Pages

Ramadhan 1431H bakal berlalu pergi....

Thursday, September 9, 2010


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...apa khabar iman kita hari ini?

terdetik di hati saya untuk menulis sedikit luahan di ruangan ini...........sebak di dada, sayu di hati memikirkan tinggal beberapa jam sahaja lagi..........
Ramadhan 1431H ini bakal melabuhkan tirainya...........

pertanyaan terbit di benak fikiran...
bisakah aku mengecap nikmat bersamamu ya Ramadhan sekali lagi? bagaimanakah amal ibadahku sepanjang ramadhan ini? cukupkah? ikhlaskah aku dalam mengerjakannya? sudah berapa banyakkah helaian kitab Allah yang kutatap dan baca setiap hari? berapa kalikah aku sujud di tikar sejadah menghadapMu ya Allah di sepertiga malam, ku menyerahkan diriku kepadaMu ya Allah, mengadu setiap masalah ku?


ya Allah..sebak di dadaku mengenangkannya.......betapa betimbun dosa-dosaku......namun, aku mengharapkan maghfirahMU ya Allah..terimalah taubatku, ampunilah dosa-dosaku........dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai..dengan rahmatMu ampunkan aku ya Tuhanku.....

tiada bulan seindahmu RAMADHAN...wahai sahabatku, ..di kala ini...manusia sibuk untuk berhari raya..janganlah kita lalai dan leka...
hari ini..hari terakhir di mana syaitan laknatullah dipenjara...hari terakhir di mana seksaan kubur akan bermula...hari terakhir pahala dilipat ganda..............

semoga segala tarbiyyah di bulan barakah ini tetap tersemat di hati kita, terus mekar dan diamalkan sepanjang hidup yang sementara di dunia ini....
semoga kita terus istiqamah dalam mengerjakan amal ibadat yang kita lakukan sewaktu dalam bulan Ramadhan...........

tadarrus al-Quran, qiamullail, tahajjud, solat witir, solat sunat, solat sunat dhuha, bersedekah, menjaga tutur kata dan akhlak, serta pandangan, berzikir...

semoga Allah menerima segala malan mulia kita sepanjang tarbiyyah Ramadhan ini..dan selamat menyambut kedatangan aidilfitri ...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN
semoga kita sentiasa dilimpahi rahmat kasih sayang Allah s.w.t...amin2..
maaf atas sgla kekhilafan saya spnjg bersahabat dengan antum..

............ilalliqo', salam perjuangan...........

ikhlas dari,
Nita,
ijazah sarjana muda pendidikan sains ( AT16 )
Universiti Pendidikan Sultan Idris .


0 comments:

Post a Comment