dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
salam..izinkn sy proceed dgn kisah malaikat yg kedua pula...
KISAH II : MALAIKAT MENGEMBANGKAN SAYAPNYA DI TMPT ORG MENUNTUT ILMU
mjlis ta'lim @ majlis ilmu amat disukai oleh malaikat.
tmpt2 mnuntut ilmu mnjdi perhatian malaikat shngga mereka khusyuk d hdpnnya dn mengembangkan sayapnya kepada para penuntut ilmu..
Rasulullah s.a.w bersabda;
" sesungguhnya malaikat itu mengembangkan sayapnya bg penuntut ilmu krn mereka redha kpd yg diperbuat "
maksudnye;
mereka(malaikat) merendahkn diri terhadap orang yg mnuntut ilmu sebagaimana firman Allah s.w.t tntg mrndahkan diri trhadap ibu bapa yg dgmbarkan dgn kata-kata rendahkan sayapmu.
firman Allah s.w.t bermaksud;
" dan rendahkanlah dirimu kepada mereka berdua dgn pnuh kesayangan"
(Al-Isra' : 24)
"dan rendahkanlah dirimu terhadap org2 yg mengikutimu, iaitu org2 yg beriman"
( As- Syuara': 215)
" sesungguhnya Allah mmpunyai malaikat yg berjalan d bumi selain pencatat amal manusia. maka apabila mereka mnjumpai satu kaum yg sedang berzikir kpd Allah s.w.t, mereka saling memanggil:
" wahai ke marilah pada barang yg kalian suka"
maka para malaikat itu pn mengelilingi kaum itu hingga ke langit dunia,
( riwayat Imam Ahmad)
Allah bertanya; "apa yang sedang hambaKu buat ketika kamu tinggalkan ?"
malaikat berkata. " kami tinggalkan mereka waktu mereka sedang memuji Engkau, mensucikan Engkau, dan berzikir kepada Engkau "
Allah bertanya lagi, " apakah mereka melihat akan Aku?"
jawab malaikat," Tidak"
Allah berfirman, " bagaimana sekiranya mereka melihat akan Aku?"
malaikat mnjawab " seandainya mereka melihat kepadaMu, sdh tentu mereka akan lebih bersungguh-sungguh dlm bertahmid dn zikirnya"
Allah berfirman " Apa yang mereka pinta?"
malaikat menjawab, " mereka mendambakan syurgaMu"
Allah berfirman " Adakah mereka pernah melihat syurga?"
malaikat menjawab " tidak"
Allah berfirman " bagaimana seandainya mereka melihatnya?"
malaikat : " seandainya mereka melihat syurgaMu, sudh tentu mereka akn lebih lagi menginginkannya dn lebih bersungguh2 memintanya"
Allah berfirman : daripada apa mereka memohon perlindungan?"
jawab malaikat " mereka memohon perlindungan drpada nerakaMu "
Allah berfirman " adakah mereka pernah melihat akannya?"
"tidak" seru malaikat.
Allah berfirman lagi " bagaiman seandainya mereka melihat neraka"
" sudah tentu mereka akn bertambah betul2 lari dn takut daripadanya"
firman Allah;
" Aku persaksikan terhadap kalian bhwa Aku telah mengampuni mereka"
malaikat berkata " di dalam majlis itu ada fulan yg berdosa ikut mereka. dia datang krn ada satu kepentingan"
maka Allah berfirman " ( dia juga telah Aku ampuni) mereka yang terlibat dgn majlis zikir itu tidak ada yg celaka"
sekian, wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment