DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
" sesungguhnya seseorang yang berdiri dan solat memuji-muji Allah s.w.t dengan pujian yang selayak bagiNya serta mengosongkan hatinya bagi Allah s.w.t kecuali tatkala ia keluar daripada dosa-dosanya seperti anak yang baru dilahirkan
( Riwayat muslim)
dua jenis khusyuk menurut Dr. Yusuf Al- Qardawi
- khusyuk hati
- merasakan pengawasan Allah s.w.t serta kehebatanNya dengan meneliti ( tadabbur ) ayat-ayat suci al-Quran yang dibaca dan zikir-zikir yang dilafazkan seperti tasbih dan takbir.
- menyebabkan seseorang benar-benar merasakan ia berdoa di hadapan Allah s.w.t
- 2. khusyuk anggota
- sebagai pelengkap dan manifestasi daripada kekhusyukan hati seseorang yang solat
- tidak berpaling dan bergerak-gerak yang buka dari perbuatan dalam solatnya yang mana dapat menghilangkan khusyuk dalam solat yang juga dilihat berbeza dengan keadaan orang yang di luar solatnya.
Tuntutan khusyuk dalam solat
- ingatlah kita semua. datang kita di dunia ini adalah kerana ihsan, belas dan kasih sayang Allah. maka peluang dan ruang yang dikurniakan haruslah disyukuri dengan melakukan solat dengan sebaik-baiknya.
- kemuncak mensyukuri nikmat Allah adalah dengan mentaati perintahNya dan menjauhi segla laranganNya.
- ingatlah sahabat-sahabatku. kita dilahirkan ke dunia dengan tugas dan tanggungjwab, seluruh anugerah nikmat nyawa, kesihatan tubuh badan, harta, perlulah dibayar dengan ketaqwaan kepada Allah.
- ingatlah ikhwah wa akhawat, segala arhan dan larangan Allah yang termaktub dalam tanggungjwab kita sebagai hambaNya yang mana akan disemak dan dihisab tanpa lali oleh Allah di padang mahsyar nanti.
Kaedah mendapatkan khusyuk dalam solat :
- tafahhum - memahami semua maksud bacaaan dalam solat dan hayati setiap maknanya.
- al-takzim - merasakan kebesaran Allah seolah-olah anda berada di hadapanNya.
- al-haybah - menghadirkan rasa gerun terhadap Allah.
- ar-raja' - mengharapkan rahmat Allah dengan penuh harapan bahawa ibadahnya akan diterima
- al-hayak - berasa malu kepda Allah s.w.t kerana kecuaian dalam mengotakan janji dan kekurangan kita.
~selamat beramal ibadah kerana Allah s.w.t
0 comments:
Post a Comment