Pages

CUKUPLAH ALLAH BAGIKU.......

Sunday, August 29, 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


Segala pujian hanyalh untukMu Ya Allah pada pagi ini saya diberi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu setelah sekian lamanya saya membiarkan blog saya bersawang tanpa di'update'...
mohon maaf kerana saya terlalu sibuk dalam semester pengajian kali ini..

pertama, saya ingin mengucapkan tahniah dan takziah buat diri saya sendiri yang kini memegang beberapa jawatan dan tanggungjawab yang fi ra'yi ( pada pandangan saya ) amat menguji hati, emosi dan fizikal saya...namun sahabat2 yang sama dengan saya, kita dipilih bukan terpilih, namun jangan angkuh kerana kita tidak pasti adakah selamanya di sini atau disisih kerana kita sentiasa ditapis...
jujur saya katakan betapa penatnya diri ini, rasa tak kuat bagi saya menghadapi semua ini berseorangan...berat mata memandang berat lagi bahu saya yang memikulnya...namun, Allah amat menyayangi saya..belum sempat saya meneruskan keluhan-keluhan berat saya, Allah cepat-cepat tunjukkan jalan....saya sebenarnya tidak bersendirian..innallaha ma'ana, Allah sentiasa bersama saya, tidak kira masa dan tempat, sentiasa di hati saya...hanya saya sendiri yang perlu mencariNya...perlu benar-benar mengharapkan pertolongan dariNya..pada saat saya terasa lemah, ingin menangis.. saya terasa ingin mengadu padaNya..di sujud akhir, dalam doa saya memanjatkan sepenuh pengharapan saya padaMu ya Allah....tanpaMu aku tiada apa-apa, hanya lah hamba yang lemah...

berbekalkan kekuatan yang tersisa, saya gagahkan diri untuk mengharungi jalan ini..
" wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong ( agama )Allah, nescaya Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu " surah Muhammad : 5
sahabt2 banyak membantu dengan memberikan nasihat dan kata-kata semangat buat saya..sesungguhnya ukhwah ini terasa sangat bermakna...syukran sahabat-sahabat....

ujian dan dugaan yang kita lalui ini tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan ujian yang dihadapi oleh mereka yang terdahulu, nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah...sesungguhnya seseorang mukmin tidak sempuran imannya jika tidak diuji oleh Allah...redhailah, berlapang dadalah...ada hikmah dan rahmat di sebaliknya...

" JIWA SEORANG DA'IE ITU TIDAK RAPUH MALAH MAKIN TEGUH BILA DIUJI, TIDAK GOYAH WALAUPUN PAYAH, TIDAK GENTAR WALAUPUN SUKAR, KADANGKALA HAMPIR TERSUNGKUR, NAMUN JANJI ALLAH MEMBUATKAN SEMANGAT TIDAK LUNTUR..."

ya Allah....kuatkan lah aku ya Allah, tabahkan hatiku ya Allah, ampunilah dosa-dosaku yang menggunung ini ya Allah.....
pergantunganku hanyalah padaMU...aku tidak berdaya tanpaMu...

Tuesday, August 3, 2010




DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG...


Salam buat sahabat-sahabiahku sekalian...maaf kerana sudah lama saya tak update blog ini..atas sebab kekangan waktu saya di UPSI..insyaAllah saya akan terus bersama antum untuk kita sama-sama berkongsi ilmu...sempena Ramadhan yang akan menjelma insyaAllah pada minggu hadapan, saya ingin berkongsi satu artikel dari iluvislam yang pada saya cukup bermakna buat kita untuk membuat persediaan menyambut bulan mulia ini...

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN!!!!!!


Kurang daripada seminggu lagi, umat Islam di seluruh pelusuk dunia akan menyambut kedatangan bulan yang paling mulia, Ramadan Al-Mubarak. Bicara soal sambut-menyambut tentulah perlu ada persiapannya. Sepertimana kita hendak menyambut kedatangan YB ke tempat kita. Mungkin ketika ini ramai orang sudah membuat persiapan bagi menyambut ketibaan Ramadan. Namun, persoalannya bagaimanakah persediaan itu?

