Pages

oRang2 BeRTaqWA & oRaNG2 seNGsAra...

Tuesday, May 25, 2010




DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


Alhamdulillah kini dan selamanya marilah kita merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t dengan segala nikmat kurniaanNya..dapat lagi kita bernafas pada hari ini dengan kekuasaanNya menghidupkan dan mematikan.

semoga Allah s.w.t merahmati dan melimpahkan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w semerbak bunga yang mekar mewangi, hujan rahmat yang sentiasa mengalir, orang-orang beriman sentiasa bertemu dan orang-orang soleh sentiasa berpelukan, dan di kala siang menggantikan malam, dan kepada seluruh ahlul bait serta para sahabatnya, dan sesiapa sahaja insan yang berjalan di atas hidayahnya sampai hari qiamat kelak.

terdapat 2 golongan manusia ;
  • orang-orang yang bahagia dan orang-orang yang sengsara
  • golongan yang masuk syurga dan kelompok yang masuk neraka
firman Allah s.w.t
" inilah golongan (mu'min dan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai Tuhan mereka,..."
Al-Hajj: 19

Mata juga terdiri daripada 2 jenis:
  • mata yang mengenal Allah s.w.t dan menangis kerana takut kepadaNya, yang sentiasa merenung tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t dan memikirkan perihal penciptaan makhluk2Nya
  • mata yang selalu melihat kepada sesuatu yang haram dan berpaling daripada petunjuk Rasulullah s.a.w, gemar melakukan maksiat, memandang perkara yg ditegah oleh Allah s.w.t, dan mata inilah yang akan menangis di padang mahsyar ketika berhadapan dengan Tuhan sekalian alam

terdapat 2 jenis hati;
  • hati yang mengenal Allah s.w.t dan dipenuhi dengan zikrullah " La Ilaha Illallah ", yang mencintai kekasih Allah, dan berjalan membawa risalah dan sesuai dengan ajarannya.- hati yang berbahagia
  • hati yang berpaling daripada syariat Islam, mengingati Allah s.w.t, berpaling daripada membaca ayat suci Al-Quran, melalaikan solat, tidak mengenal Allah dan berpaling daripada jaran yang benar dan ajaran Rasulullah s.a.w- hati yang akan sengasara

telinga juga terbahagi kepada 2 kategori;
  • telinga yang gemar mendengar wahyu Allah s.w.t, suka mendengar bacaan Al-Quran dan hadith Rasulullah s.a.w, aktif dalam pengajian dan dakwah islamiyah, gemar mendengar kebaikan, dan majlis-majlis zikir- telinga yang bahagia
  • telinga yang suka akan nyanyian dan hiburan yang melalaikan, kekejian, kemungkaran, dan mendengar segala sesuatu yang menjauhkan dirinya daripada Allah s.w.t serta mengundang kemurkaan Allah s.w.t

lisan;
  • lisan yang sentiasa menuturkan kata-kata penuh hikmah, mengatakan kebenaran, zikrullah, dan amar ma'ruf nahi mungkar
  • lisan yang suka membuat ghibah(mengumpat orang lain), mengejek orang, berbohong, melaknat, dan mengadu domba- lisan yang amat rugi


"apakah kamu tidak memperingati orang ( Raja Namrudz daripada Babilonia) yang berdebat dengan Ibrahim tentang Tuhannya( Allah ) keran Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan ( kekuasaan). ketika Ibrahim mengatakan ' Tuhanku ialah Yang Menghidupkan dan mematikan. ' orang itu berkata ' saya juga dapat menghidupkan dan mematikan ' Ibrahim berkata ' Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari daripada timur maka terbitlah dia daripada barat' lalu terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim" Al- Baqarah : 258Add Image







0 comments:

Post a Comment