Pages

bila Fatimah bertasbih

Friday, July 2, 2010


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala pujian bagi Allah s.w.t yang menciptakan segala apa yang ada di langit dan bumi serta segala isinya..Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga, serta para sahabat baginda..

Fatimah Az-Zahra ialah seorang puteri Nabi Muhammad s.a.w..anak bongsu Nabi Muhammad dan Saidatina Khadijah binti Khuwailid..
Fatimah merupakan puteri kesayangan baginda, wanita yang paling dikasihi oleh Allah s.w.t dan Rasul-Nya..

Rasulullah s.a.w bersabda, " Fatimah adalah sebahagian dari diriku, siapa yang membuatnya marah bererti membuatku marah. Dan nescaya Allah marah jika engkau (Fatimah )marah, dan redha atas keredhaanmu"

Ringkasnya, Fatimah Az-Zahra merupaka wanita syurga, wanita sempurna, baik sebagai anak, isteri, ibu mahupun sebagai dirinya sendiri. Dia ialah tauladan buat kaum wanita sepanjang zaman.


Fatimah bin Muhammad telah dikahwinkan dengan Saidina Ali bin Talib Karamallahuwajhah oleh Rasulullah s.a.w..

Rasulullah pernah berkata kepada Saidina Ali,
" Bergembiralah kamu . Sebenarnya Allah telah menikahkan kamu dengannya( Fatimah ) sebelum aku menikahkan kamu di bumi ini.

Kehidupan Fatimah Az-Zahra bersama Saidina Ali Karamallahuwajhah melalui kehidupan berumah tangga dengan penuh kesederhanaan kerana tiada kekayaan yang mereka mahukan di dunia ini. Kemewahan yang mereka dambakan ialah keimanan dan kasih sayang. Saidina Ali hanya bekerja dengan menimba air dan upahnya hanyalah buah kurma.. Fatimah melakukan pekerjaan mengangkat air, menggiling lada menggunakan penggiling sehingga tangannya bengkak, membersihkan rumah. Mereka sama-sama melakukan segala pekerjaan sendiri. Pada suatu hari, Fatimah berjumpa dengan ayahandanya yang tercinta untuk meminta seorang pembantu.
Maka Rasulullah s.a.w berkata" Kalian hendak aku mengajarkan tentang sesuatu yang lebih baik bagi kalian jika dibandingkan dengan seorang pelayan?
Apabila kamu hendak masuk tidur, bacalah tasbih( Subhanallah ) sebanyak 33 kali, tahmid (Alhamdulillah ) 33 kali, dan takbir ( Allahuakbar) 33 kali. semuanya berjumlah seratus dalam ucapan dan seribu kebaikan dalam timbangan" Fatimah berkata " Aku sangat senang dengan apa-apa yang datang dari Allah dan Rasul-Nya"

Daripada sirah ini, kita boleh mengambil banyak pengajaran. Fatimah, puteri Rasulullah s.a.w menjadikan tasbih sebagai kekuatannya.
Hidup kita akan sentiasa dilimpahi rahmat Allah apabila lidah sentiasa basah mengingati Allah..
Sama-samalah kita mengambil pengajaran dari kisah hidup puteri kesayangan Rasulullah s.a.w..Semoga kita dapat mengamalkan tasbih dan zikir kepada Allah kerana dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang..

sekian, wallahualam.



0 comments:

Post a Comment