lama sebenarnya, tetapi isinya sangat2 bagus dan mantap..MESTI DIBACA oleh semua yang bergelar hamba Allah..semoga kita semua beroleh manfaat darinya......selamat menimba mutiara ilmu....

Petikan ucapan YAB Dato' MB Kelantan semasa melancarkan kumpulan dikir barat Sri Halaqat di Balai Islam Lundang pada 27 April 2010

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” – Surah al-Nahl, ayat 125.

Dakwah merupakan satu kewajipan yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim. Sesungguhnya tiang kepada Islam ini telah ditegakkan dengan usaha dakwah generasi yang terdahulu lalu disambung oleh generasi yang terkemudian. Ayat di atas mengajar bahawa dakwah perlu dilaksanakan dengan tiga cara iaitu pertama dengan hikmah iaitu kebijaksanaan seterusnya mauizah iaitu peringatan dan akhirnya dengan mujadalah iaitu perdebatan dan perbahasan yang baik. Di atas tiga tonggak inilah, dakwah tertegak dari zaman risalah nubuwwah yang pertama hinggalah ke zaman kita pada hari ini.
Kita menyaksikan bagaimana usaha-usaha dakwah mengajak manusia untuk mengenali Islam biasanya dilakukan melalui lisan dan tulisan. Para nabi tentunya menggunakan lisan sebagai satu senjata penting untuk mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, nabi-nabi diutuskan dengan bahasa kaum mereka sendiri. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya dia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka.” –Surah Ibrahim, ayat 4.

Selain lisan, para ulama juga telah menerokai bidang penulisan di dalam menyebarkan dakwah mereka. Dalam apa jua bidang ilmu kita akan mendapati pusaka peninggalan para ulama yang telah mendahului kita sebelum ini. Demikian juga buku-buku yang telah menggoncang dunia dengann pemikiran yang lahir dari jiwa yang tulus dan ikhlas menjadi senjata yang sangat ampuh di dalam mempertahankan Islam. Buku Maalim fi a-Toriq dan tafsir fi zilalilquran contohnya yang dikarang oleh Syed Qutb sangat mendatangkan kesan bahkan diterjemah ke pelbagai bahasa dan dicetak dengan jutaan naskhah ke seluruh dunia.
Hari ini, dakwah sepatutnya memasuki era baru. Bidang hiburan yang sebelum ini diterokai oleh orang-orang Barat untuk menyebarkan fahaman mereka kini mula digunakan oleh orang-orang Islam untuk menyampaikan mesej dakwah. Jika sebelum ini Islam dilihat sebagai sebuah agama yang berbentuk ritual ibadah semata-mata, kini tanggapan-tanggapan sedemikian semakin beransur hilang. Kita telah menyaksikan kebangkitan kumpulan-kumpulan nasyid yang menggarap lagu-lagu memuji Allah SWT serta menyebut ajaran-ajaran Islam yang semakin memupuk minat anak-anak muda khususnya mendalami dan mempelajari Islam.
Hakikatnya, Islam tidak pernah menolak hiburan. Manusia dibenarkaan untuk berhibur dengan kadar yang tidak melangar syariat. Memisahkan Islam dari hiburan merupakan salah satu ajaran sekular seperti juga memisahkan Islam dari politik pemerintahan. Jiwa manusia memerlukan masa berhibur agar tidak menjadi jiwa yang keras dan mati. Saya sendiri, dengan melihat tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok dan buah-buahan menjadi hiburan kepada saya. Sesetengah individu berhibur dengan bersukan, menyanyi dan sebagainya.
Pada asasnya, inilah fitrah manusia. Di zaman Jahiliyyah, manusia berhibur dengan menggunakan syair. Syair-syair yang dipanggil muallaqat itu dikarang dengan menggunakan bahasa yang cukup baik yang digantung di dinding Kaabah dan telah diperdengarkan di pasar Ukaz. Nama-nama seperti Imruul Qais, Zuhair bin Abi Sulma, ‘Antarah bin Syaddad, Torofah bin al-‘Abd merupakan di antara tokoh-tokoh penyair yang terkenal di zaman Jahiliyyah. Kedatangan Rasulullah SAW membawa dakwah Islam tidak mengharamkan syair sebagai satu hiburan, bahkan digunakan syair pula untuk menyebarkan dakwah. Lalu lahirlah tokoh-tokoh seperti Hassan bin Thabit, Abdullah bin Rawahah, Ka’ab bin Malik dan Ka’ab bin Zuhair. Mereka menyusun syair-syair dengan gaya bahasa yang menarik untuk mempertahankan Islam dan menyebarkan kefahaman yang sebenar kepada masyarakat.
Oleh yang demikian, perlulah untuk kita sentiasa memahami bahawa Islam tidak pernah menolak hiburan. Apa yang ditolak hanyalah hiburan yang menjadikan pendengarnya lalai dari mengingati Allah SWT. Manakala hiburan yang tidak mempunyai unsur-unsur yang menyesatkan, dibenarkan bahkan digalakkan dengan tujuan memandu manusia kepada kebaikan.
Oleh yang demikian, amatlah pelik jika ada yang menolak Islam dan mengambil ajaran-ajaran lain yang direka-reka oleh manusia menjadi pegangan mereka. Aliran-aliran yang bertentangan dengan Islam seperti sosialis, kapitalis, komunis bahkan sekular sekalipun telah terbukti gagal untuk membawa kebahagiaan kepada hidup manusia walaupun sepintas lalu dilihat baik. Bagaimana mungkin ajaran Islam ini tidak sempurna sedangkan ia datang daripada Allah SWT yang merupakan Pencipta kepada seluruh alam ini
Menyedari hakikat inilah, saya mencetuskan idea dengan mencadangkan kepada Unit Dakwah Halaqat untuk menubuhkan kumpulan dikir barat yang turut dianggotai oleh penggerak-penggerak Halaqat. Mereka ini di tengah-tengah masyarakat dikenali sebagai ustaz atau tok lebai, kali ini akan berdikir barat sebagai salah satu wasilah dakwah. Kita ingin supaya masyarakat melihat bahawa tugas dakwah seorang ahli agama bukanlah hanya di masjid-masjid atau madrasah, tetapi juga turut bergerak di tengah-tengah umat, mendalami permasalahan masyarakat yang sebenar dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Sehubungan dengan itu, saya turut mencadangkan agar para pendakwah turut meneroka kaedah-kaedah lain di dalam menyampaikan mesej dakwah. Selain masjid dan madrasah yang menjadi lokasi biasa para pendakwah, tempat-tempat seperti kedai-kedai kopi, padang-padang permainan, pusat-pusat membeli-belah dan sebagainya seharusnya turut menjadi sasaran pendakwah untuk menyampaikan risalah Islam. Pendakwah juga sepatutnya menghidupkan semula budaya ziarah menziarahi yang kian puput di kalangan masyarakat. Mereka yang menerima sentuhan ziarah pendakwah akan lebih mudah diikat dengan aktiviti-aktiviti keagamaan seterusnya memimpin mereka ke jalan yang benar.
Saya mengucapkan tahniah kepada jabatan Hal Ehwal Agama Islam khususnya Unit Halaqat yang telah berjaya menubuhkan pasukan dikir barat sri halaqat ini. Semoga dikir yang dialunkan nanti boleh memupuk fikir seterusya menjadi zikir yang mendekatkan diri pendengar kepada Allah SWT.
Semoga setiap amalan yang kita lakukan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

