Pages

Renungan bersama

Tuesday, June 8, 2010


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


berfirman Allah Taala yang bermaksud :

" wahai manusia , tiada kehidupan yang baik selain tafakur tentang Allah. tidak ada warak umpama menahan diri daripada menyakiti sesuatu. tidak ada kasih sayang yang lebih tinggi daripada adab. tidak ada yang dapat menolong seperti taubat ( taubatlah yang sebenar-benar penolong )
tidak ada kasih yang lebih tinggi daripada adab . tidak ada ibadah seperti ilmu ( ilmu itu ialah ibadah yang besar). tidak dikira sembahyang melainkan dengan rasa takut . tidak ada kemenangan seperti sabar. ( sabar itu adalah kemenangan yang sebenar ). tidak ada kebahagiaan melainkan dengan taufik.
( taufik itu adalah kebahagiaan yang sebenar)
tidak ada perhiasan yang lebih indah daripada akal. tidak ada teman yang lebih jinak daripada kelembutan.
wahai anak Adam , kososngkanlah hatimu untuk beribadah kepada -Ku nescaya Aku akan penuhi hatimu dengan kekayaan (Nur) , Aku akan berkatkan rezekimu dan Aku akan isikan kerehatan pada tubuhmu. jangan kamu lupa untuk mengingatiKu.
sekiranya engkau melupai Ku akan kupenuhi hatimu dengan kefakiran, tubuhmu dengan keletihan dan kesukaran dan dadamu dengan dukacita. sekiranya engkau melihat baki daripada umurmu nescaya engkau melupakan baki daripada angan-anganmu. wahai anak Adam, dengan kesejahteraan daripadaKu, engkau mampu untuk melakukan ketaatan,. dengan taufik daripadaKu, engkau boleh menunaikan perintah-perintahKu.
dengan rezeki daripadaKu jua engkau kuat melakukan maksiat kepadaKu. dengan kehendak daripadaKu, engkau melakukan sesuatu . dengan kehendak daripadaKu engkau mahukan sesuatu untuk dirimu. dengan nikmatKu engkau berdiri, duduk dan beristirahat. dengan pemeliharaanKu engkau berpagi-pagi dan berpetang-petang. dengan nikmatKu engkau berbolak-balik . dengan afiat daripada Ku engkau bercantik-cantik tetapi kemudiannya engkau melupaiKu dan mengingati selain daripadaKu. Maka kenapa kamu tidak menunaikan hakKu dan berterima kasih kepada-Ku?"

( petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali )

0 comments:

Post a Comment