Persiapan yang mesti dibuat hendaklah merangkumi persiapan fizikal, mental dan ruhani untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak.


Apakah persiapan fizikal?

Persiapan fizikal bukanlah "pulun" habis-habisan sebelum menyambut Ramadhan. Bukannya memastikan perut mampu bertahan menghadapi Ramadhan dengan bekalan makanan yang menjadi isi perut sehingga bertambah beberapa kilogram berat badan!

Persiapan fizikal ialah melatih diri berpuasa. Sebagaimana kita perlu warming up atau stretching dahulu sebelum masuk gelanggang. Hal ini bagi memastikan kita bersedia dan biasa dengan keadaan berpuasa. Menahan lapar dan dahaga dan banyak mengerjakan amal soleh. Bahkan, berpuasa pada bulan Rejab dan Syaaban amat digalakkan dalam Islam. Sunat. Rasulullah tidak pernah berpuasa lebih banyak pada bulan lain melainkan Syaaban. Kita hendaklah memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan yang baik supaya mampu berpuasa dengan sempurna. Alangkah ruginya jika kita mendapat sakit di bulan Ramadan sedang orang lain ralit berpesta ibadah. Sudahlah bulan lain tidak banyak amalan kita. Malangnya, bulan yang digandakan pahala ini juga kita tidak dapat mengerjakannya. Apa lagi yang ada pada kita untuk berdepan dengan Allah di hari Akhirat?


Persiapan yang kedua ialah akal.

Persiapan akal ialah kita sudah bersedia dengan ilmu. Ramai orang berpuasa tetapi punyai ragu-ragu dalam berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan. Ada yang tidak mengetahui apakah ibadah-ibadah yang afdal di bulan ini. Inilah perlunya persiapan ilmu. Lebih teruk lagi, ada yang melakukan persiapan untuk menghadapi hari-hari puasanya yang tentunya banyak masa lapang dengan membeli DVD pelbagai cerita; cerita Korea, Hindustan, Sepanyol, Amerika, cerita lawak dan entah apa-apa cerita lagi. Supaya diri tidak merasa bosan sementara menunggu waktu berbuka. Inilah yang diisi dalam kepala otak mereka!

Alangkah baiknya jika ia diisi dengan ilmu ukhrawi dan ilmu duniawi yang bermanfaat. Hari ini pelbagai jenama penerbit buku telah mengambil inisiatif untuk highlight buku-buku yang khusus bagi bulan-bulan tertentu. Contohnya bulan Ramadan bakal tiba ini, ada flyers khusus senarai buku-buku berkaitan Ramadan. Ada juga kedai buku yang membuat rak khas buku-buku Ramadan. MasyaAllah...Betapa baiknya jika kita hadam buku-buku itu di siang hari sepanjang Ramadan. Bukan saja dapat mengisi masa yang terluang, manfaat ilmu dan pahala juga kita peroleh.

Persiapan mental yang paling utama ialah setkan matlamat bahawa kita berpuasa ini untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa!

Yang dikatakan persiapan ruhani itu adalah mendidik nafsu kita.

Latihlah diri untuk mula bangun awal supaya dapat bersahur. Bukan untuk kekuatan di siang hari tetapi ia juga adalah suatu ibadah. Paling baik bangun lebih awal sedikit supaya sempat berqiamulail sekurang-kurangnya solat sunat Tahajud dan sunat Taubat. Giatkan lagi pembacaan al-Quran supaya lebih fasih dan tidak terasa berat untuk membaca lebih banyak di bulan Ramadhan. Perbanyakkan amalan sedekah di bulan Ramadan. Kalau boleh buat satu checklist harian atau jadual supaya kita boleh mendisiplinkan diri dengan rutin ibadah dan memastikan kita tidak meninggalkan nikmat beribadah di bulan yang mulia ini.

akhir sekali, saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK..
semoga Ramadhan pada kali ini memberikan kita seribu satu keberkatan, keinsafan dan kenikmatan dalam beribadah kepada Allah s.w.t..