Pages

11 Jenis manusia yang didoa malaikat

Wednesday, June 30, 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "



8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang melawat orang sakit.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

p/s: Semoga kita tergolong dalam golongan yang didoakan oleh malaikat.Insyaallah.

sumber : Iluvislam

syarat hidupkan hati dengan Al-Quran

Monday, June 28, 2010


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG




HATI yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang. Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri. Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan. Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran.

Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.

Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan. Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk.

Hati yang dihidupkan dengan al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak.

Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar).” (Surah al-Isra’, ayat 9).


Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud: “Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?” (Surah Taha, ayat 1-4).

Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran, kita memerlukan beberapa syarat:

Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh).

Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat.” (Surah al-Isra’, ayat 78).

Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: “Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?” (Surah Muhammad, ayat 24).

Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.

Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya.

Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.

Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.

Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran.

Keempat, merealisasikan kehambaan (’ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran.

Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.

Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.

Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.

Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).

Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW bermaksud: “Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.

“Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.

“Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan.” (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)

Sumber : iluvislam.com

TaqWa

Saturday, June 26, 2010


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG



Taqwa ialah takut kepada Allah s.w.t serta mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.. terdapat banyak tentang seruan supaya manusia bertaqwa kepada Allah s.w.t di dalam al-Quran. Para Nabi sebelum Rasulullah s.a.w juga menyeru kaum mereka supaya beriman dan bertaqwa.

Contohnya, dalam surah As-Syuara', ayat 105-106
" Kaum Nuh telah mendustakan para rasul. Ketika saudara mereka( Nuh) berkata kepada mereka' mengapa kamu tidak bertaqwa?' sesungguhnya aku ini seorang rasul kepercayaan( yang diutus kepadamu). maka bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku"
juga terdapat dalam ayat 123-126 dalam surah As-Syuara'

ketaqwaan sering disebut di dalam Al-Quran dan ini menunjukkan betapa pentingnya taqwa dalam hidup seseorang insan bergelar hamba Allah s.w.t. mengapa kita selalu dinasihatkan agar beriman dan bertaqwa kepada Allah? mengapa taqwa sering dikaitkan dengan iman? Hal ini kerana iman mestilah disuburkan dengan taqwa. iman dan taqwa merupakan benteng ketahanan ummah. Iman lahir dalam hati kita. Kita wajib beriman kepada Allah s.w.t, malaikat, kitab, rasul dan juga qada' dan qadar bermaksud kita benar-benar percaya dan mengakui dengan sepenuh hati kita. Keimanan yang tinggi akan diterjemahkan dalam perbuatan kita. Keimanan akan dizahirkan melalui ketaqwaan seorang muslim. Iaitu mengerjakan semua yang diperintahkan oleh Allahurabbi dan meninggalkan apa yang ditegahNya.Taqwa perlulah dizahirakan. Namun jika seseorang itu tidak mengikut cara hidup islam, melakukan kemaksiatan, maka ini menunjukkan bahawa imannya semakin berkurang. jika keimanan seseorang itu tinggi maka dia akan menzahirkan akhlak yang mulia, mengikut syariat Islam yang sebenarnya, menjauhi perbuatan mungkar, mengikut Al-Quran dan sunnah serta kehidupannya dipenuhi dengan ibadah kepada Allah. inilah taqwa..

Bagaimana nak jadi hamba Allah yang bertaqwa?

Marilah kita sama-sama merujuk kepda panduan utama kita iaitu Al-Quran. Ayat-ayat suci al-Quran banyak menyatakan tentang ciri-ciri golongan yang bertaqwa. Antaranya;

" Alif laam miim,
Kitab ( al-quran )ini tidak ada keraguan padanya, ia petunjuk bagi mereka yang bertaqwa,
iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka,
dan mereka yang beriman kepada Kitab Quran yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab yang telah diturunkan sebelummu serta mereka yakin akan adanya kehidupan akhirat.,
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan merekalah orang-orang yang beruntung"
(Surah Al-Baqarah : 1-5 )

".....memberikan harta yang dicintainya kepada kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, musafir, peminta-minta, dan untuk memerdekakan hamba sahaya, yang melaksanakan solat, dan menunaikan zakat, orang-orang yang menepati janji apabila berjanji, dan orang yang sabar dalam kemelaratan , penderitaan dan pada masa peperangan . Mereka itulah orang-orang yang benar dan mereka itulah orang yang bertaqwa"
( Surah Al-Baqarah : 177)

"..bagi orang-orang yang bertaqwa tersedia di sisi Tuhan mereka syurga -syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan2 yang suci serta redha Allah. dan Allah melihat hambaNya yang berdoa ' Ya Tuhan kami, kami benar-benar beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan lindungilah kami dari azab neraka'. juga orang yang sabar , orang yang benar , orang yang kuat, orang yang menginfakkan hartanya, dan orang yang memohon ampunan pada waktu sebelum fajar"
( Surah Ali-Imran : 15-17)

"...orang yang menahan amarahnya, dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah memcintai orang yang berbuat demikian. Dan juga orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri , lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah?. dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui"
( Surah Ali-Imran : 134-135)

Dengan mentadabbur al-Quran, kita dpat mengambil beberapa tips bagaimana untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Oleh itu, sama-sama lah kita berusaha menggapai keredhaan Allah s.w.t dengan mengerjakan ibadah-ibadah yang wajib serta memperbanyakkan amalan sunat, tidak lupa juga kita mestilah menjauhi perkara maksiat dan kemungkaran..InsyaAllah..

