Pages

Islam, Iman, dan Ihsan

Monday, June 14, 2010


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


" Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang, yang menguasai hari pembalasan, hanya Engkau yang disembah dan hanya kepada Engkau aku bermohon pertolongan, tunjukilah aku jalan yang lurus, jalan-jalan yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka dan bukan jalan orang yang sesat"


suatu hari Jibril a.s datang dalam rupa seorang lelaki Arab lalu beliau duduk menyandarkan lutut kepda lutut baginda Rasulullah s.a.w. dan berkata " wahai Rasulullah, apakah itu islam? " baginda menjawab " bahawa kamu mempersaksikan tiada Tuhan selain Allah, dan aku adalah Rasulullah , kamu mendirikan sembahyang, kamu keluarkan zakat, kamu berpuasa pada bulan Ramadhan dan kamu menunaikan haji jika mampu dengan pembekalan"
Jibril berkata " kamu benar" kemudian dia bertanya lagi " apakah Iman? " Nabi s.a.w menjawab " bahawa kamu beriman dengan Allah , para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari akhirat dan kamu beriman dengan takdir baik buruknya"
Jibril berkata " Kamu benar " kemudian ia bertanya " apakah Ihsan ?" Rasulullah s.a.w menjawab " bahawa kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya dan jika kamu tidak berupaya melihatNya , maka kamu
( menyedari ) bahawa Dia melihat kamu..."
Jibril berkata " kamu benar..."

Faktor Iman Boleh Berkurang..

1) Jahil tentang nama-nama Allah dan sifat-sifatNya, atau dengan kata lain tidak mengenal Allah s.w.t

2)tidak menghayati tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t

3) melakukan maksiat yang menyebabkan iman berkurangan

4) meninggalkan amalan ketaatan juga mengurangkan iman kita

Bagaimana iman seseorang boleh bertambah?

1) Makrifatullah ( mengenal Allah ) dengan nama-namaNya dan sifat-sifatNya

2) melihat dan menghayati kebesaran serta kekuasaan Allah s.w.t melalui sama ada tanda kauniyyah ( makhluk-makhluk ciptaanNya) atau syar'iyyah( ayat-ayat Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w)

3) memperbayakkan malan ketaatan dari segi perbuatan mahupun ucapan ( zikir)

~
ISLAM adalah permulaan, IMAN adalah pertengahan, IHSAN adalah kesempurnaan~


0 comments:

Post a Comment