Pages

mUtiAra KaTa ~ Jangan Bersedih ~

Sunday, September 18, 2011



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Salamun alaik sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian...

entry kali ini ana ingin sekali berkongsi bersama antum

beberapa koleksi mutiara kata Jangan Bersedih nukilan Dr Aidh Abdullah Al-Qarni..




>> Ibadah adalah kebahagiaan, kesolehan adalah keberhasilan, dan siapa yang terus berzikir, sentiasa beristighfar dan memperbanyakkan doa, maka ia adalah seorang hamba Allah yang soleh..

>> jauhilah sifat cemas dan bimbang kerana ia racun. hindarilah sifat mudah menyerah kerana ia kebinasaan. buanglah jauh-jauh sifat malas kerana ia menjerumuskan kepada kegagalan. hindarilah sikap tidak iltizam, baik dalam berkata mahupun berbuat kerana sesungguhnya ia bersumber dari rendahnya kawalan diri.

>> sembahyang di malam hari adalah keagungan siang hari , senang memberikan kepada orang lain adalah satu bentuk kebersihan hati dan menunggu pertolongan dari Allah adalah ibadah

>>dalam musibah itu terdapat empat seni iaitu mencari pahala dari Allah, berkawan dengan kesabaran, berzikir dengan baik, dan menunggu kelembutan dari Allah s.w.t

>> kematian hati seseorang itu dapat diketahui ketika ia meninggalkan ibadah, senang melakukan dosa, tidak peduli dengan sebutan yang buruk, merasa aman dari kemurkaan Allah, dan mencela orang-orang soleh.

>> kirimkan surat pengharapanmu di tengah keheningan malam. jadikan air matamu sebagai dakwatnya, kedua pipi sebagai kertasnya, kepasrahannnya sebagai setemnya, dan Arasy Illahi sebagai alamatnya. setelah itu tunggulah jawapannnya.

>> siapakah yang dapat mengabulkan permintaan orang yang sedang diintai bahaya? siapakah yang menyelamatkan seseorang hampir tenggelam ketika ia berteriak meminta tolong? siapakah yang akan menghilangkan kesempitan dan penderitaan? Dialah ALLAH s.w.t!




* special syukran dedicated to my roomate, Fatinah..syukran ukhti bagi pinjam buku..ana uhibbukifillah !! =)

1 comments:

raja iffah said...

nita..windu giler lah..
epah ni..knal x???
epah ade blog gak..
t fllow tau:)

Post a Comment