"..dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah , hai orang2 yang beriman supaya kamu beruntung"
( Al-Nur: 31)
" Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajiakn dan taqwa, dan janganlah tolong-menolong dalam melakuakn dosa dan perlanggaran..."
( Al-Maidah : 2 )

sumber : Tanyalah Ustaz ( Tv9)
12-14 Rejab 1431H

Fahami bacaan dalam solat

Thursday, June 24, 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


solat merupakan ibadah utama bagi setiap hamba Allah s.w.t..ia merupaka satu rukun yang sangat besar nilainya..
bagi memperbaiki ibadah solat kita, sama-sama lah kita berusaha untuk memahami setiap ungkapan yang kita ucapkan setiap kali kita mengerjakan solat..semoga saya dan sahabat-sahabat dapat menghafaz dan mempelajari maksud-maksudnya supaya kita lebih khusyuk dalam solat..insyaAllah..

Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan
banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit
dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan
aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya
solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah
Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan
kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya
dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha
Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta
alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang
menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami
sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan
orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan
mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala
puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala
puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku,
lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku,
berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah
untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan
rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas
kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik
saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik
saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya
Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah
untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan
rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas
kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik
saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik
saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya
Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke
atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas
Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas
Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau
berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di
dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi
Maha Agung.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang
yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah
Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala
kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya
hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak
sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain
daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang
memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang
yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya
Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau
sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah
Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat
kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang
ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan
sahabat-sahabatnya.

Salam
Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.


ikhtilat..ikhwah..akhawat...

Saturday, June 19, 2010


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

insyaAllah ana ingin kongsikan satu artikel dari iLuvislam yang saya fikir amat bermakna sebagai peringatan buat saya dan antum semua..semoga kita terus bermuhajadah di jalan Allah dalam mencari keredhaanNya..
insyaAllah !!

  • Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.

  • Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, Facebook, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.


Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.

Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.

Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.

Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)

Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya.

Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."

Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Ana bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:

1.
Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2.
Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran:
"Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.


4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5.
Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.

Teringat satu mail yang ana dapat mengenai luahan rijal. Jom kita kongsi bersama. Insya Allah ada manfaatnya.


"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karena kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."

Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri yang lemah dan banyak kesilapan serta kekurangan dan sahabat-sahabat Islam yang dikasihi.

"Elakkanlah berhubung tanpa urusan yang benar2 penting dengan wanita2 (berlawanan jantiina) kerana di situlah letaknya jalan SYAITAN".

semoga artikel ini dapat menerbitkan keinsafan dalam diri saya dan semua..
antum juga boleh ke sini untuk lebih penjelasan..
ada juga kisah yang menarik buat pedoman kita, klik sini

sekian,wassalam..


Istikharah..

Friday, June 18, 2010


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


Istikharah

  • Istikharah merupakan suatu doa dalam membuat sesuatu pilihan samada dilakukan dengan cara berdoa sahaja ataupun sebaik-baiknya solat sunat terlebih dahulu kemudian diikuti dengan doa. Ia dilakukan bukan dalam urusan memilih jodoh semata-mata bahkan dalam apa jua urusan yang melibatkan dilema membuat pilihan.

Contohnya kita dalam dilema..dapat tawaran universiti ini dan itu..InsyaAllah kita lakukan istikharah memohon petunjuk Allah s.w.t krn Dia Maha Mengetahui sedangkan kita tidak mengetahui..
( Al-Baqarah : 126 )

Doa Istikharah "Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (pernikahanku dengannya) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (pernikahanku dengannya) mendatangkan keburukan bagiku, pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

Imam al-Syawkani berkata dalam Naylul Awtar bahawa istikharah disyariatkan di dalam Islam dan tidak diketahui terdapat khilaf padanya.

Rasulullah SAW bersabda: ”Salah satu sumber kebahagiaan anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukan anak Adam ialah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telah ditentukan kepadanya.” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)
Petunjuk istikharah

Petunjuk istikharah tidak semestinya dalam bentuk mimpi. Ia boleh hadir dalam bentuk ketenangan hati. Demikian pendapat Imam Nawawi r.a. dan disokong oleh kebanyakan ulama. Setelah beristikharah dan berbincang kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya, itupun suatu petunjuk. Jadi kenapa perlu takut untuk istikharah?

Jika seseorang itu mengalami mimpi yang menenangkan hatinya setelah istikharah, ianya hanyalah satu bonus daripada Allah SWT buatnya. Petunjuk tidak semestinya melalui mimpi!

Jangan terpedaya dengan seseorang yang berhujah dengan mimpinya sendiri untuk memaksa orang lain menerima dirinya. Mimpi orang lain tidak boleh menjadi hujah bagi kita!

Hatta kalau kita sendiri yang bermimpikan seseorang setelah istikharah, kita mesti memastikan terlebih dahulu mimpi itu tidak dipengaruhi oleh kecenderungan tertentu akibat tidak menjaga hati dan membiasakan diri dengan banyak perkara yang melalaikan.

Imam Ibnu Hajar al-Asqolani menekankan supaya jangan cenderung kepada salah satu antara dua atau lebih pilihannya sebelum membuat istikharah. (Fath al-Bari, 11/223).

Jangan sandarkan keputusan sepenuhnya kepada mimpi tanpa mempertimbangkan hujah yang jelas dengan perbincangan melalui petunjuk al-Quran dan al-Sunnah .