Ujian? Masalah? Dugaan? Cabaran?
Semuanya pernah dialami oleh setiap insan bergelar hamba di bumi ALLAH s.w.t.
Tika diri dihimpit ujian demi ujian, terasa tak berdaya hadapi semua. Hidup terasa begitu sukar, begitu payah jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang lain.
Sahabat-sahabatku,
pernahkah kita terfikir..pada saat itulah kita mula mencari pencipta kita. Kita mula menadah tangan memohon pertolongan dari-Nya yang Maha mendengar. Hati merintih, memohon dengan penuh harapan bagai tiada yang lain dapat membantu kita saat itu melainkan Allahurabbi. Air mata mengalir tanpa dipaksa. Betapa berharapnya kita akan bantuan ALLAH..
namun...mari kita kenang kembali. Setelah kejayaan yang sangat kita impikan menjadi kenyataan, saat musibah yang menimpa hilang akhirnya, apabila kesedihan sudah dapat dilenyapkan...adakah pergantungan kita kepadaNya konsisten@ berterusan? Adakah kita istiqamah untuk menggagahkan diri bangun menghadap Ilahi tatkala insan lain dibuai mimpi?
Inilah hakikatnya..ujian yang dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya ialah tanda Allah menyayangi kita..sudah tebukti di sini. Tika mendapat ujian kita mula mendekatkan diri padaNya tapi apabila waktu kita dalam kesenangan kita lupa pada Allah. oleh itu, diberiNya ujian demi ujian kepada kita agar kita sentiasa dekat padaNya..betapa Allah menyayangi kita sebagai hambaNya....
Sahabat-sahabiahku,
Marilah kita bermuhasabah diri dan merenung kembali. Setiap ujian yang menimpa pasti ada hikmahnya yg tersendiri. Janganlah kita ,menyalahkan Allah kerana memberikan ujian kepada kita. Janganlah kita terus berputus asa tatkala mendapat keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan sedangkan kita telah berusaha sedaya upaya..kerana ALLAH maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita..Yakinlah pada ketentuanNya..mungkinkah apabila kita mndpt 4 flat kita pasti mnjadi sombong, bongkak dan melupai Allah? apabila kita terlalu gembira, kita akan lalai dari mengingatiNya.. ujian itu juga mngajar kita erti ketabahan, kecekalan dan kesabaran untuk megharunginya.. Jadi ikhwah wa akhawat sekalian, apabila antum mendapat musibah atau sesuatu yang tidak pernah antum inginkan..ingatlah, tekadkan dalam hati, ini adalah ujian dr Allah yang tersimpan hikmah, yang telah ditentukanNya kepada kita...redhailah..berlapang dada lah...
“ dan janganlah kamu (merasa) lemah dan jangan pula bersedih hati sebab kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman” Al-Imran : 139
Demi cinta kami kepadaMu,
Kami meneguk pahitnya kehidupan,
Peritnya penderitaan,
Namun bukan mengeluh kerana peristiwa2
Yang kami alami,
Bahkan kami gembira dan senang,
Bila dapat selalu menyebut asma Mu yang indah,
Merasai nikmatnya zikrullah,
Indahnya tahajjud,
Dambaan hati kami selamanya
Adalah untuk bersua denganMu...ya Rabbi..
Sekadar nukilan biasa dari seorang hambaNya....
0 comments:
Post a Comment