Pages

exam makin qorib(dekat)

Tuesday, October 12, 2010

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

Assalamualaikum wbt buat sahabat-sahabiah..

setinggi-tinggi kesyukuran kita sama2 panjatkan kepada Allah dengan segala nikmat kurniaanNya yang tidak pernah boleh terhitung oleh kita sehinggalah kita dapat bernafas pada hari ini..alhamdulillah ya Allah!! Selawat dan salam atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w...

Kita sentiasa berusaha untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa, bersyukur dan beriman kerana tidak akan berganjak kaki seorang anak Adam di padang mahsyar kelak, jika dia tidak disoal tentang umurnya,untuk apa dia telah gunakan, ilmunya apa yang dia lakukan dengannya, dan juga harta untuk apa dia habiskan selama hidupnya....

“Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, hanya kepada Dialah aku bertawakkal, Dialah pemilik arasy yang agung..”at-taubah:129

“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”

Surah Al Baqarah : 216



TIPS apabila kita terlupakan sesuatu sewaktu menjawab soalan;

  • Tenangkan fikiran, fokus dan berfikir dengan penuh perhatian.
  • berusaha untuk mengingatinya dengan bersungguh-sungguh. Jangan campur adukkan dengan mengingati perkara lain kerana fikiran akan menjadi buntu
  • Berdoa kepada Allah. Setiap muslim sepatutnya meletakkan pergantungan hanya kepada Allah dengan memohon pertolonganNya supaya diingatkan kembali perkara yang terlupa.


اللّهُمَّ ذَكِّرْنِيْ مَا نَسِيْتُ ، وَعَلِّمْنِيْ مَا جَهِلْتُ



‘Ya Allah, ingatkanlah aku apa yang telah aku lupa dan ajarkanlah daku, apa yang aku tidak ketahui.”


  • Berzikir dan mengingati Allah dengan membanyakkan bertahlil, bertasbih atau bertakbir .Ini kerana lupa itu adalah daripada syaitan, manakala mengingati Allah dengan berzikir berperanan sebagai pengusir syaitan


  • Beristighfar memohon keampunan Allah. Dosa-dosalah yang menyebabkan kita lupa terutama ilmu yang bermanfaat. Dosa menyebabkan hati nurani kita menjadi kelam sehingga susah untuk mengingati ilmu


    MENJELANG PEPERIKSAAN, BANYAKKAN...

1. Solat2 Sunat ( Jaga Solat Fardhu 5 Waktu juga)

2. Baca al-quran n fahami maknanya

3. Qiamullail (sekurang-kurangnya 2rakaat sebelum azan subuh)

4. Istighfar dan memohon ampunan Allah

5. Zikrullah

6. Doa bersungguh2 dan ikhlas

7. Makan makanan yang halal lagi baik

8. Memohon restu dan ampun ayah bonda

bittaufiq wan najah sahabt-sahabiahku.........













0 comments:

Post a Comment