Ciri-ciri Wanita Syurga

Thursday, March 10, 2011



Ciri-ciri Wanita Syurga

Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Surga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Di antara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah :

01Bertakwa

02Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk

03Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu

04Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

05Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

06Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata

07Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

08Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki

09Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia

11Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk

12Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah)

13Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14Berbakti kepada kedua orang tua

15Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh

Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang kami sadur dari kitab Majmu' Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

" ... dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar." (An Nisa' : 13)

-Artikel iluvislam.com

TIPS BELAJAR

Monday, March 7, 2011




8 sebab mudah lupa ilmu yang dipelajari :

· Kekeruhan dosa, kotoran dalam hati

· Makan makanan syubhah + haram

· Tidak mendapat keredhaan ibu ayah

· Hiburan yang melampau

· Banyak tidur

· Banyak makan

· Banyak berkhayal

· Tidak hormat guru


TIPS KUAT INGATAN

· Solat 5 waktu jangan tinggal+solat-solat sunat

· Selalu dalam keadaan suci+berwudhu’

· Bertaqwa kepada Allah-sentiasa takut kepada

Allah s.w.t

· Hormati guru @ pensyarah

· Jauhi maksiat

· Berbuat baik terhadap ibu bapa

· Banyakkan berdoa kepada Allah s.w.t

BELAJAR KERANA ALLAH



Bagaimana ingin belajar kerana Allah?

· Niat IKHLAS kerana Allah

“ seseungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kerana Allah s.w.t.

· Ibadah kepada Allah s.w.t

· Msti ada pembimbing

· Ada bekal—taqwa

· Ada senjata—wudhu’

· Ada lampu—zikrullah

· Pendekatan—al-Quran + sunnah

Rasulullah s.a.w

- banyakkan membaca al-Quran

· Cita-cita yg kuat

· Persaudaraan kerana Allah

· Jauhi perbuatan ikut hawa nafsu

· Jauhi perbuatan ikut hawa nafsu

Monday, February 28, 2011



B
UAT TATAPAN SAHABAT2 YANG DIKASIHI...saya ingin berkongsi satu artikel yang sangat menyentuh hati.....

“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.

“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.

Persoalan.

Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?

“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Aneh.

Mencintai insan yang belum ada.

Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.

Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.

Cinta luar biasa.

Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.

SENYUMAN PERPISAHAN

Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.

Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H,

Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.

“Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.

Wajah itu mengubat rindu mereka.

Tiga hari yang hilang warna dan sepi.

Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.

Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.

Sangka mereka itu senyum kesembuhan.

Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…

Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.

“Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.

“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.

Tangan itu rebah terkulai.

Basah dalam bejana air.

Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.

Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.

Merindui saudara-saudaranya.

Kita.

SEBUAH PERTANYAAN CINTA

Justeru…

Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?

Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?

Hati kecil itu tidak mampu berbohong.

Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….

“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]




ABU SAIF @ www.saifulislam.com68000 AMPANG