Pages

Sunday, June 26, 2011


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Indahnya taubat

Taubat ialah kembali kepada Allah s.w.t

kita benar2 menyesal di atas segala dosa2 yang kita telah lakukan dan memohon keampunan kepada Allah s.w.t..

taubat ini satu keni’matan, satu keindahan , kerana ia menjadi satu jalan / cara kepada kita untuk kembali kepada Allah s.w.t setelah melakukan dosa…

betapa besarnya kasih sayang Allah s.w.t kepada kita. Kenapa tidak?

Sejak kita dilahirkan ke dunia dari perut ibunda kita sehinggalah kita menjadi seperti sekarang. Allahuakbar!Subhanallah! cuba antum kira berapa ni’mat yang Allah berikan kepada kita??? Nyawa, udara, air, makanan, minuman, pakaian, tempaat tinggal, akal fikiran, pancaindera…ya Allah, ya Allah tidak mampu ana nyatakan di sini ya Allah…betapa lemahnya aku, ya Allah….

“Katakanlah ( Muhammad) “ seandainya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sbelum selesai penulisan kalimat-kalimat Tuhanku , meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula “

Surah al-Kahfi : 109

besarnya kasihMu pada kami hambaMu…tapi apa yang telah kami perbuat? Adakah kami menggunakan ni’mat-ni’mat kurniaan-Mu ke arah kebaikan? Cuba antum lihat dalam surah Ar-Rahman, Allah telah berfirman “ maka ni’mat Tuhanmu yang manakah telah engkau dustakan?”

Astaghfirullahal ‘azim…ampunilah dosa-dosa kami yang tidak tahu bersyukur ini…

“ kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh (ciptaan) Nya ke dalam tubuhnya dan Dia menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati bagimu , tetapi sedikit sekali kamu bersyukur .” ( surah As-Sajadah : 9)

Hitunglah diri kita sebelum kita dihisab oleh Allah di akhirat nanti.

Setiap anak Adam itu melakukan kesalahan/dosa, tetapi sebaik-baik orang ialah cepat-cepat kembali kepada Allah

Tubuu ilallahi taubatan nasuha ~ bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha

Ikutilah lorong-lorong kehidupan ini berteraskan iman dan aqidah yang sesungguhnya kepada Allah

Sedarlah kita semua, bahawa api neraka itu sesungguhnya sangat azab, yakni 70 kali ganda daripada api di dunia. Subhanallah, Allahuakbar!! Takutnya kami akan api neraka Mu yang menyala-nyala…

Wahai Tuhan,…ku tak layak ke syurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu, dosa-dosaku bagiakan pepasir di pantai …dengan rahmatMu ampunkan aku,..oh Tuhanku..YA ALLAH, ampunilah dosa-dosaku…

Jangan tangguh-tangguh lagi!! Segeralah memohon keampunan Allah dengan taubat yang sesungguhnya…ajal tidak menunggu kita…

- Cabut akar umbi dosa-dosa kita

- Menyesal sungguh-sungguh

- Menangis kerana sesal atas dosa kerana takut kepada Allah

“dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingat Allah , lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya , dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosanya selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai – sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal “ (surah Ali- Imran : 135-136)

Rasa tenang, rasa dekat dengan ALLAH, semakin rajin beribadah, semakin kerap membaca al-Qur’an, rezeki semakin bertambah, rasa suka membuat kebaikan…ya Allah, adakah ini tanda taubat kita diterima?? ~~YA….

SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR..moga-moga kita juga dapat merasai ni’mat-ni’mat sebegitu..Allahumma amin, allahumma amin..insyaAllah, berusaha lagi…….

# Ada beberapa jenis golongan yang bertaubat..

Ø Pertama : orang yang buat dosa , lalu bertaubat, kemudian dia terus-terusan berbuat amal soleh, benar-benar menyesali atas dosa-dosanya yang lalu, tidak melakukan dosa lagi….Allahuakbar, Subhanallah , Alhamdulillah, inilah golongan yang paling baik, paling bagus!!!!!

Ø Kedua : orang yang buat dosa, kemudian bertaubat, terus melakukan amal-amal soleh, namun masih terikat dengan dosa-dosa kecil…golongan ini agak bermasalah, akan tetapi syukurlah dia masih menyedari akan dosa-dosanya dan segera kembali pada Allah, apapun, HARUS BERUSAHA untuk berubah!

Ø Ketiga : orang yang buat dosa, kemudian bertaubat, tapi kemudiannya buat dosa, dan kembali lalai…golongan ini sangat bahaya,seandainya dia tidak sempat bertaubat kepada ALLAH, dan hidayah Allah tidak lagi diperolehinya..nauzubillahimin zalik…

Ø Keempat : orang yang buat dosa, kemudian bertaubat, tapi sekejap sahaja, kemudian terus buat dosa sehingga dia meninggal dunia..Allahuakbar, moga kita dijauhkan daripada menjadi golongan ini, ..astaghfirullahal ‘azim

BERIMAN KEPADA ALLAH + BERISTIQAMAH lah…

Sekali kita bertaubat dan memohon keampunan daripada ALLAH s.w.t, teruslah melakukan amal-amal soleh, dan terus istiqamah, biarpun sedikit tetapi istiqamahlah dalam melakukannya dan ikhlas kerana Allah s.w.t

Seburuk-buruk manusia ialah manusia yang tidak menunaikan janjinya kepada Allah…

Kaedah bertaubat :

§ Ingat hidup ini sementara

§ Meratapi atas dosa-dosa yang telah dilakukan

§ Rasa takut kalau meninggal dunia dalam keadaan penuh dosa, kemungkaran (su’ul khatimah)

§ Menimbulkan penyesalan yang berterusan

§ Mulakan dengan taubat nasuha

0 comments:

Post a Comment