Pages

TerPesOna deNgan Diri SenDIri(i'jab binnafsi)

Sunday, June 12, 2011

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Assalamualaikum w.b.t..

Allahumma solli a’la Muhammad..Pada hari jumaat yang lepas, yakni 10 Jun yang lepas, ana berpeluang menghadiri kuliah mingguan (setiap pagi Jumaat) yang disampaikan oleh al-fadhil Ust Dr Abd Basit Abd Rahman yang amat-amat ana hormati+minati…ALHAMDULILLAH!!!! Kuliah pada pagi Jumaat setiap minggu ini diadakan di Masjid Ar-Rahman, Kg Galang, Pulai Chondong…yang hanya 5 minit dari rumah ana =) ana selalu pergi bersama bunda ana….

Ok, entri kali ini ana ingin berkongsi apa yang ana dapat daripada kuliah ust Basit…

Kitab yang digunakan kali ini ialah “ Wabak Sepanjang Jalan “

Tajuknya : Terpesona Dengan Diri Sendiri – I’jab Fin Nafsi (Ujub)

- Terpesona dengan diri sendiri suatu yang sangat susah dikenal pasti lebih-lebih lagi jika kita sendiri tidak tahu ia ada dalam diri kita sendiri..ia suatu penyakit dalam hati kita..

- Dari segi istilah , ia bermaksud suatu kegembiraan dalam diri sendiri dengan apa yang dilakukan sendiri tanpa menyinggung orang lain..

- Bererti kita rasa kita ni hebat, amal ibadat terbaik, rasa besar diri, kagum dengan diri sendiri..ia berbeza dengan takabbur, di mana ia hanya bermain dalam diri sendiri atau dalam bahasa mudah “ syok sendiri”. Ujub ini berada di tengah-tengah antara takabbur dan al-ghurur(terpedaya dengan diri sendiri)

- Satu contoh : dalam perang Hunain, jumlah tentera Islam ialah seramai 12 000 orang. Mereka berasa sudah cukup kuat, kagum dengan kekuatan yang mereka ada. Maka Allah telah menegur mereka dengan memberi ujian kepada mereka dalam peperangan tersebut. Jumlah tentera yang ramai tidak menjamin kemenangan berpihak kepada mereka. Namun, kemenangan dan kejayaan adalah dengan pertolongan Allah s.w.t….

- Sebab-sebab berlakunya Ujub:

· Suasana seseorang itu dibesarkan

~ ibu bapanya mempunyai tabiat begitu yakni kagum dengan diri sendiri, sentiasa merasa diri hebat

~ masyarakat sekeliling , persekitaran, dan bi’ah yang tidak memberikan contoh yang baik

· Memuji-muji secara berdepan tanpa mengikut syara’

~ apabila kita memuji seseorang secara berlebih-lebihan, maka orang yang menerima pujian itu akan berasa diri mereka hebat, semakin bangga dan suka dengan pujian itu

~ Rasulullah s.a.w sangat menegah perbuatan orang yang memuji –muji secara melampau, sehingga ada hadis yang menyebut supaya melempar tanah ke muka orang yang memuji. Ada juga dalam satu hadis yang mengatakan “ kamu telah memotong leher kawan kamu sendiri(kerana terlalu memuji) “

~ jadi, kalau nak puji seseorang cukuplah dengan berkata “ pada perkiraan (pendapat) saya, dia ini demikian, namun pada perkiraan Allah, dia ini demikian. Dan aku tidak akan melebihi perkiraan Allah kerana Allah Maha Tahu “

· Mendampingi orang yang suka memuji dan mendengar pujian

· Menerima ni’mat tapi tidak mensyukuri kepada Pemberi Ni’mat iaitu Allah

~ contoh sperti Qarun, yang mempunyai harta yang sangat banyak, tetapi dia sangat sombong dengan berkata “ Harta yang kumiliki ini adalah kerana kebijaksanaan diriku sendiri “. Sahabat2 boleh rujuk surah al-Qasas, ayat 78

~ punca segala ni’mat yang kita perolehi selama ini adalah daripada Allah s.w.t

~ sentiasalah kita berzikir pagi dan petang

~ “ Allahumma, ni’mat apa yang aku peroleh dan diperolehi seseorang di antara makhluk-makhlukMu adalah dariMu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagiMu segala puji dan syukur “

· Memikul tugas sebelum mempunyai tarbiyyah yang cukup

~ memikul tugas/jawatan sebelum bersedia dan mampu melakukannya

~ syaitan akan membisikkan “ kamu diberi jawatan ini kerana kebijaksanaan dan kehebatanmu”

· Gagal dan lalai dalam mengenali hakikat diri

~ kita sering lupa bahawa asal usul kejadian kita adalah daripada air mani yang hina, kemudian menjadi segumpal darah, dan kemudian daging dan seterusnya…kemudian Allah yang meniupkan roh..menyebabkan kita menjadi seperti diri kita sekarang

· Berasal daripada keturunan yang hebat, mewah, mulia

· Keterlaluan dalam berpakaian, sikap

· Tidak menyedari

~ kadang-kadang kita terlalu mengagung-agungkan manusia seperti pemerintah dengan mencium tangan, menundukkan kepala. Perbuatan ini sangat keterlaluan menyebabkan orang-orang ini berasa semakin hebat dan bangga diri

~ Rasulullah s.a.w sendiri melarang sahabat2 baginda bangun apabila baginda bangun untuk memberi khutbah

Cara penyelesaian kepada ujub;

# sentiasa menyedari hakikat diri

# sentiasa mengingati ni’mat2 kurniaan Allah

# sentiasa hadiri majlis ilmu

# mengingati mati

# beramal dengan al-Quran dan sunnah

0 comments:

Post a Comment