Pages

Jalan Menuju Taqwa

Sunday, July 17, 2011



5 jalan menuju TAQWA

1) Bertaqwa kepada Allah zahir dan batin

~ jika luaran kita baik, maka dalaman juga mesti lah baik.begitu juga sebaliknya..kebaikan hati akan diterjemahkan pada luaran kita.hati yang bersih diterjemahkan dengan zahir yang bertaqwa kepada Allah

~ Allah Maha Tahu apa yang terselindung dalam hati setiap hambaNya

2) mengikuti sunnah Rasulullah s.aw.

~ contohnya : memakai serban dan jubah, menyimpan janggut, bersiwak, berbuka puasa dengan buah kurma, membaca doa-doa harian..

~ sabda Nabi s.a.w : " siapa yang mengamalkan sunnahku pada saat manusia melupai Allah, walaupun hanya satu sunnah, maka mereka mendapat pahala 100 orang yang mati syahid"

3) Jangan lupa makhluk sewaktu beribadat kepada Allah

~ ini bermaksud jangan lupa akan tanggungjawab terhadap ibu bapa, keluarga, anak-anak walaupun sibuk dengan kerja-kerja dakwah dan sebagainya.

Lupakan makhluk ketika beribadat kepada Allah

~ semasa solat , hati kena lupakan makhluk

~ khusyuk anggota dan khusyuk hati ketika beribadat

~ dalam solat ada takbiratul ihram. takbiratulihram bermaksud mengahramkan yang halal di luar solat. sebagai contoh makan, tidur.. di luar solat halal, tetapi ketika di dalam solat, haram.

Ketika berurusan dengan makhluk, jangan lupa Allah

~ sewaktu berniaga,belajar, bekerja, mesti sentiasa mengingati Allah s.w.t

4) Redha dengan kurniaan Allah yang sedikit kepada kamu

~ tidak merungut, dan mengeluh dengan rezeki yang diperolehi walaupun sedikit

~ kita harus bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kita, bersifat Qannah

5) kembali kepada Allah dalam waktu suka @ duka

~ semasa senang@susah, miskin@ kaya, sihat @ sakit, kita harus sentiasa mengingati Allah dan sentiasa beribadat kepada Allah s.w.t

~ bersyukur di atas apa sahaja yang diberikan oleh Allah s.w.t

# pengisian daripada ustaz Shamsul Zaman di Masjid Ar-Rahman, Pulai Chondong, 15 Julai 2011.

0 comments:

Post a Comment